Tips perjalanan ke Guangzhou China

Tips perjalanan ke Guangzhou China

Alhamdulillah, 24 Ogos 2014 berjaya juga menjejakkan kaki ke Guangzhou China. Hadis nabi ada mengatakan ““ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke Negara China. Walaupun lawatan atas tumpang urusan kerja suami..tapi syukur dapat juga menjejakkan kaki di sini. Sambil-sambil guna duit poket Shaklee sendiri..bolehla riki-riki apa yang nak dicari..Hari ini dah penat berjalan, tetapi hari ini nak berkongsi sikit beberapa perkara yang diperlukan sebelum berjalan ke Guangzhou China.

tuntutlah ilmu ke negara china

gambar hiasa: tembok besar China

Perkara-perkara yang diperlukan sebelum perjalanan ke Guangzhou China

1) Tempah tiket kapal terbang

Now everybody can fly kan ada.. tempah awal-awal sure dapat tiket murah. Memandangkan suami terbang di bayar oleh geran..terpaksalah korek tabung Shaklee untuk menanmpung perbelanjaan sendiri..sampai macamtu sekali kan? Hehe..insyaAllah rezeki kongsi sama2…Informasi tempahan tiket kapal terbang ini juga diperlukan untuk buat visa nanti.

now everone can fly
2) tempah hotel

– Perkara seterusnya yang diperlukan setelah membuat keputusan untuk memulakan lawatan adalah menempah hotel. Ada bermacam-maca servis melalui online untuk buat tempahan. Yang penting ada kad kredit untuk membuat tempahan. Sebab apa penting untuk tempah hotel? Sebabnya, informasi ini juga diperlukan untuk membuat visa. Kami book pakai booking.com aje.. senang , mudah dan cepat

3) Membuat Visa ke Guangzhou China

– Adalah wajib bagi rakyat Malaysia untuk memohon VISA bagi memasuki China. Kalau tak silap harga visa seorang adalah dalam rm90 (kalau tak silap). Tetapi, memandangkan kami ini dari Johor bahru, kami pakai runner aje.. bayaran 1 kepala dalam rm150.. Kami pergi bertiga dengan baby afif 7 bulan. Kira ok la harga visa itu, sebab runner dating ambil passport suami di opis, kemudian dah siap hantar balik kat opis..tak perlu nak ke Embassy di KL untuk mohon Visa.

4) Buat survey Metro/ Teksi

– Buatlah survey sikit ye sebelum berjalan. Ada banyak blog/panduan berjalan ke Guangzhou China ni. Sampai airport, nak senang naik teksi..tapi harga berkali-kali ganda mahal la.. kalau nak murah naik metro/train. Rupa-rupanya canggih juga perkhidmatan metro diorang..mudah ke mana-mana. Pastikan tahu ke destinasi mana nak pergi, senang nak plan.

5) Buat survey makanan Halal

– Kat Guangzhou ni senang nak cari makanan halal.. kena pandai-pandai survey la dan bertanya. Ramai rupanya orang China Islam di sini. Salah satu tempat yang penuh dengan makanan Halal di Guangzhou ini adalah di stesen Metro “Xiaobei”..turun-turun je Metro, Nampak macam2 kedai… Ok next entry cerita pasal tempat ini ye.

6) Bersedia hidup tanpa Facebook, Google, Youtube, Gmail,blogspot dan sebagainya

– Mula-mula dating ke Guangzhou China ni..dalam fikiran macammanalah nak hidup tanpa facebook. Almaklumlah, Shaklee adalah mata pencarian saya dan kebanyakan melalui facebook. Tapi saya tak sempitkan fikiran, rupa2nya..melalui whatsApp pun boleh orang cari saya di China ni untuk dapatkan produk Shaklee. Kepada peniaga-peniaga online, kenalah hidup tanpa semua ini. Tetapi jika anda bijak, anda boleh gunakan Virtual Private Network (VPN) untuk akses ke semua system di atas. Hasil usaha suami menggunakan VPN tempat kerja di Malaysia,,,dapat juga akses semua di atas..tetapi masih gagal akses Facebook..so the next 4 days, tetap kena hidup tanpa Facebook..tak mengapalah,,,janji email dan sebagainya mampu berfungsi

7) Bawa vitamin Shaklee

– ini dah menjadi kewajipan kami untuk membantu system imunisasi kami sekeluarga. Salah satu yang wajib adalah Nutriferon dan vitamin c. Manalah tahu tiba-tiba demam..walaubagaimanapun harap semuanya dipermudahkan. Selain tu, sebab jangka kami ni kuat makan..haha… lecithin, omega dan phytocol-st tak dilupakan

NUTRIFERON SHAKLEE

8) Bawa bekal makanan Mak!

– Biar betul kan? Haritu mak mertuaku bungkuskan nasi impit, rending ayam dan udang pedas. Mula-mula saya dan suami taknak bawa…sebab takut tak lepas imigresen, tapi mak mertua berkeras suruh bawa. Kalau imigresen nak ambil buang..mak cakap buang lah.. tapi betul-betul nak buat kami menangis…sampai di hotel Guangzhou dah la tengah malam, perut dahlah lapar sangat-sangat…syukur sangat dapat juga menjamah makanan emak… inilah dia sedapkan?? Itulah, jangan melawan cakap mak… mak nak bagi jangan jual mahal

bekal mak Guangzhou China

9) Bawa kiblat locator dan cek jadual waktu solat

– Walau di tempat orang, jangan sekali-sekali tinggalkan kewajipan. Tak kira sibuk macammana, insyaallah semua urusan kita dipermudahkan. Boleh semak waktu solat di islamicfinder

Alhamdulillah…moga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada yang ingin melawat ke Guangzhou China. Ok lepas ni nak update lawatan kami di sini insyaAllah

salam perantauan

Rokiah Abdul Hamid

Comments

  1. Salam..Anal xsejuk ke bila bawa ke sana?? Apakah persediaannya untuk baby??

Trackbacks

  1. […] juga..bisnes tetap bisnes :)..jadi entri kali ini memang sah boleh akses berbanding entri semalam sebelum tiba di […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge