Saya Malas Tetapi Nak Berjaya

Saya Malas Tetapi Nak Berjaya

Boleh ke Cik Malas Berjaya?

penyakit-malas

Malas bermaksud tidak mau bekerja atau mengerjakan sesuatu (dipertik dari artikata.com). Malas merupakan penyakit berbahaya buat manusia jika tidak dibendung. Apabila seseorang itu sudah berada di dalam zon yang selesa, mereka akan lupa atau lalai akan bahaya dari tempat mereka berada.

Saya rungkaikan keadaan malas dalam dua keadaan berikut:

1) Seorang isteri yang ingin menjadi isteri yang solehah..tetapi:

a) apabila bayi berak, dan ketika itu mengantuk nak tidur.. “alah biarlah, aku mengantuk sangat..lepas bangun tidur aku basuhlah”
b) ketika baju berbakul tidak berbasuh. “ baru 1 bakul baju..takpela esok aku basuh” dan keesokannya…baru 2 bakul baju…esoklah aku basuh
c) ketika bangun solat subuh..”eh eh suami dah solat subuh, aku belum…ah mengantuk sangatlah…zzzz”

d) malaslah nak layan suami. “dia balik rumah ke tidak ada ku kisah, pandai-pandailah dia cari makan”

2) Seorang peniaga yang ingin berjaya dalam Shaklee tetapi:

a) tengoklah, ramai sangat dah kongsi pasal Shaklee di facebook, blog dan media sosial sekarangni. “ tak apalah..lain masa aku kongsikanlah kebaikan Shaklee. Malaslah nak buat sekarang”.
b) malas nak follow up pelanggan. “Tak payahlah bagitahu pelanggan promosi yang ada sekarangni, kalau diorang nak..biar diorang cari aku!”
c) malas nak solat, solat dhuha, zikir, bangun malam. Padahal, apabila kita mendekatkan diri dengan Allah. Allah akan member rezeki dari tidak disangka-sangka

Daripada kedua-dua contoh di atas, rasa-rasanya kedua-dua akan berjaya atau tidak mencapai apa yang diingini? Rasa-rasanya, dapat tak dia keluar dari zon selesa? Tentulah Jawapannya TIDAK kan? Dalam kes yang pertama, kehidupan si isteri akan menjadi huru hara. Bayi akan mengalami kesakitan dan masalah kesihatan, rumah akan menjadi tunggang langgang dan rahmat Allah akan berkurangan. Begitu juga dengan kes kedua, peniaga berkenaan lama kelamaan akan berasa jatuh terduduk. Mana nak dapat pendapatan, jika hanya duduk diam kan?

Untuk Berjaya di dalam sesuatu, perasaan MALAS perlu dicampak jauh-jauh. Kalau adapun sekejap cepat-cepat campak jauh-jauh supaya kita Berjaya melangkah lebih jauh. Tak kira dalam bisnes mahupun pekerjaan harian, perasaan ini memang wujud, tetapi sebagai orang yang terMOTIVASI untuk mencapai impian yang besar, fikir balik matlamat hidup kita dan kembali kepada Allah.

Saya orang luar biasa

Saya orang luar biasa dan saya seorang yang rajin!

Semoga peringatan ini member manfaat kepada semua. Nota MALAS ini, saya tujukan untuk diri saya dan pembaca supaya lebih bermotivasi dan konsisten dalam melakukan pekerjaan harian. Bagi saya, sebagai ahli Shaklee yang menjual produk kesihatan, insyaAllah saya akan terus berusaha berkongsi kebaikan Shaklee buat semua. 28 bulan di dalam Shaklee, sebagai Ahli Shaklee masih merupakan tempoh masa yang singkat, masih ramai yang perlu ditolong untuk memperolehi kesihatan yang lebih baik

Semoga bermanfaat. Dikongsikan juga doa dan amalan menjemput rezeki daripada sumber yang tidak di duga.

doa menghilangkan rasa malas

doa menghilangkan rasa malas

Ayat Seribu Dinar

Ayat Seribu Dinar merupakan ayat seribu kegunaan. Elok sangat diamalkan

Rokiah Abdul Hamid

Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. malas itu selalu ingin tidur dan tidak mau berpikir, orang malas adalah orang yang rugi waktu dan tidak dapat uang, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik
    yandi recently posted…Cara Mengecek BacklinkMy Profile

  2. saya memang nak hapuskan perasaan malas dengan tindakan muhasabah diri..
    Hero Borneo recently posted…3 Tips Untuk Pikat BosMy Profile

  3. assalam…perkongsian yg amat bagus…tq

  4. Salam perkenalan dari saya.. Alhamdulillah, terkesan dinhati dengan membaca entri ini.. Terima kasih ye utk perkongsian mantap ni..
    MamaBard recently posted…Tips Mendapatkan Jantung Yang SihatMy Profile

  5. Untuk berjaya kena ketepikan sifat malas paling utama. Dan buang jauh-jauh suara negatif itu 🙂
    azimah mohd zainuddin recently posted…Rahsia Kekal Bertenaga Untuk Ibu BekerjaMy Profile

  6. kena rajin….baru berjaya:)
    Ira recently posted…Shaklee collagen september paling berbaloi untuk dimilikiMy Profile

  7. Artikel yang sangat2 menyedarkan diri ini…
    TQVM sis

  8. Hanya kesungguhan dan kekuatan diri yg menjadi ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malas ni. Kalau dibiarkan , boleh membawa kepada penyakit fizikal pula

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge