Percutian Best di Muzium 3D Art Gallery Lukut

Percutian Best di Muzium 3D Art Gallery Lukut

Jalan-Jalan Cuti Sekolah di Muzium 3D Art

Cuti sekolah adalah waktu paling best nak spend masa bersama family. Walaupun pendek aje masanya sempena Tahun Baru Cina, dapatlah juga paksa hubby bawa family jalan-jalan sebelum balik ke kampung. Setelah mengharungi 7jam setengah perjalanan dari skudai ke Lukut, akhirnya sampai juga ke destinasi dituju.. Itula..nak sangat berjalan time cuti tahun baru cina.. sepatutnya dalam 3-4 jam..tetapi sebab trafik jem… masa jadi panjang..nasib baik la Muzium 3D ni buka lagi..

Bangunan Muzium 3D Alive

Bangunan Muzium 3D Alive

Sampai-sampai je kat Muzium 3D Art ni..tengok orang ramai sangat..memang sah sahla tempat ni popular…tapi dah sampai..terus beli tiket dan beratur… panjang pun panjanglah..harga tiket adalah RM20 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Mula-mula ingat muzium 3D ni tutup lewat petang..rupa2nya sampai jam 11malam.. Ok kepada kawan-kawan yang mencari Muzium 3D Art Gallery

Lukut Negeri Sembilan ni, inilah alamatnya:
alamat ~ No. 38-40, Jalan DS 2/1,
Bandar Dataran Segar,
Lukut, PD, NS

GPS Coordinate ~ (Latitude) 2.559828
(Longtitude) 101.817482

Lokasinya di baris rumah kedai…sebelah dengan pasaraya Giant. Senang je nak cari InsyaAllah..kalau ada GPS, lagi senang.

Suasana di dalam Muzium 3D Art

Kami sampai di Muzium jam 5:30pm.. adalah beratur dalam setengah jam..kemudian barulah boleh masuk..Maka kelima-lima kami pun beraksi!..Haha..ummi jadi tukang cameraman ajela…jadi photographer.. Oh ye.. kalau sesiapa yang bawa hp..sila pastikan hp anda fully charge.. kalau bawa kamera..pastikan dilengkapi bateri secukupnya..kalau tak anda pasti menyesal!

Ok saksikan lah pelakon-pelakon utama berikut.. Haha..beraksi tak ingat..macam real..termasuk si kecil

besar dan kecil

Si Besar dan Si Kecil

Sampan dan Ular

Si kecil di serang Ular! Wah..hampir2 tercampak dari sampan

Jom Surfing!

Jom Surfing!

Kungfu Panda

Kungfu Panda ..Ait! Mereka berdua pula berkungfu

Masuk Mulut Singa

Masuk Mulut Singa..Haha..Roar..roar

Tolong Selamatkan Aku

Tolong Selamatkan Mereka…Jerit Afif yang kebingungan!

Dunia si Kecil

Dunia si Kecil

 

Ditangkap hantu

Ditangkap hantu ..memang meremang!

 Ada banyak lagi… tapi tak larat nak bubuh semua kat sini… kalau nak tahu pergi la melawat sendiri:)

Comments

  1. Bestnya. nampak real sangat..
    Fyda Noh recently posted…Musim Panas Melampau, Elakkan Dehidrasi Dengan Performance Drink.My Profile

  2. cantik dan tertarik, boleh pergi lepas ni.
    Dr Fattah recently posted…Nota Separa Perubatan Mengenai Program Derma OrganMy Profile

  3. Seronok tengok. Satu hari nanti kena spend time ke sini juga la…nak bawa Darish dengan Miqhael. Lagipun lama tak spend time dengan family.
    Mas Anira Tasmin recently posted…PETUA SEMBUHKAN LUKA BERSALIN DENGAN CEPAT.My Profile

  4. keren banget museum nya. jadi mau kesana

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge