Selamat Menyambut Hari Malaysia

Selamat Menyambut Hari Malaysia

Sejarah Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan Malaysia

Malaysia disini Lahirnya sebuah cinta

Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 51 kepada semua pembaca www.ummimamabiz.com. Untuk pengetahuan semua Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi mengenangkan penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Ia juga menandakan terbentuknya Negara Malaysia bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Ramai yang keliru di antara hari Merdeka dan hari Malaysia. Hari Merdeka adalah hari menandakan Negara kita bebas daripada penjajah sejak dari tahun 1511. Hari Merdeka di sambut pada 31 Ogos setiap tahun dan tahun ini merupakan sambutan yang ke 57.
Mengikut sejarah, hari Malaysia pada asalnya dirancangkan pada 1 Jun 1963 sebelum ditangguhkan kepada 31 Ogos 1963 supaya dapat di sekalikan dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke 6. Oleh kerana beberapa isu, akhirnya pembentukan Malaysia ditangguhkan kepada 16 September 1963 (sumber Wikipedia)

Sambutan Hari Malaysia

Sejak 2010, Hari Malaysia merupakan cuti am bagi seluruh negeri-negeri di Malaysia walaupun pada asalnya hanya negeri Sabah sahaja yang cuti. Jadi, kita boleh lah cuti ye sambil berehat bersama keluarga. Tahun 2014 ini, hari Malaysia jatuh pada hari Selasa dan tidak bersambung dengan cuti hujung minggu. Jadi dapatlah menggunakan 1 hari bersama keluarga.

Tahun ini, sambutan Hari Malaysia yang ke 51 akan disambut di Miri, Sarawak. Antara acara yang diaturkan bagi sambutan ini adalah nyanyian dan persembahan kebudayaan. Jadi kita yang tinggal jauh dari bumi kenyalangni, pandai-pandailah tengok dari TV sahaja la. Tema sambutan pada tahun ini adalah sama dengan tema sambutan Hari Merdeka iaitu “ Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta”.

Bagi ummimamabiz.com, marilah kita sama-sama memperingati sejarah penunuhan dan kemerdekaan Malaysia. Marilah kita semua rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa sama-sama memajukan Negara Malaysia kearah Negara yang lebih maju, bersatu padu, aman sejahtera dan berdaya saing. Semoga Negara Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t.

Comments

  1. Selamat Hari Malaysia 🙂
    Nizarazu recently posted…Keputusan Anugerah Lawak Warna 2014My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge