Perjalanan di Guangzhou China part 2

Perjalanan di Guangzhou China part 2

Hari kedua (26 Ogos 2014)kami dibawa oleh pemandu pelancong melawat Guangzhou. Nak senang, ambil je pemandu pelancong, harga boleh dikatakan berpatutanla. Duduk je dalam kereta..dan kemudian ada je orang terangkan itu ini.

Hari ini kami di bawa ke Dr. Sun Yat-sen’s memorial Hall. Ambil je la gambar kat sekitar Hall. Kata pemandu pelancong Dr. Sun Yat-sen ni seorang pejuang bangsa cina..kira macam ala-ala Dato Bahaman, Mat Kilau dan sebagainya la.. Sekejap je ambil gambar dan kami terus di bawa ke Yiexiu Park di tengah-tengah kota Guangzhou. Kat sinilah kami terpegun tengok statue 5 ekor kambing (statue of 5 Ram). Guangzhou ni simbolik kepada kambing dan dikenali juga sebagai “goat city”…ini cerita legend-legend dulu-dulu la… dah ambil gambar.. dah penat naik tangga..terus cari tempat makan.

Dr. Sun Yat-sen’s memorial Hall

kami di hadapan Dr. Sun Yat-sen’s memorial Hall

Yiexiu Park

kami dihadapan statue of 5 Ram di Yiexiu park

Nak cari tempat makan yang halal agak mudah..cari je dekat-dekat masjid. Kami makan di kedai berdekatan dengan masjid Masjid Huaisheng. Banyak kedai-kedai halal di sini. Inilah makanan yang kami makan…

nasi goreng China di guangzhou

makan nasi goreng cina di China

ayam panggang di guangzhou

ayam panggang di guangzhou

Dah makan..kami terus masuk ke dalam masjid ini..Masjid ini dikatakan dibina oleh bapa saudara nabi iaitu Saad bin Abi Waqas..Nyaman dan tenang je rasa, syukur dapat juga solat berjemaah dengan warga tempatan. Antara amalan mereka..selepas je solat jemaah, masing-masing terus buat solat sunat ba’diah.. lepas tu baru imam baca doa..terbalik dengan di sini yang baca doa dulu baru solat sunat

Masjid_Huaisheng

Masjid_Huaisheng di Guangzhou

Selepas solat..adalah shopping time! Kami berjalan di Beijing Lu (Jalan Beijing)..”Lu” bermaksud Jalan di sini. Kat sini rambang mata betul..banyak sangat kedai-kedai yang menjual pelbagai barang-barang. Ada yang jual barang pada harga fixed price dan ada yang jual pada harga yang melampau mahal! Jadi berhati-hatilah.. kepala kena sentiasa kena bijak kira harga yang sepatutnya boleh dapat di Malaysia.. sebab mungkin boleh dapat price 50-70% daripada harga asal..

Beijing Lu

Di tengah-tengah Beijing Lu (jalan Beijing)

3 jam shopping kat sini..rasa macam tak puas je..lepastu kami makan di kedai makanan halal berhampiran Beijing Lu. Ada rupanya kedai makan halal, tapi tak mudahla nak cari. Lepas makan, kami “tapau”..rupa-rupanya kalau nak bungkus..sebut je tapau sama macam bahasa rojak di Malaysia.. lepas makan kami balik ke hotel, macam biasa terus pengsan.. esok hari rabu..hari rehat sebab suami kerja… continue la hari Khamis perjalanan kami di sini..to be continued..

From Guangzhou with Love…

Comments

  1. Salam kenal ummi mama. Seronoknya jalan-jalan pergi Guangzhou 🙂 Nanti jemput singgah blog Azie.
    http://azyyatiliah.blogspot.com/2014/09/maybank-treats-fair-2014.html
    Azyyati Liah recently posted…Maybank Treats Fair 2014My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge