Ujian Adalah Tarbiyah Allah: Ujian Sebagai Ahli Shaklee

Ujian Adalah Tarbiyah Allah: Ujian Sebagai Ahli Shaklee

Ujian Sebagai Ahli Shaklee

 

Ujian adalah terbaik daripada Allah. Jika tidak diuji, manusia akan leka dan lalai dalam mengerjakan ibadah harian. Ujian datang dalam pelbagai penjuru antaranya dengan harta, wang ringgit, kekayaan, kesusahan, sihat, sakit dan pelbagai lagi. Ujian itu sekaligus mengajar diri agar sentiasa sabar dan tahan dengan ujian. Apatah lagi mereka yang melibatkan diri dengan perniagaan tak kira sebagai ahli Shaklee mahupun perniagaan-perniagaan lain. Dua tahun leibh melibatkan diri dengan perniagaan Shaklee, pelbagai cabaran telah dihadapi sama ada ujian kesenangan mahupun ujian yang mencabar. Di sini saya senaraikan ujian-ujian sebagai Ahli Shaklee dalam masa terdekat ( Ogos dan September 2014) yang dikongsikan untuk kefahaman dan manfaat bersama:

 

A) Isu Bengkak Rahim kerana ambil produk Shaklee

 

–  Isu ini bermula apabila seorang cikgu meletakkan di wall fb nya dengan mengatakan produk Shaklee penyebab rahimnya bengkak dan ahli shaklee tidak bertanggungjawab. Beliau juga mendakwa ada bukti yang Shaklee punca jadi begitu

Dakwaan Cikgu Mariyana

– Bagi diri saya, walaupun simpati apa yang terjadi kepada beliau..bukti yang kukuh tidak langsung dinyatakan..hanya yang ada adalah melalui “tulisan” dan “cakap mulut” sahaja. Yang lebih membimbangkan, status nya di facebook telah di share oleh orang ramai. Jika ia adalah benar dengan bukti yang kukuh tak mengapa, tetapi jika bukan..ia merupakan “fitnah”… Astagfirullah al azim…Sesiapa yang LIKE mahupun SHARE juga merupakan penyebar fitnah dan inilah penyakit akhir zaman.
Shaklee Corporation telah menjalankan beratus-ratus ujian klinikal setiap produk dengan perbelanjaan berjuta-juta USD setiap tahun dan kes ini telah mendapat perhatian Shaklee di USA.
– Pengerusi Medical Affairs, Health Sciences and Education Shaklee Corporation iaitu Dr. jamie McManus  telah bertindak balas mengeluarkan surat balas kepada Cikgu Mariyana. Di dalam surat itu mengatakan secara terus bahawa:

Kami amat pasti bahawa tiada kaitan langsung Shaklee dengan keadaan ini (bengkak rahim). Ini kerana lebih 70,000, 000 (70 million) dos GLA telah diambil dan tiada langsung kesan negatif.Beliau juga telah meminta bercakap terus dengan Cikgu Mariyana atau Doktor yang merawat Cikgu berkenaan

 

Tu dia… Kalau doktor pakar Shaklee dah keluarkan kenyataan ini, rasanya doktor yang merawat cikgu tu pun tak berani nak keluarkan “bukti” yang di dakwa Cikgu Mariyana tersebut..

Surat Chair Medical Affairs Shaklee USA

 

Itulah keistimewaan Ahli Shaklee… CEO mahupun saintis-saintis mahupun doktor -doktor pakar sentiasa mempastikan yang produk Shaklee di Malaysia adalah halal, selamat dan insyaAllah berkesan. Anda masih ragu-ragu? Tepuk dada tanya selera.. Yang pasti , GLA juga telah menyebabkan saya ter hamil anak ketiga! Ouch… Beribu-ribu testimoni GLA ataupun produkShaklee amat mudah ditemui di google…cubalah google sendiri ye..

 

 

B) Isu Boikot Shaklee

— Isu ini begitu hangat diperkatakan ketika zionis israel menyerang Palestin. Oleh kerana Shaklee adalah produk buatan USA, ia juga menjadi cubaan untuk di boikot. Ramai Ahli shaklee, mahupun pengguna Shaklee berundur ketika ini kerana keyakinan mereka goyah. Setelah Shaklee Corporation mengesahkan tiada penglibatan/sumbangan apa2 kepada peperangan, akhirnya isu boikot ini berkurangan. Salah faham mengenai isu boikot ini ada juga dibincangkan di sini.

boikot israel

 

Alhamdulillah..bagi saya isu ini sudah selesai, setelah Shaklee Corporation sendiri menyatakan tidak terlibat langsung dengan sebarang peperangan dan bermakna tidak terlibat langsung dengan israel

 

C) Isu Dua Promosi Shaklee yang mengejutkan

 

– Ini lagi satu ujian yang sangat besar untuk Ahli Shaklee. Memang mengejutkan untuk bulan September 2014 ni.

 

BELI 6 COLLAGEN POWDER DAPAT 7 COLLAGEN POWDER

promosi collagen powder

 

BELI 3 MEALSHAKE DAPAT 4 MEALSHAKE

promosi mealshake

 

Wow… Tak pernah dalam sejarah. Hari ini dah 6 September 2014, baru 6 hari je Shaklee dan ahli-ahli Shaklee menjadi kelam kabut dengan promosi ini. Betapa hebatnya produk Shaklee ni kan? Untung jadi ahli shaklee, produk hebat badan sihat

 

 

D) Isu Nak jadi ahli Shaklee yang memeranjatkan

 

– Ini lagi mengejutkan. Bermacam-macam insentif yang diberikan oleh pihak Shaklee. Selain bonus yang di bank in terus setiap bulan. Sempena bulan kemeredekaan Malaysia, Shaklee menawarkan:

 i) Enrolment Drive ( Insentif Keahlian)

– Dengan empat ahli baru yang mendaftar, ahli shaklee yang mendaftarkan akan mendapat extra bonus sebanyak 50% lagi

enrolment insentive

 Ii) Move up rank ( Kenaikan level ahli Shaklee)

-Untuk setiap ahli Shaklee yang naik level (naik pangkat) pelbagai insentif di tawarkan untuk Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator sehinggan Senior Key Coordinator..

move up rank

 

Nampak sangat best insentif yang ditawarkan. Kan? Kan?

Akhir kalam, tarbiyah dalam bentuk ujian yang dikongsikan di sini adalah dalam bentuk Ujian Negatif dan Positif buat Ahli Shaklee dan pengguna. Walaubagaimanapun, ujian mesti di atasi dengan tabah dan berani. Tiada jalan mudah untuk berjaya dalam hidup melainkan melalui pelbagai ujian dan cabaran.

 

Dengarkanlah lagu “Kehidupan” daripada inteam mengenai ujian Allah ini..

 

Shaklee Malaysia

ID No : 867860
Hubungi/SMS/WhatsApp saya : Rokiah 013 – 7089 305
FB Page : UmmiMama Biz
Email : rokiahaizal@gmail.com

 

Comments

  1. Terbaik..jemput la ke blog saya

  2. setiap ujian mesti ada hikmahnya. banyak insentiv lebih menarik lagi…
    Denaihati recently posted…Kisah tak lepas imigresen di KLIAMy Profile

Trackbacks

  1. […] sempena bulan kemerdekaan dan hari Malaysia, Shaklee malaysia ada membuat promosi iaitu dapatkan 4 Mealshake dengan pembelian 3 tin Mealshake. Setiap pembelian set ini juga , 10% daripadanya akan didermakan. […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge