PERLU TAHU! Salah Faham Penyusuan Susu Ibu

PERLU TAHU! Salah Faham Penyusuan Susu Ibu


Saya ingin berkongsi serba sedikit tentang salah anggapan bakal-bakal ibu hingga takut untuk meneruskan penyusuan kepada anak tersayang.
Ibu WAJIB tahu..agar ibu-ibu semakin bersemangat untuk memberi yang terbaik buat anak..
Setiap apa yang kita beru untuk anak tersayang..Allah akan beri 10 kali lebih baik kepada kita..
semoga anak2 menjadi anak yang soleh solehah, bijak cerdik dan dapat membawa keluarga kita ke jalan yang diredhoiNYA.

Salah Faham Mengenai Penyusuan Susu Ibu…

1 – “Saya tidak mahu payudara yang kendur!”

  • Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat.  
  • Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.


2 – “Penyusuan susu ibu menyusahkan.”

  • Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. 
  •  Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos!

 3 – “Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”

  • Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari.  
  • Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.


4 – “Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?”

  • Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. 
  • Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. 
  • Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.
  • Jadi persiapkanlah diri dengan mempelajari teknik penyusuan yang betul.
  • Practice makes perfect !


5 – “Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”

  • Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. 
  • Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. 
  • Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara. 

credit

Anda mungkin juga ingin mengetahui :

 ———————————————— 
 
UmmiMamaBiz [ Rokiah Haizal ]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 867860]
HP/WhatsApp [ 013-7089 305 ]
rokiahaizal@gmail.com
 
 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge