Percutian Ringkas di La Stella Water Theme Park Starhill

Percutian Ringkas di La Stella Water Theme Park Starhill

Percutian Ringkas di La Stella Water Theme Park Starhill

Alhamdulillah, hari ini 23 Disember 2015, dapatlah kami sekeluarga meluangkan masa berkualiti bersama-sama sambil bermandi manda. Bila disebut ‘ La Stella Water Theme Park’ seolah-olah kami sedang bercuti di luar negara…Walhal tidak! Sepanjang cuti sekolah ni..memang berjalan-jalan ke luar negeri, padahal kat negeri sendiri ni pun dah banyak tempat percutian menarik seperti legoland, hello kitty town, angry bird activity park, air terjun kota tinggi, desaru dan banyak lagi. Tapi kali ni.. kami pergi dekat kempas je .. ke arah sekolah anak aje…

di tepi Pantai La Stella Water Theme Park

Di tepi Pantai La Stella Water Theme Park

Lokasi La Stella Water Theme Park Starhill

La Stella water Theme Park ni sebenarnya berada di dalam kawasan Starhill Golf and County Club. Kiranya ia terletak di bawah private Golf Club la tetapi ia dibuka kepada orang ramai. Ia terletak di KM 6.5, Jalan Kampung Maju Jaya, Kempas Lama, 81330 Skudai, Johor Bahru, Johor, Malaysia… So jarak dari rumah kami di Taman Pulai Indah, Skudai ni lebih kurang 21km…xjauh manapun..tapi inilah trip pertama kami ke sini dengan sendiri (sebelumni pernah pergi bawah trip family day)

Yuran Masuk La Stella Water Theme park Starhill

Masa masuk hari ini..caj dewasa adalah RM20 seorang dan kanak-kanak RM11..ini adalah disebabkan cuti sekolah..so harga pun memang tinggi sama dengan harga weekend. Kalau harga hari biasa, Rm10.60 untuk dewasa dan Rm8.50 untuk kanak-kanak…So kalau berbanding tiket nak masuk Water Theme Park Legoland, ia berpatutan la..

Best ke kat Stella Water Theme Park Starhill ni?

Pengembaraan ke La Stella Water Theme park Bermula

Pengembaraan ke La Stella Water Theme park Bermula

Bagi kami, kalau anak-anak enjoy..kami pun enjoy..memang anak-anak sangat-sangat gembira dengan scenario kat sini sampai taknak balik. Kami sampai dalam 10 pagi..dan balik dalam 1:30 tengahari..itupun budak-budak ni taknak balik… Aishah dan Asfa sangat-sangat excited..manakala Afif menangis takut pada mulanya..tapi dah hujung-hujung seronok pula dia. Kami kongsikan di sini gambar-gambar snap kami.. Most of the time, memang main kat kawasan kanak-kanak…dan gelungsur kanak-kanak yang tinggi sekali tu memang disukai Aishah dan Asfa…berulang-ulang diorang naik..huh

Wefie dulu di Pantai Stella Water Theme Park

Wefie dulu di Pantai Stella Water Theme Park

Bermain di Tepi Pantai La Stella Water Theme Park

Bermain di Tepi Pantai La Stella Water Theme Park

Dapat juga mandi kat La Stella Water Theme Park ni

Dapat juga mandi kat La Stella Water Theme Park ni

Tempat mandi kanak-kanak

Di tempat mandi Kanak-kanak. Di sini kami berkampung pada awalnya

Tips Berjalan ke Stella Water Theme Park Starhill

Saya kongsikan di sini tips untuk masuk dan bersuka ria di Stella Water Theme Park ni:

  1. Sila datang awal, biasanya dibuka jam 9pagi setiap hari kecuali isnin. Boleh semak jadual di website Theme park di sini. Bila datang awal, dapatlah masa yang lebih bersama keluarga.
  2. Kalau boleh datanglah theme park pada hari biasa kerana harga masuk jauh lebih murah berbanding harga pada hujung minggu dan cuti sekolah.
  3. Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan. Sebelum masuk, segala beg anda akan di check dan di raba bagi mengelakkan makanan dan minuman di seludup. Hari ni sempat bawa air mineral aje untuk budak. Jadi, sebelum masuk..pastikan anda dah siap makan awal-awal. Kalau nak beli makanan kat dalam pun boleh, Cuma harganya agak tinggi.
  4. Sewa locker. Perkhidmatan sewa locker tak mahal sangat Cuma RM6 termasuk deposit RM3..So total RM3 sahaja untuk locker yang agak besar.
  5. Sila bawa peralatan untuk bersukaria di Theme Park seperti pelampung sendiri, surfing board, bola dan sebagainya. Tidak wajib untuk memakai pakaian renang. Saya sendiri pun turun mandi dengan anak-anak..seronok..memang seronok.
  6. Sewa Boya. Sewa Boya RM20 termasuk deposit RM10. So harganya hanya RM10…bagi saya, kalau nak main gelongsor besar orang dewasa…bolehlah sewa boya ni. Tapi kalau org dewasa nak naik dalam ni untuk mandi manda..macam tak sesuai. Kalau untuk kanak-kanak sesuai.
  7. Persediaan kesihatan adalah amat penting untuk anak-anak. Kami dah siap-siap berikan mealshake Shaklee atau set vitamin kanak-kanak kepada semua anak-anak kami sebagai multivitamin untuk menguatkan antibodi. Almaklumlah, kat situ ramai orang dan macam-macam penyakit boleh datang.
  8. Awas! Ada kawasan yang dalam untuk anak-anak..Sila awasi anak anda..walaubagaimanapun ada lifeguard yang menjaga kawasan mandi ni..

Semoga panduan ringkas ini memberi manfaat kepada mereka yang ingin melawat La Stella Water Theme Park Starhill. Ia merupakan tempat mandi manda alternative yang murah berbanding dengan Legoland Theme park..tetapi kegembiraan anak-anak adalah keutamaan kami. Anak gembira keluarga bahagia..

Rokiah Abdul Hamid 23/12/15

Comments

  1. Bestkan..dekat.. jimat kos.. cuti sekolah dah nak habis.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge