Wajibkah Menulis Surat Rayuan Haji?

Wajibkah Menulis Surat Rayuan Haji?

Rayuan menunaikan Haji, wajib dilakukan?

Alhamdulillah, baru sahaja selesai menulis surat rayuan haji secara surat rasmi bagi bapa mertua saya. Bergenang air mata tatkala menulis bagi pihak mereka kerana mengenangkan umur mereka yang semakin senja dengan kesihatan yang semakin merudum. Surat rayuan yang membawa seribu harapan agar impian mereka menunaikan rukun Islam ke lima iaitu menunaikan haji. Ya Allah, perkenankanlah doa mereka agar dapat sampai ke Mekah pada tahun hadapan..Amin Ya Rabbal Alamin..

rukun islam menunaikan haji

Menunaikan Haji merupakan Rukun Islam kelima

Dikala, ramai yang menunggu giliran tiba untuk menunaikan haji melalui Tabung Haji. Ramai yang tidak tahu kepentingan membuat rayuan haji. Ini supaya tabung haji alert dengan keperluan mempercepatkan peluang menunaikan haji bagi seseorang. Mengikut statistik, buat mereka baru mendaftar haji di Tabung Haji, kemungkinan peluang menunaikan haji adalah pada 30-40 tahun akan datang!!Bahkan mungkin melebihi tempoh berkenaan..Kalau mereka yang sekarang ini berumur 50-60 an…bilakah masa untuk menunaikan haji? Adakah akan masih wujud?

Walaupun Tabung Haji memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 75 tahun ke atas. Tapi sampai bila kita akan menunggu?? Adakah terus menunggu dan menunggu??Membiarkan mak ayah terus menunggu tanpa setitik usaha untuk mereka diberikan peluang menunaikan haji?? Tabung Haji juga menggalakkan supaya orang ramai membuat rayuan seperti apa yang dinyatakan di Official FB page Tabung Haji seperti dipaparkan di bawah.

keratan akhbar haji berumur 75 tahun

keratan akhbar: keutamaan haji untuk mereka berumur 75 tahun

rayuan haji boleh dilakukan

Rayuan haji boleh dilakukan

 

set eksklusif umrah-haji shaklee

Cara menghantar surat rayuan haji

Jom sama sama kita buat rayuan haji, kalau bukan untuk kita lagi.. kita buatkan bagi pihak mak ayah kita. Ada 4 cara surat rayuan ini boleh dihantar iaitu:
1- Pos kan kepada alamat:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat Tabung Haji,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
2- Hantar terus surat rayuan di branch tabung Haji terdekat
3- Faks ke nombor 03-77284959
4- Emel ke th-info@lth.gov.my. Surat rayuan yang diemel perlu diimbas (scan) terlebih dahulu untuk semak tandatangan.

Contoh Surat Rayuan Haji

Di sini, ummi kongsikan sedikit surat rasmi,iaitu surat rayuan haji yang ummi sendiri taip. Jika nak copy ayat-ayat ini pun boleh. Selain itu, saya dapatkan beberapa contoh-contoh surat rayuan dari sumber yang lain untuk rujukan. Bagi ummi, adalah wajib bagi seorang anak menulis surat rayuan haji bagi mak dan ayah mereka. Apa-apaun, kita hanya berusaha, Allah yang tentukan. Saya juga minta rakan-rakan pembaca, mendoakan agar impian mak dan bapa mertua ummi menunaikan haji pada tahun hadapan diperkenankan. Amin

surat rayuan haji ayah mertua

surat rayuan haji ayah mertua

surat rayuan haji orang llain

surat rayuan haji orang llain. Sumber dari khirnizan

surat rayuan haji bersama mahram

Contoh surat rayuan haji bersama mahram

 

set eksklusif umrah-haji shaklee

Rokiah Abdul Hamid
Isnin, 23 Nov. 2014

Comments

  1. Saya akan berusaha untuk bantu mak dan abah sampai ke Tanah Suci sementara mereka masih ada. Tq for sharing kak Rokiah…
    Azu Naurah recently posted…Percutian Menarik!My Profile

  2. Jazakillah khairan kathira puan saya memang sedang mencari contoh surat rayuan ini untuk ibubapa saya. Semoga usaha puan berkongsi info yang sangat bermanfaat ini mendapat Rahmat daripada Allah SWT. Aamiin Ya Rabb.
    Zolkie recently posted…Allah No. 1My Profile

  3. good one!
    Raihanah Ahmad recently posted…Vivix Bantu Rawati TiroidMy Profile

  4. Salam..sis..terime kasih kerana berkongsi surat rayuan..saya pon nk minx izin untuk menggunakan idea surat sis utk ibu saya.. Bole saya tau..pename dlm surat tu da di izinkan pergi menunaikan haji ke blom?

    • Salam saudara Khairul.. memang saya benarkan untuk gunakan idea surat ini.. Surat ini boleh di hantar by pos or email kepada tabung haji..dan mereka akan reply by email atau by surat ke rumah.. Ayah dan mak mertua saya belum menjadi tetamuNya lagi.. InsyaAllah doakan mereka mendapat jemputanNya tahun 2016 nanti..

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge