Saya tak Malu dalam Perniagaan

Saya tak Malu dalam Perniagaan

Malu punca gagal dalam perniagaan

cara mengatasi rasa malu dalam perniagaan

cara mengatasi rasa malu dalam perniagaan

Pagi ini, saya nak kongsikan mengenai perasaan Malu yang ada pada diri kita semasa menjalankan perniagaan. Diakui, perasaan malu itu perlu, tapi kebanyakannya perlu di campak jauh-jauh. “Kita Mahu, tapi kita malu”, apa yang difikirkan adalah tak selari dengan apa yang dilakukan.

Akibat desakan hidup, dengan kenaikan minyak dan peningkatan kos hidup, ramai yang ingin mendapatkan pendapatan tambahan, tetapi masih amatur dalam perniagaan ini. Sama seperti Shaklee, ramai yang berpusu-pusu nak jadi ahli Shaklee, dan bila dah jadi Ahli Shaklee, terus stop tak tahu buat apa-apa sebab malu dalam perniagaan.

Diakui, sindrom malu memang ada, terutama mereka yang baru menjalankan perniagaan. Semua ini disebabkan oleh padangan negatif pada diri sendiri. Nak hilangkan sifat malu bukan mudah, semuanya perlu latihan dan mengasah diri untuk berfikiran positif.

Saya tak malu berniaga

Saya tak malu berniaga

Cuba kita lihat quote di bawah mengenai seorang peniaga pasar malam, dipetik dari forum carigold:

” Kena duduk dan fikir dulu apa punca kita malu, lepas tu baru boleh tau cara nak hilangkan rasa malu tu..

Aku peniaga pasar mlm, mula2 nak berniaga dulu memang malu sangat2.. Mula2 aku xnak berniaga psr mlm, aku dah ada keja tetap, kalau jumpa member2 malu la. Macam aku ni terdesak sangat..

Jadi aku mula fikir, kenapa aku malu? apa yg aku malu?
jawapannya-
-Aku malu org tengok aku tersengih bwh payung menunggu pelanggan.
-Aku rasa peniaga pasar mlm ni org yg hidupnya kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg..
-aku tak nampak smart/macho berniaga mcm tu.. [-(

Ini antara jwpn paling besar aku malu nak berniaga. Lepas tu aku fikir, betul ke apa pandangan aku pada peniaga pasar mlm ni? Rupa-rupanya semuanya salah!!
-Sebenarnya diorang sengih bwh payung sbb dok fikir hasil jualan.:)paid
-Pendapatan diorang lebih byk dari aku yg mkn gaji ni.(aku pernah jumpa peniaga murtabak psr mlm ada 3 biji keta, van 2 biji, rumah banglo 2 tingkat.. berniaga 4 hari je seminggu)~X(
-Siapa ckp xmacho berniaga dipasar mlm? Tengok beg pinggang yg selalu peniaga psr mlm pakai, beg penuh duit tu melambangkan kemachoan mereka. 😎

Sebenarnya kita malu sbb kita pandang rendah pada org lain sedangkan kita lupa yg mereka tu adalah ‘boss’ sedangkan kita yg bekerja mkn gaji ni harapkan pakaian & gaya je nampak hebat tapi tetap kuli org.. Kalau nak buang rasa malu, kita perlu pandang ‘tinggi’ kpd kerja yg kita nak buat..”

Nampak tak, bagaimana menukar cara pemikiran negatif kepada positif. Kan dah nampak hasilnya. Cuma diri sendiri yang kena bertindak untuk buang sifat malu tidak bertempat dan memulakan langkah untuk berjaya, mentor hanya mampu memberi nasihat dan tunjuk ajar. Samalah seperti apa yang dikatakan di dalam Al-quran (Surah Ar-Rad:11)

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

“ Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan” (Surah Al- Insyirah : 5 & 6 )

Ramai Orang Nak berubah, tetapi tidak tahu caranya

Ramai Orang Nak berubah, tetapi tidak tahu caranya

Tips-tips untuk hilangkan rasa malu dalam perniagaan

1.Berdoalah kepada Allah dengan doa yang specifik.Minta agar dikurangkan rasa malu dan diberikan keyakinan diri

2. Kenali diri sendiri. Buat senarai kelebihan, kekurangan diri sendiri beserta cadangan mengatasi.

3.Tentukan minat terhadap bisnes dan cuba ‘master’ dengan apa yang hendak diusahakan

4. Sekiranya anda seorang wanita dan masih mempunyai suami, sila minta izin suami terlebih dahulu.Lebih bagus libatkan pasangan agar dia tahu apa yang kita buat. Sekiranya dia seorang ekstrovert bolehlah dapatkan sokongan darinya

5.Yakin dengan bisnes/ produk yang hendak diusahakan. Pendek kata kalau pelanggan tanya apa pun boleh jawab.

6. Yakin dengan diri sendiri dengan sentiasa memikirkan kata-kata motivasi dan nasihat dari mereka yang sudah berpengalaman

7.Baca dan dengar pengalaman orang lain.

8. Sekiranya offline,tanamkan dalam diri yang anda nak bantu selesaikan masalah orang lain dengan produk tersebut jadi kenapa perlu malu?

9.Meniaga adalah sunnah nabi dan pekerjaan yang sangat mulia .Mereka yang berniaga pergantungannya terus kepada Allah berbanding dengan orang yang makan gaji ramai yang tersalah berharap kepada majikan semata-mata.

10.Jangan rasa kecil hati atau sedih jika tiada yang membeli atau jualan kurang memberangsangkan sebaliknya kaji kenapa jadi begitu dan berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa

11.Tanya diri sendiri jika orang lain boleh kenapa aku tak boleh?

* Dipetik dari Nor Fazilah Abd Mohd Penulis buku Belajar Ilmu Emas Dalam 10 Bab ( BIED10B)

Kisah Ummi sendiri yang malu dalam Perniagaan Shaklee

Ummi sendiri akui pernah rasa malu untuk berniaga Shaklee kira-kira 2 tahun setengah yang lalu. Hinggakan, ambil masa setahun setelah menggunakan Shaklee, baru membuat keputusan menjadi Ahli Shaklee. Bila dah jadi Ahli, Ummi malu pula nak berkongsi dengan rakan-rakan dan suadara mara.

Buang Malu untuk Berjaya

Buang Malu/Malas untuk Berjaya

Disebabkan rasa malu ini, Ummi buat keputusan untuk berniaga secara ONLINE dan bukan secara OFFLINE. Maka wujudlah Facebook page UmmimamaBiz dan personal account FB Rokiah Abdul Hamid. Pada ketika itu, blog ada, tetapi tak seaktif blog yang ada sekarang ini (Mungkin pada masa ini terlalu tumpukan pada facebook). Walaupun pada mula-mulanya agak kekok untuk berkongsi, tapi lama kelamaan alah biasa tegal biasa. Perasaan malu tu campak tepi, sebab kita niatkan berkongsi dan nak bantu orang. Biarlah apa yang orang lain nak kata, janji niat kita betul. Alhamdulillah, atas rezeki yang diberikan bersama Shaklee dan bertahan sehingga 2.5 tahun lamanya.

Pesanan kepada mereka yang malu dalam perniagaan

Anda berhak untuk berjaya

Anda berhak untuk berjaya

Pesanan ini kepada anak cucu cicit Shaklee saya, dan mereka yang menjalankan apa-apa perniagaan, cubalah praktikkan tips-tips di atas sedikit demi sedikit dan jangan mudah berputus asa. Dugaan dan cabaran sentiasa ada, tapi yang penting, kalau niat kita betul dan kita istiqamah,berfikiran positif,  InsyaAllah apa yang kita usahakan akan mendapatkan hasil

Ikhlas, beri dan terus memberi
Rokiah Abdul Hamid
24.10.14 10:00am
Lokasi: Atas katil, sambil menahan sakit kaki

Comments

  1. Salam Ummi,

    Thanks atas perkongsian.. betul tu, awal2 dulu, wawa malu juga bila difikirkan untuk apa kita malu, terus jadi bersemangat..”)
    wawa recently posted…Menulis 101 ImpianMy Profile

  2. Perkongsian yang betul2 menyentuh jiwa saya. Saya masih ada lagi rasa malu tu dlm diri. Saya kena ubah sikit2 dari sekarang.
    Mas Anira Tasmin recently posted…APAKAH PUNCA SEBENAR TEKANAN DARAH TINGGI?My Profile

  3. Yusni Hj Yusof :

    perkongsian yg sgt sgt sgt menarik..
    terima kasih kerana menyedarkan diri ini…:)-

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge