Perjalanan di Guangzhou China part 3

Perjalanan di Guangzhou China part 3

Hari rabu 27 Ogos kami duduk di hotel sahaja..tak kemana, Tapi hari Khamis 28 Ogos adalah masa berjalan lagi..jalan-jalan dan shopping, itulah matlamat kami hari ini. Perjalanan hari keempat kami adalah bermula dengan melawat Guangzhou Tower. Kagum dengan teknologi mereka.. Sebenarnya bukan kagum dengan Guangzhou Tower, tetapi bangunan-bangun pencakar langit yang sangat banyak di kawasan ini.. macam biasa, aktiviti kami snap-snap gambar di sini.

Guangzhou Tower

bangunan Pencakar langit di Guangzhou Tower

guangzhou tower

Guangzhou Tower dikenali juga canton Tower atau female tower

makanan halal di Guangzhou

makanan halal guangzhou

Selepas itu, kami di bawa melawat New Lychee wan River. Sungai kecil yang bersambung dengan sungai besar iaitu Pearl River. Kagum juga dengan hiasan di sini, sungai pun boleh jadi tempat tarikan pelancong.

New Lychee wan River

Bersama Tourist Guide kami Ms Lai di New Lychee wan river

Dah lapar, kami terus ke Shangxiajuiu Street. Kami di bawa makan di restoran halal di sini. Boleh tahan juga masakannya. Kami siap “tapau” bawa balik untuk dinner nanti. Lepas makan..adalah shopping time!

Di Shangxiajuiu Street merupakan shopping street. Sepanjang-panjang jalan kiri dan kanan di penuhi dengan peniaga yang menjual pelbagai barangan. Shopping street ni dikatakan agak murah berbanding di Beijing Lu. Sepanjang shopping kat sini, bertembung juga dengan orang Malaysia.. ramai juga yang shopping di sini. 3 jam berlalu, rasa sekejap sangat..cepat sangat masa berlalu..dah tiba masa untuk pulang ke hotel. Walaupun kaki tak larat, kami sangat seronok..rasa macam taknak balik je esok. Esok pagi-pagi dah bertolak balik… Pengalaman ni takkan dapat dilupakan.

Shangxiajuiu Street

Suami di Shangxiajuiu Street..kawasan ini boleh diaktakan barang adalah murah

 

Ok..esok nak berangkat pulang..from Canton with Love..

Comments

  1. Terbaik. akak update blog live dari sana ke? Cayalah.
    blog amir recently posted…Cara Mudah Nak Daftar DomainMy Profile

  2. Klo yg backpacker nie senang x nak berjalan disana sbb first time nak g nie…..visa tu perlu buat mcm mne????

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge