Selamat Datang Tahun 2016 ..Perjalanan Baru Bermula

Selamat Datang Tahun 2016 ..Perjalanan Baru Bermula

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ummimamabiz.com. Di kesempatan hari terakhir 2015 ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baru 2016…Semoga kehidupan kita hari esok lebih baik dari hari ini..dan kehidupan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.

Selamat datang tahun baru 2016

Azam Baru 2016

Bila sebut tahun baru aje, semua akan sebut azam apa yang mereka ingin lakukan pada tahun hadapan..Walhal azam-azam sebelum-sebelum ini pun tak tercapai.. marilah kita mengubah persepsi, semoga ‘perubahan’ yang kita inginkan akan tercapai..jangan jadikan azam seperti ‘mat Jening yang berangan kosong’

Buat semua pembaca tak kira ahli Shaklee atau bukan, saya doakan semua berjaya dalam kerjaya dan impian masing-masing. Kehidupan 2016 akan lebih mencabar dikala ekonomi yang makin meleset dan carilah peluang untuk menambah pendapatan tambahan untuk membantu di kala kesusahan.

Alhamdulillah, tahun 2016 merupakan bakal tahun ke 4 saya bersama Shaklee..Sepanjang 4 tahun juga perniagan Shaklee ada naik dan ada turun..ramai yang mengalah..tapi push factor saya terus kuat dan bertahan kerana Shaklee masih utuh dan ia menyediakan platform terbaik untuk menjana pendapatan hanya bekerja dari rumah seperti dibuktikan ramai pengedar Shaklee hari ini.

Rokiah Abdul Hamid Ahli Shaklee Johor Bahru skudai utm

Rokiah Abdul Hamid Ahli Shaklee Johor Bahru skudai utm

Misi tahun 2016

InsyaAllah jika dengan izinNya, pada tahun 2016 saya akan:

  • Membantu lebih ramai lagi untuk sihat dengan Shaklee
  • Membantu dan mengajar lebih ramai orang lagi untuk mencari pendapatan tambahan walaupun anda seorang surirumah. Ia tidak mustahil
  • Mendidik anak pertama untuk menghafal surah lazim, anak kedua untuk berjaya membaca dan anak ketiga terus membesar dengan bijak. Bisnes tetap bisnes, keluarga tetap menjadi keutamaan
  • Membaiki tahap ekonomi keluarga dengan Shaklee dan hidup lebih sihat dengan Shaklee..termasuklah menguruskan lemak-lemak pada badan J
  • Menjadi seorang ibu, isteri yang solehah yang membimbing keluarga ke syurgaNya..
  • Ingin melihat/membantu ibu dan ayah mertua menunaikan haji atau paling tidak pun menunaikan umrah

Selamat Tahun Baru 2016

Akhir kata..Selamat Menyambut Tahun baru 2016, buka buku baru..tutup yang lama.. Kita bermula dari muka surat yang baru semula daripada 365 muka surat semuanya.. maafkan juga salah silap dikala menulis dan berkongsi di blog ini. Doakan kami dan diri anda juga Berjaya dunia akhirat..Amin

sid320 Cara makan Omega Guard Shaklee untuk anak

Rokiah Abdul Hamid
Senior Coordinator (ID: 867860)
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. Selamat Tahun Baru kak…Moga Allah mempermudahkan urusan kakak & abg haizal di hari mendatang.

  2. selamat tahun baru rokiah
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Atasi Kulit Jerawat Bagi LelakiMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge