Tips Perjalanan ke Krabi Thailand

Tips Perjalanan ke Krabi Thailand

Perkongsian Tips Perjalanan ke Krabi Thailand

Alhamdulillah pada 30 November sehingga 4 Ndisember 2015 yang lalu kami sekeluarga telah berpeluang bercuti sambil melawat Krabi, Thailand. Memandangkan ini adalah kali ketiga melawat negara Thailand selain Chieng Mai dan Phuket, memang asas persediaan memang telah dilakukan awal-awal. Apa asas persediaannya? Tentulah tiket kapal terbang, hotel, tempat lawatan dan lain-lain lagi. Kat sini saya kongsikan tips-tips serba sedikit

Persediaan awal ke Krabi, Thailand

Kalau kali pertama ke Thailand, memanglah kena buat persediaan lebih..terutamanya nak pergi kemana-mana semasa di sana…nak naik apa?nak cari tourist apa? Dan nak kemana…apa-apaun kena plan dari awal. Perkara pertama yang kena fikir selepas tempat destinasi adalah tiket kapal terbang. Biasalah… kalau boleh nak yang murah kan? Apa tah lagi kalau yang pergi berfamily.. Jadi Air Asia lah pilihan kami terbang dari Kuala Lumpur ke Krabi. Kalau boleh beli tiket dari awal, iaitu ketika Air Asia tengah buat promosi..lagi-lagila sangat bagus…boleh dapat tiket sangat murah…tetapi memandangkan suami kena outstation pun last minute..so harga tiket yang kami dapat agak mahal… Akhirnya kami pergi bertiga… iaitu saya,suami dan Afif..tertinggallah dua orang lagi di kampung bersama atuk dan nenek

Destinasi Percutian di Krabi

Selain untuk bercuti, sebenarnya kami sekeluarga mengikut suami yang ada kerja di Krabi…Jadi banyaklah juga perbelanjaan dapat dijimatkan. Tujuan kami bercuti hanyalah ‘pantai’ dan ‘pulau’…dan tentulah ingin menikmati keindahan ciptaan Allah disamping menenangkan fikiran.

Hotel yang kami tinggal adalah di Deevana Plaza Krabi Aonang… Kebetulan tempat kerja suami outstation ini adalah di kawasan penduduk yang ramai Muslim. Jadi, kawasan Aonang ni senanglah nak cari makanan halal.

Deevana Plaza Krabi Pintu Masuk

Deevana Plaza Krabi

Sesampainya kami di lapangan terbang, teruslah ambil teksi yang disediakan. Difahamkan harga teksi antara 800-1000 Baht untuk sampai ke Aonang dan ia juga bergantung kepada jenis kereta yang diambil. Oleh kerana semua telah diatur oleh pihak Hotel, sesampai di airport..terus ada orang jemput dan bawa ke Deevana Plaza Krabi iaitu Hotel kami menginap. Perjalanan di ambil adalah hampir 40minit seperti gambarajah google di bawah

Krabi Airport ke Aonang

Krabi Airport ke Aonang

Sekitar Aonang Deevana Plaza, Krabi

Oleh kerana suam..i sibuk dengan kerja, so..masa banyak di luang bersama si kecil..yang syoknya bilik hotel di sini ada private pool. Walaupun tak private sangat tapi sangat eksklusif…yang paling untung si kecil ni la…beraksi ..sikit2 nak turun pool…huh

Nak cari makanan halal, memang takde masalah langsung. Sarapan pagi memang disediakan tapi pandai-pandailah jadi vegetarian ye..sebab yang kat hotel ni bab daging-daging ni kami tak berani..kalau nak selamat keluar je dari hotel..banyak gerai-gerai makanan halal mudah diperolehi..mudah sangat-sangat..Cuma harganya agak mahal..contoh tomyam ni sahaja…dah hampir 150 Baht (RM16.50) semangkuk…

tomyam kung krabi

tomyam kung krabi dengan mihun special

Kalau nak murah sikit…kena la jalan jauh sikit (walau tak jauh sangat)..ke arah pantai Aonang..kat situ bolehla diperolehi gerai-gerai ala pasar malam… agak murah berbanding sebelumni..dan makanan dia mengiurkan huh… memang sodap sangat-sangat…

makanan best krabi

makanan best krabi

Pantai Aonang ni pun xjauh..boleh je kalau nak berenang..tapi kami hanya ambil gambar lewat petang … sambil-sambil shopping sikit untuk gift kat kawan-kawan dan saudara mara… tak shopping apapun..abis2 keychain dan fridge magnet je… hehehe

Shopping keychain di krabi

Shopping keychain di krabi

Pantai Aonang Beach

Pantai Aonang Beach

Tips mencari Pakej Percutian ke Pulau-pulau di Thailand

Sebenarnya dari Krabi atau dari pantai Krabi..disediakan perkhidmatan ke Pulau Hong, Pulau Phi Phi dan banyak lagi pulau-pulau lain..Bagi kami..yang bercuti..percutian menaiki bot ke Pulau-pulai ini menjadi kewajipan..sebab bab ni lah yang paling best…biasanya pakej ada disediakan untuk kepulau-pulau ini siap dengan makan tengahari, kenderaan pergi balik dan snorkeling.

Kami tak aturkan percutian ke pulau dari Malaysia, biasanya..kami hanya mencari di sekitar kawasan hotel.Banyak sangat ejen-ejen yang menawarkan perjalanan ke Pulau-pulau ini. Yang penting pandai pilih dan tawar menawar. Oleh kerana sebelumni dah pernah pergi ke Pulau Phi Phi..so kami decide kali ini untuk pergi ke Pulau Hong. Difahamkan, selepas Phi Phi Island…Hong Island juga merupakan pulau yang sangat cantik…memang cantik sangat-sangat pun…fuh

Kami nasihatkan, ketika berada di hotel…cubalah bertanyakan harga pakej..sama ada nak yang naik bot kecil iaitu bot laju…atau long bot (yang slow) ..sebab harga nya memang berbeza-beza.. Sudah menjadi kebiasaan..kami akan membanding 3-5 ejen berkenaan pakej. Bayangkanlah..ada pakej ke Hong Island menawarkan 1250 Baht/seorang,bahkan kami memperolehi 800 Baht/seorang hasil usaha tawar menawar dan membandingkan pakej ditawarkan. So bolehlah jimat 450 Baht (RM50 seorang..Kalau dua orang Rm100 hehe)

Perjalanan ke Pulau Hong

Trip yang dipilih biasanya pergi pagi balik petang.. 8:30 pagi dah berkumpul depan hotel sebelum di bawa ke Jeti di Aonang. Amatlah digalakkan untuk pakai pakaian basah siap2..atau pakaian untuk berendam,,,berselipar ..hehe jangan jadi macam kami,,,pi sana pakai kasut..habis semua basah

    Bot ke Pulau Hong

Bot ke Pulau Hong

Sampai di jeti..terus naik bot..pakej yang kami pilih adala di bawa ke beberapa pulai lain..yg cantik…siap boleh snorkeling..tapi yang paling best adalah pergi ke Pulau Hong…tiba-tiba AWAS…masa nak menuju ke Pulau Hong…Konduktor bos minta duit 300 Baht/Seorang untuk masuk ke Pulau Hong… terkejut beruk kami…sebab tak diberitahu langsung oleh ejen.. mahu tak mahu kenalah bayar 600 Baht untuk kami berdua..kami difahamkan dulu tak lah kena caj setinggi ni..Cuma lepas Julai 2015…Cukai tinggi ni dikenakan oleh kerajaan..spil sikit perasaan happy kami masa ni..tapi bila dah masuk ke pantai Hong…hilang semua spoil tu..Memang punyalah cantik… apa lagi suami dan baby terjun terus tepi pantai…fuh..memang syok..ikutilah gambar-gambar kat bawah ye

impian di Hong island

Impian di Hong island. Jangan Takut Bermimpi!

Tips kesihatan semasa melancong

Alhamdulillah..sepanjang di Krabi kami perolehi kesihantan yang baik…masuk kolam..keluar kolam..masuk laut..keluar laut..itu belum lagi perubahan cuaca dan berjalan jauh…Alhamdulillah kami bertiga semua dalam kesihatan terbaik. Kami sentiasa amalkan vitamin-vitamin Shaklee yang bagus untuk kesihatan. Antara vitamin yang best kami amalkan adalah vitamin untuk berjalan. Saya ada kongsikan artikel berkenaan di sini semasa melancong di Guangzhou. Untuk pengetahuan semua, vitamin untuk umrah dan haji juga boleh diamalkan semasa melancong

Okla..ini coretan untuk hari ini..jauh berjalan..luas pemandangan…semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang berjalan/melancong ke Krabi dan seluruh dunia.

 

Rokiah 17/12/15

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge