Sihat dan Bertenaga Mengerjakan Umrah dan Haji bersama Set Eksklusif Umrah-Haji

Sihat dan Bertenaga Mengerjakan Umrah dan Haji bersama Set Eksklusif Umrah-Haji

Sihat Cergas dan Bertenaga Dalam Mengerjakan Umrah dan Haji

Alhamdulillah..musim umrah tiba lagi. Kalau ikutkan, bila masa cuti sekolah nil ah berpusu-pusu orang ramai menunaikan umrah. Nak menunaikan haji mungkin belum kesampaian, jadi..jika berkemampuan bolehlah menunaikan umrah dahulu. Hari ini 16 Disember 2015, hampir setahun kami suami isteri menunaikan umrah. Umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee (1 kelebihan menjadi ahli shaklee) pada tahun 2014 menggamit seribu kenangan untuk kami berusaha untuk pergi menunaikan haji pula pada masa akan datang.

Alhamdulillah, sepanjang berada di Mekah dan Madinah ketika menunaikan umrah kami diberikan kekuatan untuk menunaikan umrah sebanyak 4 kali. Rahsia yang kami bawa adalah tentunya menggunakan vitamin-vitamin Shaklee dan yang paling disyorkan adalah Set Eksklusif Umrah-Haji. Nak tahu apa yang ada di dalam Set Eksklusif Umrah-Haji ni? Ok saya kongsikan di sini.

Rindu kan kaabah dan masjidil haram

Bersama Suami di hadapan kaabah 2014 (Trip Eksklusif Shaklee 2014

Kenangan Eksklusif Umrah Shaklee 2014

Kenangan Eksklusif Umrah Shaklee 2014 (Gambar di Jabal Rahmah)

Set Shaklee Eksklusif Umrah-haji

Kenapa kami panggil ia adalah eksklusif? Ini adalah kerana, ia adalah khas untuk umrah dan haji. Ia juga boleh digunakan untuk berjalan jauh di perantauan. Mengikut pengalaman kami, ‘kaki’ , ‘badan’ dan ‘minda’ yang kuat amat diperlukan dalam menjalankan ibadah umrah dan haji..kerana kita perlukan ‘kaki’ dan ‘badan’ yang kuat dalam menempuh perjalanan yang jauh di samping keadaan panas yang memerlukan badan yang sihat dan minda yang kuat menempuh pelbagai cabaran di sana nanti. Di sinilah set Shaklee eksklusif umrah-haji member manfaat kepada semua jemaah umrah dan haji. Tambahan lagi, jika jemaah umrah mahupun haji adalah terdiri daripada warga emas atau warga ‘senior’ yang memerlukan lebih tenaga kesihatan kepada anggota ‘kaki’, ‘badan’ dan ‘minda’.

set eksklusif umrah-haji shaklee

beli sekarang set eksklusif umrah-haji

Set Eksklusif Umrah-haji ini mengandungi 4 vitamin utama iaitu Performance Drink, Vitamin C Plus , Nutriferon dan Ostematrix. Jom kita tengok fungsi setiap Vitamin berikut:

 

Performance Drink Umrah-Haji

Performance Drink ini adalah minuman penambah prestasi atau penambah tenaga yang banyak digunakan oleh atlit sukan antarabangsa. Umum kita ketahui, cuaca panas di Mekah dan Madinah, memudahkan badan kita terhidrasi. Kesan hidrasi yang teruk, boleh melemahkan tubuh badan dan membuatkan amalan umrah-haji sukar dilakukan. Performance Drink bertindak untuk mengekalkan elektrolit pada tubuh badan dan seterusnya mengurangkan rasa letih dan menambah tenaga pada tubuh badan.

performance drink umrah-haji

Performance drink umrah-haji

Nutriferon Umrah-Haji

Nutriferon pula adalah set penggalak system imun pada tubuh badan. Seterusnya menguatkan ‘badan’ dan ‘minda’ kita. Ia bertindak meguatkan system imun badan dengan melawan kuman yang terdapat pada tubuh badan kita. Umum kita ketahui, cuaca di Malaysia tidak sama seperti di Mekah dan madinah, perubahan cuaca yang mendadak boleh menyebabkan jemaah umrah-haji di serang pelbagai penyakit seperti demam, batuk dan selsema. Pengambilan Nutriferon mampu membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh badan.

nutriferon umrah-haji

Nutriferon umrah-haji

Vitamin C Plus Umrah-Haji

Bila sebut Vitamin C Sahaja, umum megetahui kepentingan Vitamin C dalam menguatkan tubuh badan. Vitamin C Plus ini membantu mengelak serangan radikal bebas atau kuman pembawa penyakit. Ini adalah vitamin wajib untuk semua jemaah umrah-haji. Di mekah dan madinah, selsema juga mudah dijangkiti. Bagi mengelakkan atau mengurangkan selsema (jika dijangkiti) adalah digalakkan mengambil Vitamin C Plus Umrah-haji 2 biji sehari.

                             vitamin c plus umrah-haji

vitamin c plus umrah-haji

Ostematrix Umrah-Haji

Akhir sekali, ini juga adalah vitamin wajib untuk umrah-haji bagi makanan ‘kaki’. Ostematrix merupakan pembekal kalsium dalam tubuh badan. Umum mengetahui, ketika mengerjakan umrah mahupun haji, ‘kaki’ diperlukan untuk melakukan tawaf, saie dan sebagainya. Jadi Ostematrix membantu menjaga ‘kaki’ dan juga ‘badan’ daripada masalah yang berkaitan tulang terutamanya lenguh-lenguh kaki dan badan,sakit-sakit pada tubuh badan dan kaki seterusnya membolehkan jemaah mendapat tidur yang lena.

ostematrix umrah-haji

ostematrix umrah-haji

Kesimpulan Set Eksklusif Umrah-Haji

Kesimpulannya, Set Eksklsif Umrah-Haji Shaklee ini amat disyorkan kepada semua bakal jemaah umrah dan haji bagi memperolehi kesihatan tubuh badan dalam melaksanakan ibadah ini dengan sempurna. Saya doakan semua jemaah mampu memperolehi umrah-haji yang mabrur.  Bagi mereka yang ingin membuat pembelian terus set eksklusif umrah-haji ini, Harga keseluruhan Cuma RM417.25 tidak termasuk pos. Pembelian secara ONLINE boleh terus Klik gambar di bawah.

beli sekarang set eksklusif umrah-haji

 

p/s: Untuk Mendapatkan Set eksklusif Umrah-Haji pada harga khas, boleh terus juga sms/WhatsApp 013-7089305 (Puan Rokiah) atau email kepada rokiahaizal@gmail.com.

cara order shaklee

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge