Petua Memperolehi Anak Yang Soleh dan Solehah

Petua Memperolehi Anak Yang Soleh dan Solehah

Petua Memperolehi Anak Yang Soleh dan Solehah ini ummi perolehi banyak dari website-website lain. Tetapi, ummi tambah dengan amalan lain terutamanya bila nak tidur. Siapa taknak anak jadi baik kan?Sebab nabi dah pesan, terputuslah amalan manusia apabila mati KECUALI 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kita.. Jom kita sama-sama usaha untuk dunia dan akhirat…

 

Petua Anak Yang Soleh dan Solehah

Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. seterusnya,

Membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

Doa anak jadi soleh/solehah yang menyejukkan hati dan pandangan:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَجِنَا وَذُرِّيَّـتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
(Al-furqan : 74)

Anak Soleh

Bila bangun pagi pula, ummi selalu bacakan doa berikut:

Allahumma yassir

 

Baca 3 kali…sambil baca gosok-gosokkan dekat belakang anak. InsyaAllah dengan izinNya..anak akan mudah bangun pagi untuk solat dan pergi ke sekolah. Ummi doakan kita semua dapat sama-sama memperolehi zuriat yang soleh dan solehah. Amin

Comments

  1. soleh sekali anakanya
    adesutisna recently posted…Download Apk Game Dungeon Quest TerbaruMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge