Tips Blogwalking Untuk Mereka Yang Baru

Tips Blogwalking Untuk Mereka Yang Baru

Kepentingan Blogwalking

Hari ini, anak Shaklee saya bertanya mengenai bagaimana nak bermula dengan blogwalking? Apa itu blogwalking dan apa kepentingannya? Untuk mereka yang baru dalam blog dan website, mereka perlu tahu mengenai BW atau Blogwalking ini.

blogwalking

Metafora Blogwalking

Apabila kita menjalankan perniagaan, perkara utama adalah menarik pelanggan untuk datang kepada kita. Jika kita buka kedai di Midvalley dengan perhiasan dalaman yang menarik dan cantik, serta produk-produk yang tersusun rapi tentulah kita mengharapkan pelanggan yang ramai datang ke kedai kita. Dengan itu, produk akan mampu dijual.

blog adalah kedai

Begitu juga dengan blog atau website anda. Blog adalah seumpama Kedai dan pelawat blog adalah mereka yang berpotensi untuk membeli produk-produk yang ditawrkan. Semakin ramai pelawat, maka peluang untuk menjual produk adalah semakin tinggi. Untuk mereka yang baru, dua tips asas yang penting untuk blogging adalah:
1) Selalu kemaskini Blog sekerap mungkin. Terbaik adalah sehari sekali atau lebih.
2) Buat blogwalking secara konsisten sebanyak 10-20 blog sehari.

Melalui dua langkah ini, insyaAllah blog anda akan mula dikenali. Blog boleh dikemaskini dengan entri terbaru setiap hari, tetapi macammana nak buat blogwalking?

Bagaimana Nak Buat Blogwalking?

Bagi saya, saya sendiri ada list blog yang saya akan melawat setiap hari dan tinggalkan jejak atau link blog kita di blog mereka. Antara blog kegemaran saya adalah bermula dengan blog denaihati.com dan eizil.com. Daripada blog-blog mereka, kita boleh mendapatkan link blog-blog yang lain. Link-link kepada blog-blog yang lain ini boleh diperolehi pada bahagian komen.

Salah satu tips untuk blogwalking adalah jangan sesekali memasukkan link blog anda di bahagian komen. Seharusnya, komenlah mengikut kesesuaian artikel yang ditulis oleh mereka.

Kebanyakan blog adalah berasaskan wordpress dan blogger. Sudah tentulah cara nak komen juga adalah berbeza.

Cara Komen di Blogger.com

Langkah 1: Pilih bahagian Ulasan/Komen

Langkah 2: Pilih Name/URL atau akaun-akaun yang berkaitan. Ada juga yang pilih berkaitan google. Bagi saya, saya suka pilih Name/URL , sebab boleh masukkan Nama dan link blog. Kepada yang nak membenarkan pelawat membuat komen dengan menggunakan Name/URL, sila ALLOW Ananymous pada setting.

komen blogspot 1

Langkah 3: Masukkan Nama dan link blog

komen blogspot 2

Langkah 4: Press OK. Teruskan dengan menulis komen yang bersesuaian dan tekan Publish. Awas, jangan isi link blog anda di sini.

Langkah 5: Ada blog yang memasang sekuriti untuk mengelakkan Spam. Anda boleh masukkan no digit yang diminta untuk membolehkan komen dipaparkan

komen blogspot 3

Langkah 6: Ada blog yang membenarkan komen di papar secara terus dan ada blog yang memerlukan admin approval. Jadi teruskan dengan bloagwalking di blog yang lain

komen blogspot 4

Cara Komen di wordpress atau yang lain-lain

Langkah 1: Isikan maklumat Nama, Email dan Link website

komen wordpress 1

Langkah 2: Komen di ruangan komen berdasarkan kandungan artikel. Awas, jangan isi link blog anda di sini.

Langkah 3: Jika ada commentLuv, anda boleh memilih link artikel terkini anda untuk dipaparkan. Kebanyakan blogger amat sukakan aplikasi commentLuv, saya juga amat sukakan commentLuv, sebab ia mudah memamaparkan link artikel kita yang terkini di blog orang lain. Saya akan kongsikan bagaimana nak install commentLuv di blogspot.com di artikel akan datang.

komen wordpress 2

Langkah 4: Tekan Post Comment dan komen anda akan dipaparkan seperti di bawah atau menunggu admin approval. Jadi teruskan dengan bloagwalking di blog yang lain.

rupa komen wordpress oleh ummimamabiz

Tips Extra:

1) Boleh meneruskan blogwalking kepada blog yang lain melalui link yang ditinggalkan oleh orang lain di bahagian komen
2) Rekodkan senarai blog yang kerap dilawati. Kita akan melawat setiap hari dan list ini akan bertambah dari masa ke semasa.
3) Atur masa untuk kemaskini artikel terbaru dan blogwalking. Blogwalking ni kadangkala mengasyikkan dan masa berlalu begitu pantas. Pastikan peruntukan masa 1 jam atau lebih atau kurang dalam sehari untuk melawat beberapa blog.
4) Akhir kata selamat berblogwalking

ok..anda da BACA? jangan segan silu TINGGALKAN KOMEN DI BAWAH

Berminat nak sertai sebagai ahli Shaklee bersama saya?

Rokiah bt. Abd Hamid

Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. Saya suka entry ni… Ringkas dan mudah difahami… Thanks for sharing! 🙂
    Ain recently posted…5 Jenis Makanan Putih Yang Patut DikurangkanMy Profile

  2. Kalau dah blogwalking ni dah mcm ketagih.. baca 1 blog ke blog yang lain.. best jugak..

  3. Haii, sy budak baru belajar.. thanks for tips
    Roshaiza Husni recently posted…HOMESTAY MURAH DAN SELESA DI SEKINCHAN SELANGORMy Profile

  4. thanks for the info 🙂
    blog amir recently posted…Bisnes Bermula dari BawahMy Profile

  5. Tips yang baik. Blogwaking memang satu keperluan…
    raudzah recently posted…Doa Pagi Jumaat Untuk SemuaMy Profile

  6. Good info to share..sangat bermanfaat..thanks akak 🙂

  7. Yusni Hj Yusof :

    tks a lot dik
    infor yang sangat2 berguna dan membantu diri yg masih zero ttg blog…:(-

  8. tks dik…:)-
    Yusni Hj Yusof recently posted…Daftar Ahli ShakleeMy Profile

  9. Terbaik…terima kasih kak kongsikan…
    Pondok Papan recently posted…Cara Menjahit Jubah Yang BetulMy Profile

  10. Salam,

    Sy nk tanya..sy dh add dh commentluv tu kt blog sy. Tp bila sy comment kt blog org lain, nape x kluar pn pilihan post yg cm Pn tunjuk tu ye?

    Mohon tunjuk ajar =)

  11. menarik . terima kasih atas info 🙂

  12. Assalamualaikum. Alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak untuk perkongsian yang bermanfaat ini.

  13. TQ… Tips yang berguna nie… boleh cuba apply untuk newbie macam saya…
    khudri recently posted…Motor DZM200 Baru Untuk DijualMy Profile

  14. Tq kak atas info ini..saya pun masih belajar lagi dunia blog ini..saya tidak faham yang dekat part awas jangan isi link disini..boleh bg contoh tak “jangan isi link disin” itu dimana?

    • sama2 belajar..maksud awas tu… jangan isi link dalam ruangan komen contoh jangan isi “www.ummimamabiz.com” ..tapi isilah link dekat bahagian Nama,Email dan Website. Isi link dekat ruangan website yg disediakan..untuk elak di cop sebagai spammers

  15. Wah.. info yang baik sekali, nk letak ummimamabiz jadi blog list saya lah.. so next time ble la blogwalking post ummimamabiz nih ..
    SayaWinnie recently posted…#1 Gambar pelik Susah Untuk DijelaskanMy Profile

  16. Terima kasih di atas tips yg diberikan!!!
    Azira Abu Bakar recently posted…Terhangat di pasaran… ESP ShakleeMy Profile

  17. baru jelas dan mudah dapat apa yang di maksudkan dengan blogwalking..you are sharing thebest for others.
    nor-ana mohd recently posted…CARA MENJUAL DIRIMy Profile

  18. Post yang sangat bermanfaat. Terima kasih ye.. Memang tercari-cari cara blogwalking yg mudah. Hehe
    Syakirah recently posted…Soya Menyebabkan Kemandulan Lelaki?My Profile

  19. Terima kasih kak..entry yang baik untuk new blogger mcm saya
    Rohaiza Yunus recently posted…cara buat masker yang mudahMy Profile

  20. salam kenalan.. nice tips dan mudah faham..blogwalking memang buat hidup baru biru..tapi nak berjaya, kena berkorban kan??
    tutyrahiza recently posted…Senaman Mudah di RumahMy Profile

  21. Good sharing! Saya baru tahu kepentingan blogwalking ni. Lepas ni kena rajin lah ya.
    Farah Rahim recently posted…Panduan Set Kulit Cantik ShakleeMy Profile

  22. Terima kasih atas tips yg diberi.

  23. Really appreciate this article. Thanks a lot for sharing..
    Mama Lisz recently posted…Tips ingin anakMy Profile

  24. Thank u for sharing…now saya faham2 sedikit mcmna nak buat blogwaking.
    Kate recently posted…Suamiku Tentera…My Profile

  25. Terima kasih atas perkongsian. Sangat membantu saya. Saya makin faham macam mana nak blogwalking

  26. Terima kasih di atas perkongsian:)

  27. Assalamualaikum puan,

    Saya baru belajar untuk blog walking. Terima kasih dengan info yang diberikan.
    Iena Ishak recently posted…Shaklee Produk Picisan??!!My Profile

  28. Terima kasih di atas tips yang sangat bagus dari puan..dapat 1 ilmu baru hari ini..

  29. Tq sifu.. semangat makin membara dengan adanya ilmu yg tanpa putus2..

  30. Terima kasih pn. ilmu yang berguna untuk blogger baru. Teruskan berkongsi ya.

  31. terima kasih atas tips yang diberikan, baru faham kenapa kena BW

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge