Pengalaman Penghantaran Shaklee Percuma di Skudai Johor

Pengalaman Penghantaran Shaklee Percuma di Skudai Johor

Kisah Pengalaman Mobile Shaklee

Sejak pelancaran Mobile Shaklee iaitu revolusi penghantaran Shaklee secara percuma di Skudai Johor dan kawasan sekitar, banyaklah juga kerja kerja penghantaran yang telah di buat. Orang sekarang ni semua nak mudah.. Kalau boleh semua nak ada di hadapan mata, bayar duit dan terus dapat barang.. tak gitu? Kalau ummi sendiri pun, memang nak macam tu..tak payah bayar-bayar postage..tak perlu tunggu tunggu abang posmen yang tak tahu bila nak datang… pakai mobile Shaklee senang aje.. diriku, sebagai ahli Shaklee akan diterbangkan kepada orang yang inginkan produk Shaklee.
Selain penghantaran Shaklee di sekitar Skudai, UTM, kangkar Pulai, Taman Universiti, Taman Mutiara Rini dan berdekatan… Ummi dapat juga la beberapa panggilan yang jauh sikit aje..dan ummi usahakan juga pergi menghantar..antara tempat-tempatnya adalah di Pasir Gudang, Kulai, Johor Bahru dan Nusajaya..

Lokasi Penghantaran Shaklee

Lokasi Penghantaran Shaklee

Pengalaman Penghantaran Shaklee secara COD di Pasir Gudang

Dapat whatsApp yang ibu ni nak order set diet (kalau tak silap), ibu ni ahli Shaklee juga..tapi hanya consume untuk makan sendiri… Oleh kerana nak cepat, beliau terus hubungi saya..Bila dengar aje Pasir Gudang, memang nak pergi….tapi kena Tanya cik abang, bila aje dapat green light..maka berdesup la pergi… ada la dalam 40 km… tak terasa jauh pun…sebab sambil jalan-jalan.. dah habis delivery, terus aje singgah kat Gerai Makan atas laut iaitu Gerai Makan Rahmat…

kedai makan rahmat

kedai makan rahmat

Fuh best!… Suami cakap, masa zaman muda muda dia..selalu datang kat situ…cis cis..bila dah kahwin tak pernah bawa rupanya…haha… maka menjamu selera lah di sini makanan sea food… punyalah ramai manusia… lepas ni kalau ada orang nak order Shaklee di Pasir Gudang..confirm datang kat sini..korang cuba lah cari ye.. Kat kampung pasir Puteh ni..ok menjamu ikan siakap ni dulu ye..!

ikan siakap

ikan siakap

Pengalaman Penghantaran Shaklee secara COD di Nusajaya

Ini satu lagi… dapat panggilan untuk menghantar Set Penyusuan dan Berpantang Shaklee. Lagila masuk ke kawasan dalam.. jauh la juga..tapi terasa dekat.. habis penghantaran melilau la cari tempat-tempat best.. Kalau ikutkan nak pergi tempat makan.. tapi last-last ambil angin ajela kat Tepi pantai Puteri harbor..So kali ini makan angin ajela sambil melihat bot-bot mewah.. korang tahu kan Puteri Harbour ni kat mana?? Kalau sebut “Hello Kitty” confirm korang tahu.. sebut “Legoland” pun korang tahu… tapi ummi tak masuk..just makan angina je la…

puteri harbour

puteri harbour

Pengalaman Penghantaran Shaklee di Kulai

Seperti ibu-ibu lain..semua nak sentiasa cantik dipandangan suami… Jadi, dapat whatsApp untuk hantar barang Shaklee kat sini. Sekali lagi, ibu ni pun bekas ahli Shaklee dan jadi ahli pun untuk makan sendiri.. kebetulan ibu ni nak order Shaklee Collagen Powder yang dah habis stok di branch..Jadi ..ibu ni order 2 kotak terus dan set kecantikan Shaklee yang lain… sambil melihat perubahan bandar Kulai…ada la macam2 bangunan baru dan pasaraya baru… lepas delivery, kebetulan ada pasaraya IoI mall kat depan tu..terus masuk.. Berkahwin sudah lama…bercinta sudah lama…ku duduk Skudai pun sudah lama…. Baru hari tu dapat nak masuk IOI Mall…

ioi mall kulai

ioi mall kulai

Best kan jadi ahli Shaklee ni.. sambil delivery sambil minum air… seronok sebenarnya dapat bantu orang.. dan lebih lebih lagi bila seseorang itu merasai perubahan kesihatan yang lebih baik.. mahu tak tersenyum puas… Alhamdulillah.. Ok, itu la perkongsian jalan-jalan sambil cod Shaklee.. setiap kali penghantaran..pasti ada suami dan anak-anak yang teman…Alhamdulillah

Berminat ingin mendapatkan Promosi Shaklee?? Hubungi:

sid320 Cara makan Omega Guard Shaklee untuk anak

Rokiah Abdul Hamid
Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge