Percutian Best di Muzium 3D Art Gallery Lukut

Percutian Best di Muzium 3D Art Gallery Lukut

Jalan-Jalan Cuti Sekolah di Muzium 3D Art

Cuti sekolah adalah waktu paling best nak spend masa bersama family. Walaupun pendek aje masanya sempena Tahun Baru Cina, dapatlah juga paksa hubby bawa family jalan-jalan sebelum balik ke kampung. Setelah mengharungi 7jam setengah perjalanan dari skudai ke Lukut, akhirnya sampai juga ke destinasi dituju.. Itula..nak sangat berjalan time cuti tahun baru cina.. sepatutnya dalam 3-4 jam..tetapi sebab trafik jem… masa jadi panjang..nasib baik la Muzium 3D ni buka lagi..

Bangunan Muzium 3D Alive

Bangunan Muzium 3D Alive

Sampai-sampai je kat Muzium 3D Art ni..tengok orang ramai sangat..memang sah sahla tempat ni popular…tapi dah sampai..terus beli tiket dan beratur… panjang pun panjanglah..harga tiket adalah RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Mula-mula ingat muzium 3D ni tutup lewat petang..rupa2nya sampai jam 11malam.. Ok kepada kawan-kawan yang mencari Muzium 3D Art Gallery

read more

Ajaibnya doa

Ajaibnya doa

Doa adalah pembuka segala pintu rezeki

Setiap pagi kalau kejut nak bangun pagi., mesti aak saya NurAishah akan menangis. Dari mula bangun, mandi dan pakai baju, habis satu rumah bangun termasuk adik-adiknya. Kesian- kesian juga 5:30am dah kena bangun, tapi nak buat macammana, itulah kehidupan sebagai pelajar. Pelajar yang berumur 7 tahun. Saya percaya, ramai ibu-ibu kat luar sana mengalami situasi yang sama.

Tadi pagi, abah dia kejut Aishah, gosok-gosok belakang. dia sambil baca doa “Allahumma yassir wala tuassir,wa atmim bilkhair” 3x..Selepastu., tiba-tiba dia bangun. dengan sendiri terus mandi sendiri. Dan pakai baju sendiri. Memang Abah ummi terkejut..sebab dia tak menangis langsung dan semua buat secara sendiri

read more

Rahsia Cara Buat Duit Dengan Instagram

Rahsia Cara Buat Duit Dengan Instagram

Betul ke boleh buat duit dengan Instagram?

Ketika ramai peniaga-peniaga online merungut di Facebook, ramai orang telah berjaya membuat duit dengan menggunakan medium Instagram. Ketika masih ramai kebingungan, kenapa jualan mereka di Facebook lesu dan terus merosot, tetapi ramai peniaga di Instagram terus gembira berjual beli.Tetapi, bagaimana cara  buat duit dengan Instagram?

Ramai yang ingin menggunakan Instagram untuk berniaga. Tetapi masalahnya, tak tahu RAHSIA bagaimana…
– Adakah main Follow orang lain sesuka hati?
– Adakah main beli follower aje?
– Apakah teknik yang sepatutnya?
– Ramai follower, tetapi sales masih ciput..

read more

Wajibkah Menulis Surat Rayuan Haji?

Wajibkah Menulis Surat Rayuan Haji?

Rayuan menunaikan Haji, wajib dilakukan?

Alhamdulillah, baru sahaja selesai menulis surat rayuan haji secara surat rasmi bagi bapa mertua saya. Bergenang air mata tatkala menulis bagi pihak mereka kerana mengenangkan umur mereka yang semakin senja dengan kesihatan yang semakin merudum. Surat rayuan yang membawa seribu harapan agar impian mereka menunaikan rukun Islam ke lima iaitu menunaikan haji. Ya Allah, perkenankanlah doa mereka agar dapat sampai ke Mekah pada tahun hadapan..Amin Ya Rabbal Alamin..

rukun islam menunaikan haji

Menunaikan Haji merupakan Rukun Islam kelima

Dikala, ramai yang menunggu giliran tiba untuk menunaikan haji melalui Tabung Haji. Ramai yang tidak tahu kepentingan membuat rayuan haji. Ini supaya tabung haji alert dengan keperluan mempercepatkan peluang menunaikan haji bagi seseorang. Mengikut statistik, buat mereka baru mendaftar haji di Tabung Haji, kemungkinan peluang menunaikan haji adalah pada 30-40 tahun akan datang!!Bahkan mungkin melebihi tempoh berkenaan..Kalau mereka yang sekarang ini berumur 50-60 an…bilakah masa untuk menunaikan haji? Adakah akan masih wujud?

read more

Berita Gempar: Minyak RON95 Naik Harga Lagi Disember ini?

Berita Gempar: Minyak RON95 Naik Harga Lagi Disember ini?

Tiada lagi subsidi untuk minyak RON95

Minyak RON95 naik harga

Minyak RON95 naik harga bermula 1 Disember 2014

Adalah MENGEJUTKAN apabila harga minyak RON95 di Malaysia dijangkan akan dinaikkan harga bermula 1 Disember 2014. Ini berlaku apabila kerajaan mengumumkan  penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek.

Penetapan harga minyak di Malaysia juga akan mengikut pasaran minyak sedunia. Ini bermakna, jika harga pasaran minyak dunia meningkat, maka harga minyak RON95 dan diesel juga akan naik dan begitulah sebaliknya jika ia menurun

read more