Tips Merancang dan Memaksimumkan Cuti Tahun 2016

Tips Merancang dan Memaksimumkan Cuti Tahun 2016

Rancang Cuti Tahun 2016 Anda

Belum pun masuk tahun 2016, dah ramai pun sebenarnya dah rancang cuti-cuti Malaysia. Sebenarnya rakyat Malaysia ni memang suka sangat cuti. Ia disebabkan di Malaysia ni ramai yang ‘family man’ iaitu orang yang mementingkan keluarga..jadi waktu cuti lah waktu sesuai untuk luangkan masa bersama keluarga..jadi bila cuti 2 perkara ni akan di lakukan oleh rakyat Malaysia:

  • Balik Kampung
  • Pergi bercuti bersama keluarga di dalam atau luar negara

cuti cuti malaysia 2016

Bagi saya, balik  kampung tu satu keutamaan terutama saya yang berada di Skudai dan kampung sendiri di Alor Setar dan kampung belah suami di Klang.. Tapi pada masa yang sama..sempatlah juga bercuti-cuti..kisah saya ada saya kongsikan di travelog dalam ummimamabiz.com ini. Kat sini, saya kongsikan tips merancang cuti sepanjang tahun 2016.

Tips Cuti Sepanjang Tahun 2016

Berdasarkan kalendar 2016, di sini ada di coretkan secara ringkas cuti umum pada tahun 2016. Jadi untuk memaksimumkan cuti anda agar bergabung dengan cuti hujung minggu…Bolehlah dicadangkan untuk ambil cuti tambahan. Cuti tambahan yang dicadangkan adalah diwarnakan warna ‘ungu’.

Tips Memaksimumkan cuti 2016

Tips Memaksimumkan cuti 2016

Bermula seawal Februari 2016, dicadangkan untuk ambil cuti pada 8 dan 9 Februari kerana cuti umum jatuh pada 10-12 Februari 2016 sempena Tahun Baru Cina. Jadi apabila digabungkan dengan dua hujung minggu, dapatlah cuti selama 9 Hari. Sure, lebuhraya sesak masa ni kan?

Untuk April/Mei 2016, cuti Hari Pekerja iaitu 1 Mei jatuh hari Ahad..jadi cuti umum di bawa ke hari Isnin. Jadi dicadangkan untuk ambil cuti pada 29 April..jadi dapatlah 4 hari cuti

Untuk Julai 2016, Cuti Hari Raya Aidilfitri jatuh pada rabu dan khamis 6-7 Julai. Jadi dicadangkan untuk ambil cuti 1 hari pada Jumaat 8hb Julai untuk cukupkan cuti 5 hari.. Tapi masa ni, sure tak cukup cuti nak sambut raya..kemungkinan dah ambil extra cuti awal sebelum dan selepas Hari raya

Untuk Ogos/September 2016

  • Hari Kebangsaan jatuh 31 Ogos (Rabu) jadi boleh tambah 2 hari cuti selepas cuti hari kebangsaan ..so dapat cuti 5 hari
  • Hari Raya Haji dan Hari Malaysia jatuh hari Isnin dan Jumaat…jadi amat disyorkan untuk ambil cuti 3 hari (Selasa-Khamis) Supaya dapat cuti 9 hari..Yang ni sure ramai yang ambil cuti ni juga

Untuk Oktober 2016

  • Cuti Awal Muharam jatuh 3 Oktober iaitu hari Isnin..jadi bolehla nak ambil cuti hari Jumaat atau hari Selasa..supaya dapat cuti 4 hari!
  • Cuti Deepavali pula jatuh 30 dan 31 Oktober..so bolehla ambil cuti hari jumaat sebelum Deepavali atau Selasa Lepas Deepavali untuk dapat cuti 4 hari

Untuk Disember 2016

  • Maulid Nabi jatuh 12 Disember (Isnin)..jadi boleh la ambil cuti selepas Maulid Nabi (13 Disember ) atau Jumaat sebelum mauled Nabi iaitu 9 Disember supaya dapat cuti 4 hari
  • Cuti Hari Natal pula jatuh hari Isnin..jadi sekali lagi kalau ambil cuti selepas cuti hari Natal (26 Disember) atau Jumaat (23 Disember) dapatlah cuti 4 hari

Wah..seronoknya cuti..tapi perancangannya perlu dari awal..terutama bila nak naik pengangkutan awam tak kiralah bas ke..keretapi ke mahupun kapal terbang. Semoga tips merancang cuti 2016 ni member manfaat kepada semua.

Rokiah 28/12/15

cara order shaklee

Comments

  1. Mak ai best! Hihi
    Ira recently posted…Cara Mengubati Kayap Dengan Cepat Dan BerkesanMy Profile

  2. wah bagus juga cara begini….ternyata tersusun dan bersistematik
    mrhanafi recently posted…Hiasi Peribadi Melalui Penampilan DiriMy Profile

  3. mak-pak oii memang raya cuti ni…
    HusnaRahman recently posted…TIP DIET SEIMBANG YANG LUAR BIASAMy Profile

  4. gunakan dengan baik untuk rapatkan hubungan sesama keluarga di musim cuti 🙂
    Sync recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan DiplomatikMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge