PENTINGNYA PENYUSUAN SUSU IBU BUAT BAYI PRAMATANG

PENTINGNYA PENYUSUAN SUSU IBU BUAT BAYI PRAMATANG

Alkisah ibu bayi pramatang

Sedang syok beraya di Klang, tiba-tiba dapat panggilan dari Johor Bahru daripada seorang ibu baru.Ibu ini mengadu yang beliau melahirkan bayi pramatang. Yang lebih menyedihkan, bayi dah lahir 30 hari yang lalu dan sedang berada di hospital. Tambah menyedihkan, susu badan tidak mencukupi, walau telah berusaha untuk berikan yang terbaik untuk bayi tercinta

Bayi Pramatang

Maksud bayi pramatang adalah bayi yang dilahirkan kurang daripada 37 minggu. Macam kes ibu ini, bayi ini dilahirkan ketika kandungan mencecah 35 minggu… Bayi yang dilahirkan adalah sangat kecil,beratnya dalam 1.1kg…sebab kurang berat inilah bayi tersebut ditahan. Sebenarnya, saya sendiri melahirkan bayi pertama dan kedua ketika kandungan 35 minggu. Tapi Alhamdulillah, berat baby OK..so takdelah kena tahan kat hospital. Baby Asfa, paling best..sebab dapat menyusu badan sepenuhnya sampai 2 tahun berkat mengamalkan set penyusuan Shaklee.

read more

5 Tanda-tanda Bayi Anda Memperolehi Susu Ibu Yang Cukup

5 Tanda-tanda Bayi Anda Memperolehi Susu Ibu Yang Cukup

Cukupkah Susu Ibu Ini Wahai Bayi Comelku?

Kerap menjadi persoalan dan kerisauan buat ibu-ibu sama ada ibu baru atau lama, kenyangkah bayi aku ini? Cukupkah susu ibu yang diminumnya? Apa tanda-tanda yang bayi terima cukup susu ibu? Bagi ibu lama yang berpengalaman, mungkin kurang kadar kerisauannya..tetapi bagi yang kali pertama menjadi ibu, sudah tentu persoalan-persoalan ini perlukan penyelesaian. Dengan objektif utama untuk berjaya dengan penyusuan, di sini saya kongsikan tanda-tanda bayi anda memperolehi susu ibu yang cukup

Tanda 1: Hisapan Bayi Yang Cukup Susu Ibu

Kita boleh melihat dan mendengar bayi menelan susu badan kita. Jika terlihat bayi berhenti sebentar, selepas setiap hisapan dan proses ini berulang selepas beberapa minit, Ini bermaksud yang bayi anda telah mendapat susu ibu yang cukup.

read more

Promosi Shaklee Ogos 2015 Sehingga…

Promosi Shaklee Ogos 2015 Sehingga…

Tiada promosi Shaklee Ogos 2015?

Ramai pelanggan Shaklee terkejut apabila mengetahui bahawa TIADA PROMOSI Shaklee pada Bulan Ogos 2015… Apa?!!! Betul ke takde???  Sebenarnya tetap ADA je PROMOSI… Cuma kali ini tiada promosi spesifik untuk produk Shaklee tertentu. Ummi sendiri pada mulanya terkejut… Tapi takdelah terkezut sangat sangat..sebab produk-produk Shaklee yang lain tetap ada promosinya.

Promosi Shaklee Ogos

Promosi 4 Set Kesihatan Shaklee

Sebenarnya, Shaklee menawarkan 4 Set kesihatan Shaklee pada harga diskaun 5% untuk ahli Shaklee. 4 Set kesihatan utamanya adalah:

read more

Nak Slim, Kulit Cantik, Sendi Sihat Tidak Lenguh?

Nak Slim, Kulit Cantik, Sendi Sihat Tidak Lenguh?

Saya tahu wujudnya Shaklee ketika anak ke-2 saya nak masuk setahun. Waktu tu saya masih menyusu badan tapi dalam dilema susu makin sikit. Memang sedih juga la masa tu. Mana tak sedih…anak pertama, saya gagal susukan dia hingga 2 tahun..menjadi cita-cita saya untuk berjaya dalam penyusuan untuk anak-anak saya seterusnya.

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dipertemukan Shaklee sehingga saya berjaya menyusukan anak kedua saya sehingga 2 tahun 1 bulan. Semuanya dengan izin Allah jua.

wow!!! cegah hilangkan sakit tumit dan lenguh kaki

cegah hilangkan sakit tumit dan lenguh kaki

Cuma ada 1 masalah pada diri saya yang masih saya hadapi.. Sejak menjadi ibu, sering lenguh kaki. Keluar berjalan sikit je, balik rumah pasti minta tolong suami urutkan kaki. Kalau tak urut, confirm saya tak dapat tidur nyenyak. Bila fikirkan balik, saya ni baru anak dua, umur pun tak sampai 40 tahun lagi dan sakit lenguh itu ini.. Malunya pada suami waktu tu.

read more

Tips Eksklusif Berjaya dalam Penyusuan

11 Tips BERJAYA dalam Penyusuan

1. Kerapkan Menyusu / Mengepam

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.

Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu. Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.

Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.

read more