Pentingkah minum air masak di waktu pagi?

Pentingkah minum air masak di waktu pagi?

Penting sangat minum air masak ?

Adik kecil comel pun minum air masak setiap hari

Adik kecil comel pun minum air masak setiap hari

Zaman sekarang, ramai dah tahu kepentingan minum air masak setiap hari. Tetapi masih ramai yang mengendahkannya. Akibat daripadanya, pelbagai penyakit akan datang tanpa di sedari. Di dalam pengambilan vitamin seharian, terutamanya Produk Shaklee, para pengamal amatlah digalakkan untuk mengambil air masak  sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Banyak ke? Nampak banyak, tapi jika kita mengamalkan dengan cara yang betul…3 Liter tu boleh dicapai..

Salah satu waktu yang penting untuk pengambilan air masak adalah pada waktu pagi. Ia adalah waktu yang sangat digalakkan untuk minum air masak. Ingat ya..air masak! Bukan air sejuk..bukan air manis..dan bukan air gula. Ummi kongsikan di sini 5 kebaikan minum air masak di waktu pagi.

Kelebihan-kelebihan minum air masak di waktu pagi

1. Mengimbangi sistem limfa badan.Ia membantu untuk kita melakukan aktiviti harian dengan lancar, mengimbangi sistem cairan badan dan melawan penyakit. Apa itu sistem limfa badan? Ummi buat sedikit pembacaan, tapi inilah hasil gambarannya sistem limfa dalam badan. Kompleks kan badan kita? Subhanallah..jadi kena pandai2 lah jaga ciptaan Allah ni untuk kesihatan kita.

 

lymph capillary

2.Mencantikkan kulit
– Air membantu membuang toksin dari darah yang seterusnya membantu mencantikkan kulit. Percaya ke percaya? Itu realiti, jadi nak cantik..minumlah air masak banyak banyak

3.Membantu untuk kuruskan badan
– Minum air masak sekurang2nya16 ounces (473ml) air, boleh meningkatkan metabolisma sehingga 24%
– Wow! Lepas-lepas ni ..sekali lagi lepas dah cantik..mesti nak jaga badan kan? Minum la air masak banyak-banyak

4.Meningkatkan penghasilan darah baru dan otot-otot badan.
– amatlah penting untuk kesihatan badan

5.Minum air masak ketika perut kosong membersihkan usus yang seterusnya membolehkan penyerapan nutrien dalam badan. Gambar usus adalah seperti di bawah.Nak tahu lebih lanjut penyakit yg berpunca dari usus, boleh rujuk di sini

usus kita

usus kita

5 kelebihan minum air di waktu pagi

5 kelebihan minum air di waktu pagi

Nak minum air masak ke nak?

Sebenarnya..bukan sahaja amat penting untuk minum air masak setiap hari..bukan sahaja di waktu pagi..tapi sepanjang hari. Kat sini ada satu formula mudah untuk minum air 2.5 liter sehari yang dicadangkan oleh orang ramai.Iaitu minum 2 gelas air masak atau air kosong setiap kali lepas solat. Confirm dapat 2.5 liter. Mudah ke mudah? Kalau untuk kesihatan, jadikanlah ia sebagai amalan harian. Moga kita semua beroleh kesihatan berpanjangan dalam beribadat kepadaNya. Amin

cara mudah minum air 2.5 liter

cara mudah minum air 2.5 liter

Comments

  1. tips tu berguna sangat to make sure minum cukup 1 hari! thank you!

    sincerely,
    Najlaa ‘Aqilah

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge