Perjalanan di Guangzhou China Part1

Perjalanan di Guangzhou China Part1

Alhamdulillah.. dah 2 hari kami berada di Guangzhou China. Luas rupanya Guangzhou ni dan sangatlah moden. Mula-mula datang ingatkan takdelah maju sangat,rupa-rupanya..tercengan juga. Entri kali ini akan dikongsikan pengalaman semasa di Guangzhou. Disebabkan tujuan asal hanya nak ikut suami kerja, jadi masa-masa terluang curi-curi pergi jalan-jalan.

Lapangan Terbang Baiyun International Airport Gaungzhou China

Guangzhou_Baiyun_international_airport

Kami selamat sampai di lapangan terbang baiyun Guangzhou China pada Ahad 24hb Ogos 2014. Perjalanan mengambil masa 4 jam..penat sungguh duduk kat dalam airAsia..faham-fahamlah duduk dalamkapal terbang. Oleh kerana dah terlalu penat, sampai-sampai aje terus ambil teksi ke Hotel. Walaupun agak mahal, berbanding naik train, kami harung ajela naik teksi. Perjalanan teksi kami dari Lapangan terbang Baiyun mengambil masa dalam 45minit. Itu pun rasa macam naik kereta F1, best aje driver teksi ni menciluk sana sini… dan akhirnya sampai juga ke Langham Place iaitu hotel kami menginap.

Hari 1 di Guangzhou (25 Ogos 2014)

– Suami pergi kerja, jadi terperukla dalam hotel dengan baby. Best je rehat kat hotel ni..tapi yang tak best, buka-buka internet Facebook, google, gmail dan seangkatannya kena block.. Ternganga gak untuk orang yang buat bisnes online Shaklee ni

– Tetapi, Alhamdulillah..rupa-rupanya semua ni boleh diakses dengan menggunakan Virtual Private Network (VPN). Kiranya macam akses dari rangkaian di Malaysia la..bukan di China..so dapatlah akses semua tu..bisnes Shaklee pun berjalan seperti biasa..bercuti-bercuti juga..bisnes tetap bisnes :)..jadi entri kali ini memang sah boleh akses berbanding entri semalam sebelum tiba di Guangzhou

– Lewat petang, disebabkan dah terlalu lapar, barulah suami pergi bawa jalan-jalan cari makan. Maka bermulalah perjalanan mengenali Metro Guangzhou China.

– Metro di sini ada 8 line.Jadi sasaran kami adalah ke kedai makanan halal dan perhentian di tuju adalah perhentian “Xiaobei”. Mula-mula beli tiket mudah sangat, sebab ada mesin yang ada bahasa inggeris..bila dah beli keluarlah token bulat warna hijau. Nak dijadikan cerita, masa nak akses keretapi, kami puaslah cari lubang nak masukkan token..haha rupa-rupanya token ni adalah untuk Tag sahaja..macam kad tagging touch and go la.. ku tertipu di sini.

– Setelah bertukar di dua stesen metro (naik 3 keretapi) akhirnya tiba di “Xiaobei”. Keluar-keluar je stesen Nampak penuh kedai makanan halal. Tiba-tiba rasa teruja dan nak makan sangat-sangat. Kami berhenti makan tengahari jam 4 petang ( kira lunch+dinner sekali). Lihatlah apa yang kami order… tiba-tiba teringin nak makan ikan sweet sour dan roti Yemen (besar gedabak ala-ala roti nan)

tiket metro guangzhou

Tiket (Perlu di scan) yang ku ingatkan token duit

restoran halal Guangzhou

Restoran halal di stesen Metro “Xiaobei” Guangzhou

Roti Yemen Gaungzhou

Roti Yemen yang besar sangat dah pun di usik sebab terlalu lapar

Ikan Sweet Sour Halal Guangzhou

Ikan Sweet Sour Halal Guangzhou

– Dah makan, kami pun jalan-jalanlah di sekitar..sambil-sambil ambil gambar dan beli baju anak sikit-sikit. Sebelum balik, Nampak pula kedai kebab… beli bungkus je, tetapi tak tahan tengok aiskrim meleleh..masuk juga kat kedai kebab ni menjamu selera hehe..

aiskrim halal guangzhou

jemput makan ais krim buah

– Setelah tu baru lah balik..Jam dah nak pukul 6 petang..maka bersesak-sesaklah dengan orang China dalam train. Yang paling terasa adalah masa naik train, rasanya seperti masuk dalam botol mineral apabila di tolak dengan kuat untuk masuk ke dalam..pengalaman-pengalaman..akhirnya kami tiba semula di Hotel langham Place. Inilah tempat kami menginap. Malamnya tidurlah awal..tapi malam tu cepat-cepat cari Lecithin, Omega Guard dan Alfalfa.. rahsia untuk kesihatan dan kesliman badan…kaki dah penat..tapi esok pula memulakan perjalanan satu hari pusing-pusing Guangzhou dan bersambung…

set diet shaklee

Dah makan macam-macam yang ni sangat-sangat diperlukan

kami di restoran halal guangzhou

Gambar kenangan di Langham Place Guangzhou China

Comments

  1. oo. ingatkan honeymoon tadi. Hee
    blog amir recently posted…Cara Mudah Nak Daftar DomainMy Profile

  2. ASSLKM SIS/…SIS KE GONGZHOU ADA BWK IRON BAJU TAK??ATAW DAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK HOTEL..TQ

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge