Sambutan Hari Raya Shaklee Johor Bahru

Sambutan Hari Raya Shaklee Johor Bahru

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Malam-malamni masih terasa kepenatan selepas pulang dari jamuan hari raya shaklee johor. Tahun ini adalah kali pertama kami sekeluarga hadir ke Jamuan Hari Raya anjuran Shaklee Johor dan kali ini dilaksanakan di KSL Hotel Johor Bahru. Program bermula jam 2:00 petang dan berakhir dalam 6 petang.

Salam Aidilfitri Shaklee Johor

Meriah betul majlis ini apabila dihadiri ramai ejen shaklee johor atau ahli shaklee tak kira bangsa. Yang lagi best, President Shaklee Malaysia iaitu Mr. Victor Lim turut sama turun bagi memeriahkan suasana.

presiden shaklee malaysia.

Majlis dimulakan dengan perkongsian dari Nutrionist Shaklee Johor Bahru iaitu Cik Charlotte Lok Sinn Ning dan diselang selikan dengan cabutan bertuah. Hehe..kalau bab cabutan bertuah ni..memang susah sangat kami nak menang..takpe lain kali lah kami akan menang.

Acara sambutan disambung juga dengan beberapa acara sampingan antaranya bawa ketupat guna mulut, pakaian sampin kreatif dan Mr dan Ms Shaklee Johor. Suamiku dengan selamba sertai pertandingan.. Positif dan sporting sangat-sangat suamiku (haha puji ada makna..) hensem dan macho juga..

sampin shaklee johor

Percaya tak..walau tanpa baju melayu..rupa-rupanya.. Dia johan acara pakaian sampin shaklee johor.. Bestnyer… Dapat hadiah pula tu dari Shaklee..iaitu Vitamin E, B complex dan zinc.. Boleh la..siapa nak bagi free kan??

hadiah shaklee johor

Oh ye..terlupa yang President Shaklee Malaysia ada juga berikan ucapan, enjoy sakan dia..dengan kali pertama berbaju raya sambil menyanyikan lagu raya..sedap juga suara dia!

Akhir sekali..makan time!… Macam-macam dihidangkan tak dapat disebutkan satu persatu. Dah nama pun jamuan raya..mestilah sedap-sedap.. Ini je gambar makanan dan suasana di dewan makan yang sempat di snap dan kongsikan..

jamuan raya shaklee johor bahru

pengedar shaklee johor
Sebeum balik… Princesses Aishah dan Asfa..pantang nampak Swimming Pool ni..diorang ni nak terjun je..tapi nasib baik dapat di control..ambil gambar je la kat KSL Swimming Pool ni.. Best sangat sambutan raya shaklee johor ni..Tahun depan boleh sertai lagi..

puteri puteri shaklee johor
Oh ye..balik rumah dalam 6:30 ptg..sampai rumah je dah maghrib..tapi sampai2 rumah je terus grab vitamin shaklee untuk slim ni..hehe.. Manalah tahan..asyik makan..makan dan makan.. Aku nak slim juga macam anak dara walau anak dah tiga.. Hehe
Ok dah malam..itulah perkongsian warna-warni hari raya oleh pengedar shaklee johor ini.

set slim shaklee

Shaklee Malaysia

ID No : 867860
Hubungi/SMS/WhatsApp saya : Rokiah 013 – 7089 305
FB Page : UmmiMama Biz
Email : rokiahaizal@gmail.com

 

Comments

  1. hehe..terbaiklah..menda ni nampak simple aje kan?tapi kesan daripada program ni, hanya mereka yang mengetahui..bila lagi kan nak eratkan silaturahim antara geng2 shaklee..hehe
    Hafizul recently posted…Top Komen Julai 2014 – Review Blog JuaraMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge