Selamat Hari Guru 16 Mei 2016

Selamat Hari Guru 16 Mei 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera

Dikesempatan 16 Mei 2016, saya Rokiah Abdul Hamid dan keluarga ingin mengucapkan Selamat hari Guru kepada semua warga pendidik sama ada yang formal atau tidak formal. Ucapan ditujukan juga kepada mereka yang mengajar dan memperkenalkan saya kepada Perniagaan Shaklee hingga menjadi Pengedar Shaklee yang sah dan bertapak di Skudai, Johor Bahru Johor

Kepada semua warga guru (kebanyakan pengguna setia Shaklee adalah guru-guru), juga mereka yang mendidik anak-anak secara tidak formal, saya ucapkan sekali lagi “Selamat Hari Guru 2016” semoga kita dapat mencontohi Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang guru yang mendidik kita dalam pelbagai bidang di samping sentiasa mengikut Al-Quran dan Hadis sebagai pegangan.

read more

6 Perkara Mendorong Untuk Beribadat Kepada Allah SWT

6 Perkara Mendorong Untuk Beribadat Kepada Allah SWT

Ada Enam alasan kita mesti mengabdikan diri kepada ALLAH.
Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk.

1. Tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya

Tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku.” (Al-Quran, surah adz-Dzaariyat: 56)

Jika tugas lain kita boleh ingat, tugas ibadat lebih utama dan lebih-lebih lagi kita harus mengingatinya.

2. Wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya

Kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma.

read more

Selamat Datang Tahun 2016 ..Perjalanan Baru Bermula

Selamat Datang Tahun 2016 ..Perjalanan Baru Bermula

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ummimamabiz.com. Di kesempatan hari terakhir 2015 ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baru 2016…Semoga kehidupan kita hari esok lebih baik dari hari ini..dan kehidupan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.

Selamat datang tahun baru 2016

Azam Baru 2016

Bila sebut tahun baru aje, semua akan sebut azam apa yang mereka ingin lakukan pada tahun hadapan..Walhal azam-azam sebelum-sebelum ini pun tak tercapai.. marilah kita mengubah persepsi, semoga ‘perubahan’ yang kita inginkan akan tercapai..jangan jadikan azam seperti ‘mat Jening yang berangan kosong’

read more

Ayuh Berani Bermimpi dan Realisasikan Impian Anda

Ayuh Berani Bermimpi dan Realisasikan Impian Anda

Pernahkah anda bermimpi yang best-best? Jadi orang kaya,kereta besar, rumah besar, pergi bercuti keluar negara… best kan? Pasti ia menjadi impian ramai orang… tetapi berapa ramai yang sanggup bekerja keras untuk mencapainya? Tiada istilah duduk diam jadi senang lenang, tetapi perlu usaha dan keluar dari zon selesa baru lah impian menjadi realiti. Tahun 2016 semakin hampir, bagaimana dengan impian anda?

hidup berani meraih mimpi

Shaklee Membawa Impian Menjadi Realiti

Baru-baru ini, Master Shaklee yang dah lama sebagai ahli Shaklee ada bertanya di wall facebooknya.. Kemanakah destinasi Percutian Shaklee tahun hadapan?sama ada New Zeland atau Switzerland?ramai yang respon inginkan pergi ke Switzerland.. sebab ramai yang impi-impikan ke sana.

read more

5 Tanda-tanda Bayi Anda Memperolehi Susu Ibu Yang Cukup

5 Tanda-tanda Bayi Anda Memperolehi Susu Ibu Yang Cukup

Cukupkah Susu Ibu Ini Wahai Bayi Comelku?

Kerap menjadi persoalan dan kerisauan buat ibu-ibu sama ada ibu baru atau lama, kenyangkah bayi aku ini? Cukupkah susu ibu yang diminumnya? Apa tanda-tanda yang bayi terima cukup susu ibu? Bagi ibu lama yang berpengalaman, mungkin kurang kadar kerisauannya..tetapi bagi yang kali pertama menjadi ibu, sudah tentu persoalan-persoalan ini perlukan penyelesaian. Dengan objektif utama untuk berjaya dengan penyusuan, di sini saya kongsikan tanda-tanda bayi anda memperolehi susu ibu yang cukup

Tanda 1: Hisapan Bayi Yang Cukup Susu Ibu

Kita boleh melihat dan mendengar bayi menelan susu badan kita. Jika terlihat bayi berhenti sebentar, selepas setiap hisapan dan proses ini berulang selepas beberapa minit, Ini bermaksud yang bayi anda telah mendapat susu ibu yang cukup.

read more