Sambungan Kisah Lelaki Berkain Pelikat Pemilik 35 juta

Sambungan Kisah Lelaki Berkain Pelikat Pemilik 35 juta

[sambungan sharing semalam]
Kisah Pakcik Tua pemilik RM35 juta aset Part 1 boleh KLIK SINI

kain pelikat

11. Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.

(Kedai mula mula di mulut sahaja.)
Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong. sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau.
Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

12. Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri ang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk.
Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu.
Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual.
Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

13. Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu.
Usah cepat mahu melebar. Fahamkah apa pakcik cakap.
Maksudnya biar berjaya satu demi satu.
Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya.
Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20”. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)

14. Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes.
Produk tak boleh bercakap. Sejak bila pula lah produk boleh bercakap.
Orang kena tahu apa yang kita buat.
Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita.
Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi.
Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit.
Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual.
Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli.
Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

15. Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak.
Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi.
Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut?
Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”.
Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni?
Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe.
Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.

Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

16. Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan.
Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol.
Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan.
Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita.
Ada dunia kekal abadi di sana.
Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah.
Itulah perumpamaan hidupan.
Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

17. Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur.
Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga.
Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

solat-di-mana-mana

18. Anak..Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras.
Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras.
Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama.
Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman.
Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti.
Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.

Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara.
Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit.

Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya.
(nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

19. Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itusahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”

Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya.
Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku.
Wang bukan raja.
Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara.
ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

20. Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita.
Ianya adalah cara terbaik cucikan diri.
Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu.
Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari.
Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran.

Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.

Coretan daripada Dato Roslan Ab Hamid
FB: https://www.facebook.com/roslan.abhamid?fref=ts

Comments

  1. We have decided to open our POWERFUL and PRIVATE website traffic system to the public for just a few days! You can sign up for our UP SCALE network with a free trial as we get started with the public’s orders. Imagine how your bank account will look when your website gets the traffic it needs. Visit us today: http://url.lily.la/k6m0

  2. It’s a nice beneficial part of information.. pasaran bola malam ini Now i am delighted you shared this helpful info here. Make sure you stop us educated in this way. Many thanks for expressing.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge