PERLU TAHU! Salah Faham Penyusuan Susu Ibu

PERLU TAHU! Salah Faham Penyusuan Susu Ibu


Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang salah anggapan bakal-bakal ibu hingga takut untuk meneruskan penyusuan kepada anak tersayang.
Ibu WAJIB tahu..agar ibu-ibu semakin bersemangat untuk memberi yang terbaik buat anak..
Setiap apa yang kita beru untuk anak tersayang..Allah akan beri 10 kali lebih baik kepada kita..
semoga anak2 menjadi anak yang soleh solehah, bijak cerdik dan dapat membawa keluarga kita ke jalan yang diredhoiNYA.

Salah Faham Mengenai Penyusuan Susu Ibu…

1 – “Saya tidak mahu payudara yang kendur!”

read more

Cecair EMAS Susu Ibu

Cecair EMAS Susu Ibu

credit

Kolostrum ialah susu ibu yang sangat hebat kerana melalui pemberian kolostrum kepada baby kita yang baru lahir pasti membuatkan baby kita bertambah sihat dan boleh membesar bagaikan juara, wow!

~ Kebanyakan kita tak tahu bahawa susu kolostrum ini sudah pon mula dihasilkan oleh breast kita kira-kira seawal pada bulan ke-3 hingga bulan ke-4 kehamilan
~ Kolostrum berkemungkinan juga bocor atau keluar dari puting breast kita semasa kita hamil. Memang ada mommies yang mendapati terdapat cecair yang keluar melalui puting breast mereka semasa mereka masih sedang hamil/mengandung lagi. 
~ Keadaan seperti ini boleh terjadi kepada mommies pada fasa late pregnancy weeks (minggu-mingu terakhir kehamilan).

Tahukah ibu2 susu awal atau KOLOSTRUM adalah berwarna putih kekuningan, likat pekat dan melekit dan juga dipanggil cecair emas
Ia tidak memancut tetapi hanya meleleh keluar ke tepi puting ibu.
Kolostrum yang diberi kepada anak yang baru dilahirkan akan membentuk lapisan di permukaan usus bayi dan bertindak mencegah sebarang jangkitan.

Jangan beri air kepada bayi anda kerana ia akan menghakis lapisan ini. 

Lagipun kolostrum mengandungi 80% air.

read more

Bayi Tak Nak Menyusu Badan Secara Langsung

Bayi Tak Nak Menyusu Badan Secara Langsung

Ada sebahagian ibu2 yang menyusu badan, mempunyai masalah anak kurang menyusu dan tak nak menyusu badan.
Jadi saya ingin berkongsi Tips dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh ibu-ibu.

 

Contoh situasi baby tidak mahu menyusu badan adalah:-

  •   Bayi baru lahir; masih belajar bagaimana nak menyusu
  •   Bayi yang sebelum ini telah cerai susu tapi siibu ingin breastfeed lagi
  •   Bayi yang memang tidak mahu menyusui badan walaupun telah dipegang pada posisi menyusu
  •   Bayi yang mempunyai masalah ‘nipple confusion’ (keliru dengan puting botol dan puting payu dara)
  •   Bayi ‘fussy nurser'(bayi yang cerewet dalam menyusu)
  •   Bayi sedang ‘nursing strike’ (tiba-tiba tidak mahu menyusu)


Jangan risau ya ibu-ibu, jika anda mengalami masalah ini, perkara ini boleh diselesaikan cuma memerlukan masa dan kesabaran.


Sebelum saya mula dengan tips-tips ini, terdapat perkara2 yang sangat penting yang perlu dipatuhi iaitu:-


1)
Perkara terpenting ialah untuk bertenang. kalo dua2 ibu dan anak pon dok mengamuk sorg taknak nyusu, sorg plak dok paksa, keadaan akan menjadi tegang dan menghasilkan stress. Kalo agak kita dah stress, tinggalkan dulu bayi tu. bagilah kat ayah dia ke, atau pon letak dulu. Sebagai manusia, stress mungkin membuatkan kita hilang pertimbangan dan kesabaran

read more

Langkah2 Persediaan Mengepam Susu di Tempat Kerja

Langkah2 Persediaan Mengepam Susu di Tempat Kerja

           Memandangkan semakin ramai ibu2 memilih untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun, so semakin ramai yang bertanya kepada saya cara-cara dan langkah-langkah bagaimana hendak mengepam susu buat pertama kali di office.

Haaa ibu2 boleh jadikan panduan ye tentang perkongsian adik ipar saya, ira yang sangat2 komited dalam menyusukan bayi beliau sehingga 2 tahun. Beliau juga seorang yang bekerjaya.

………………………………………………………………

Saya seorang yang bekerjaya. Profesion saya adalah seorang engineer di sebuah syarikat minyak negara. hihi..semua orang kenal company ni. Saya mula mengepam susu untuk buat stok susu sejak anak pertama umur 3 hari.memang saya sangat komited untuk fully beastfeed anak. Ni saya nak share.

Peralatan yang diperlukan utk mengumpul stok sewaktu pantang:
1) Pam susu
2) Botol susu : Ni kena BPA FREE ye…
3) plastik simpan susu : Ni kena BPA FREE ye…



Ni sample breast milk storage bag. Ni tak boleh recycle tau. pakai sekali je pastu buang. saya gunakan plastik macam ni lah sebab senang nak simpan susu.

read more