Teknik Power Pumping Memeriahkan Susu Ibu

Teknik Power Pumping Memeriahkan Susu Ibu

Sejak saya kongsikan pengalaman kisah power pumping oleh seorang ibu yang hebat di FB page UmmimamaBiz, ramai ibu-ibu bertanyakan bagaimana boleh Berjaya dalam penyusuan. Ibu hebat ini merupakan seorang doctor dengan jadual kerja yang sangat sibuk, tetapi beliau tetap cuba memberikan yang terbaik untuk anak tercinta. Bayangkan kesibukan seorang doctor yang sibuk dan sentiasa oncall pun sanggup untuk buat power pumping untuk anak, tetapi bagaimana dengan kita seorang ibu juga?? Takkan sanggup nak biarkan bayi yang kita kandungi dengan selain susu ibu? Adalah sangat penting untuk berusaha, dan salah satu teknik hebat adalah melalui POWER PUMPING.

Apa bendanya power pumping tu?

“ Ia adalah merupakan teknik pengepaman susu ibu bagi meningkatkan hasil pengeluaran susu ibu. Ia melibatkan cara pengepaman yang biasa tetapi menggunakan kaedah yang unik. Idea asal adalah untuk melakukan peniruan simulasi penyusuan bayi menyusu agar terus meningkatkan kandungan susu ibu”

Menarik bukan?? Pengepaman cara biasa, tetapi ada teknik yang hebat meningkatkan pengeluaran susu ibu!

Jadi, siapa yang amat memerlukan teknik power pumping ini?

  1.  Khas untuk ibu yang ingin menyusukan anak angkat. Dengan pengamalan power pumping ini, ia boleh membantu merangsang penghasilan susu ibu.
  2. Eksklusif buat ibu yang ingin menyusukan semula bayi mereka setelah berhenti penyusuan
  3. Super duper eksklusif untuk ibu yang kekurangan susu badan dan ingin meningkatkan bekalan pengeluaran susu ibu. Punca utama kekurangan susu ibu adalah akibat stress, perubahan hormone, dating haid, kurang pam dan sebagainya

Bagaimana power pumping ini dilakukan?

Jika menggunakan Pam Individu (Single pump/hand expression)

Sila pam sebelah kanan dahulu selama 10 minit, kemudian sebelah kira 10 minit. Kemudian selang selikan kanan dan kiri selama setiap 10 minit berterusan selama 1jam

Jika menggunakan Pam Dual (Double pump/)

Sila pam kedua-dua belah dada secara serentak selama 10 minit dan kemudian berehat selama 10 minit. Kemudian sambung semula 10 minit dan berehat. Ulang langkah-langkah ini selama 1 jam.

Power Pumping

Bila waktu terbaik untuk melakukan power pumping?

Waktu terbaik adalah ketika waktu tengah malam hingga ke waktu subuh kerana pada ketika ini pengeluaran hormone adalah sangat tinggi.

Adakah penghasilan susu ibu melalui power pumping adalah cepat?

TIDAK. Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu dan seterusnya. Anda perlukan kesabaran yang tinggi demi bayi tercinta. Walaupun hasil power pumping pada awalnya adalah sedikit atau hanya seperti “mengepam angin”, anda dinasihatkan untuk meneruskan simulasi ini sehingga mendapatkan hasilnya. Jangan mudah putus asa dan iringi usaha anda dengan doa dan tawakkal untuk bayi tercinta

i love susu ibu

Tips umum power pumping

– Ibu-ibu yang bekerja dinasihatkan cuba tidur awal setiap hari dan cuba bangun awal pagi untuk membuat sessi power pumping. Sebelum membuat sessi power pumping, digalakkan juga untuk membuat solat sunat tahajjud, solat hajat agar usaha kita mendatangkan hasil

– Jika ibu-ibu mengambil galactogogues (penggalak susu badan), lakukan sessi power pumping hanya sejam selepas pengambilan bagi menghasilkan susu badan yang maksimum.

– Lakukan Tandem Nursing dengan meletakkan bayi menyusu di sebelah kanan/kiri dan pam di sebelah yang lain.

– Lakukan power pumping sebaik sahaja bayi selesai menyusu badan. Penyelidkan mendapati bayi tidak menghisap 100% susu badan semasa menyusu. Jadi, masih ada banyak susu yang tertinggal. Dengan pengamalan pengepaman, kita dapat mengosongkan payudara dan seterusnya mampu menghasilkan susu yang banyak.

– Lakukan pengepaman setiap 2-4 jam sekali secara konsisten. Susah?? Sila tukarkan pemikiran negatif anda kepada positif. “saya akan lakukan apa sahaja demi bayi tercinta Berjaya dalam penyusuan sehingga 2 tahun!”

– Sentiasa monitor perkembangan amaun susu bdan yang diperolehi bagi setiap sessi pengepaman. Melalui ini, anda dapat memerhatikan usaha anda untuk meningkatkan pengeluaran susu badan selaras dengan penumbesaran bayi anda!

– terdapat pelbagai produk Milk booster di luar sana, tetapi yang terbaik bagi diri saya adalah Set penyusuan Shaklee. Selain membantu untuk penyusuan, ia membantu untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh seperti sentiasa cergas dan kuat melakukan tugas-tugas harian, memudahkan untuk melawas, mencantikkan kulit, mengelakkan bengkak susu dan sebagainya

Oleh itu, Ayuh ibu-ibu kita azam hari ini, mulakan sessi power pumping demi bayi tercinta Berjaya dalam penyusuan sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun!

power pumping

Shaklee Malaysia

ID No : 867860
Hubungi/SMS/WhatsApp saya : Rokiah 013 – 7089 305
FB Page : UmmiMama Biz
Email : rokiahaizal@gmail.com

Comments

  1. InshaAllah akan berusaha bila dah ada baby nanti..
    ema recently posted…Air Tuak Kelantan dan Ayam KampungMy Profile

  2. Alhamdulilah…saya berpeluang untuk fully BF anak sulung saya Darish Syauqi selama 2 tahun setengah. Cumanya tidak secara eksklusif sbb usia Darish 9 bulan, dia dah mula makan. Tapi alhamdulillah…semuanya berjalan dgn lancar.
    Mas Anira Tasmin recently posted…SHAKLEE MENYOKONG KESIHATAN SENDI BERPANJANGANMy Profile

  3. Setuju dan alhamdulillah saya dh berjaya fully BF anak sulung saya hingga usia dia 2 tahun 7 bulan. Masa ni terpaksa wean off sebab saya dh preggy 32 weeks. Hihihi….banyak cabarannya sepanjang tempoh tu tapi alhamdulillah, jika kita positif, semuanya ok. Kita adalah apa yg kita fikirkan.
    Mas Anira Tasmin recently posted…KACAU….TIUP….MAKANMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge