Tutorial Langkah-Langkah Mengisi Gred Secara Automatik Menggunakan Microsoft Excel

Tutorial Langkah-Langkah Mengisi Gred Secara Automatik Menggunakan Microsoft Excel

Langkah-Langkah Mengisi Gred Secara Automatik Menggunakan Microsoft Excel

Selamat kembali ke sekolah kepada semua Guru-guru. Hari ni saya Cuma nak kongsikan bagaimana untuk mengisi Gred secara automatik menggunakan Microsoft Excel. Saya bukannya seorang guru, tetapi ada ternampak suami menggunakan Microsoft excel untuk masukkan markah. Al maklumlah, sekarangni di UTM pelajar sedang menghadapi peperiksaan…So kerja lecturer pun apa lagi,menanda dan memasukkan markah. Mungkin ramai yang dah tahu, tapi buat yang tak tahu boleh mencuba ye… Jadi..Meh saya kongsikan tutorial langkah-langkahnya

Langkah 1: Dapatkan senarai nama dan markah pelajar dan letakkan di excel

Langkah 1 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 1 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 2: Dapatkan julat gred yang ingin dimasukkan

  • Boleh letakkan julat gred di sebelah senarai nama pelajar.
Langkah 2 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 2 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 3: Namakan Petak Julat Markah

  1. Untuk langkah ini, mula-mula highlight petak julat markah
  2. Kemudian Klik ‘Formulas’
  3. Seterusnya Klik ‘Define Name’
  4. Akhirnya namakan petak julat markah dengan apa-apa nama. Dalam kes ini saya namakan ‘GRED_BARU’
  5. Tekan OK
Langkah 3 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 3 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 4: Memilih ‘vlookup’

  1. Untuk langkah ini, mula-mula pilih petak pertama pada ‘Gred’
  2. Kemudian Klik ‘Formulas’
  3. Klik ‘Insert Function’
  4. Seterusnya pilih ‘vlookup’
  5. Tekan OK
Langkah 4 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 4 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 5: Mengisi informasi di ‘vlookup’

  1. Pada ruang ‘Lookup_Value’ klik markah yang selari dengan row yang sama (bersebelahan dengan petak pertama dengan ‘Gred’
  2. Pada ruang ‘Table_array’ masukkan nama pada Langkah 3-4. Dalam kes ini saya telah namakan kepada ‘GRED_BARU’
  3. Pada ruang Col_index_num pilih nombor ‘2’. Nombor ‘1’ menandakan jalur pertama, manakala nombor ‘2’ untuk jalur kedua. Oleh kerana ‘Gred’ pada jalur kedua, maka kita pilih nombor 2
  4. Tekan OK
Langkah 5 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 5 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 6: Memasukkan gred markah keseluruhan

  1. Setelah siap, gred markah akan terpapar
  2. Gred markah untuk keseluruhan pelajar akan terpapar apabila kita ‘drag’ jalur ‘gred’ dari atas ke bawah.
Langkah 6-1

Langkah 6-1

Langkah 6-2

Langkah 6-2

Langkah 7: Mewarnakan petak dan tulisan gred markah

Langkah yang ini Cuma untuk mewarnakan tulisan dan latarbelakang markah. Contohnya kita nak ia berwarna merah supaya senang diberi perhatian oleh mata

  1. Pilih jalur ‘Markah’
  2. Klik ‘Conditional Formating’
  3. Kemudian pilih ‘Highlight Cells Rules
  4. Seterusnya pilih ‘Less Than’
  5. Kemudian tekan Ok
Langkah 7 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 7 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 8: Memilih warna tulisan dan latarbelakang

  1. Dari langkah 7, kita boleh memilih warna tulisan dan latarbelakang yang kita inginkan. Dalam kes ini saya pilih ‘Light Red Fill With Dark Red Text’ dan memilih Format Cells Less Than 40 untuk pelajar yang bermasalah
  2. Kemudian tekan OK
  3. Siap untuk satu jalur
  4. Untuk jalur ‘Gred’ boleh melakukan langkah yang sama seperti Langkah 7, Cuma kali ini pilih ‘Greater Than’ pada Langkah 7-4.
  5. Kemudian ikuti langkah 8 dengan memasukkan nilai ‘c’ untuk nilai ‘Greater Than’
  6. Siap kesemuanya
Langkah 8 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 8 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Langkah 9 Cara Memasukkan Markah Pelajar Secara Automatik di Excel

Contoh Excel Yang Sudah Siap

Semoga tutorial langkah-langkah menggunakan Microsoft excel bagi mengisi markah gred pelajar member manfaat kepada semua. Kemungkinan besar anda dah tahu, tapi boleh SHARE kan dengan mereka yang tak tahu..semoga ilmu ini bermanfaat buat semua. Tips ini bukan sahaja berguna untuk cikgu-cikgu, pensyarah..bahkan boleh digunakan untuk peniaga atau ahli Shaklee seperti sayaJ

 

Comments

  1. memang kena ambil tahu ni.

    senang nak urus hal sekolah ni. haha..
    titan recently posted…Masih adakah sinar keindahan TUJUH warna pelangi yang tidak pernah kehabisan cahayanya di ufuk timur?My Profile

  2. alhamdulillah, terima kasih x terhingga atas tutorial yang mudah & sangat2 membantu ni.

  3. Maaf mencelah. Jika ada cikgu yang nak automate atau dapatkan result dgn hanya satu klik, boley hubungi saya.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge