Memori 2014: Ziarah Umrah-Istanbul 5 Bintang Tajaan Shaklee

Memori 2014: Ziarah Umrah-Istanbul 5 Bintang Tajaan Shaklee

Hari ini 26 Disember 2015, genap setahun berlalu saya dan suami memperolehi tiket percuma tajaan Shaklee untuk menunaikan umrah dan ziarah ke kota Istabul, Turki. Pada asalnya nak menulis mengenai pengalaman di Turki ini setahun yang lalu..tapi tak kesampaian.. Alhamdulillah hari ini berpeluang berkongsi cerita mengenai lawatan ke Kota Istanbul. Terima kasih Shaklee Malaysia kerana memberi peluang kepada kami berdua yang berada di Skudai Johor ini untuk mengikuti trip 5 bintang ini.

Sebelum Ziarah ke Istanbul Tajaan Shaklee

Orang kata nak seribu daya, taknak seribu dalih… Tapi itulah saya..kalau saya nak sesuatu insyaAllah kita doa dan usahkan. Alhamdulillah terpilih juga menunaikan umrah dan ziarah Istanbul secara percuma. Saya katakan ia bukan mudah bagi ahli Shaklee seperti saya untuk berjaya mendapat 2 tiket…Alhamdulillah ia menjadi realiti di bawah keloloaan Shaklee.. Alang-alang buat..buat Shaklee sampai betul-betul berjaya.

Gambar leaders Shaklee di hadapan masjid biru Istanbul

Gambar leaders Shaklee di hadapan masjid biru Istanbul

Sebelum pergi ziarah ke Istanbul Turki ini, satu taklimat khas perjalanan dan cara-cara menunaikan umrah telah diadakan di HQ Shaklee (masa ini di Subang Jaya). Masa ni jugalah banyak alatan-alatan ziarah diberikan percuma seperti beg travelling besar, baju sejuk, beg kecil dan sebagainya. Belum pergi pun dah sangat-sangat best..apa tah lagi bila dah pergi… semua ditanggung sepenuhnya.

Barang keperluan percuma disediakan shaklee untuk ziarah umrah istanbul

Barang keperluan percuma disediakan shaklee untuk ziarah umrah istanbul

Perjalanan ke Istanbul Turki

Sebelum bertolak ke Istanbul 2014

Sebelum bertolak ke Istanbul 2014

Trip tajaan Shaklee ni bermula dari 21 disember 2014 hingga ke 1 Januari 2015. Bertolak dari  KLIA ke  lapangan Terbang Istanbul pada 21 Disember 2014. Alhamdulillah, sampai je terus di jemput di airport dan di bawa ke hotel 5 bintang.. Ingat lagi..Saudara Sinan (Gambar) yang menjadi tourist guide kami dari jemput di airport, bawa jalan-jalan dan sampai la balik semula ke airport…

Sambutan Shaklee di Istanbul

Sambutan Shaklee di Istanbul

Sepanjang di sini, kami di bawa melawat tempat-tempat sejarah seperti Masjid Biru, Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Pasar Besar (Grand Bazaar) Istanbul. Foto-foto menarik ni saya kongsikan di bawah. Di Muzium Topkapi, dapatlah melihat bahan-bahan kenangan Rasulullah S.A.W seterusnya melahirkan rasa rindu kepada beliau. Apa tah lagi baru beberapa hari menyambut Maulidul Rasul. Hampir 5 hari kami di sini dan ia menggamit seribu kenangan.

Kami di Istabul

Kami di atas kapal di Istabul

Bersama Warga Emas Tajaan Shaklee

Bersama ahli Shaklee ‘Warga Emas’ Tajaan Shaklee

Shaklee di Hagia Sophia

Shaklee di Hagia Sophia

Shaklee di Muzium Topkapi Istanbul

Shaklee di Muzium Topkapi Istanbul

Shaklee Gift istanbul 2014

Shaklee Gift istanbul 2014

Salah satu  aktiviti yang paling best adalah menaiki kapal merentasi laut di antara 2 benua. Iaitu benua Asia dan Eropah. Masa ni lah saya nak nangis, macam tak percaya berada kat sini (Off course yang paling nak nagis adalah ketika di mekah dan Madinah kemudiannya). Masa atas kapal lah teringat kisah silam Sultan Al-Fatih iaitu sebaik-baik pemimpin yang Berjaya mengembangkan islam dengan menawan kota Istanbul dari Rome.. Cubalah baca kisah Sultan Al Fatih ye..mesti membangkitkan semangat berjuang. Last sekali, saya ada kongsikan video ketika di atas kapal di Istanbul. Video ni untuk anak-anak, tapi sebagai inspirasi buat yang lain..bolehlah berimpian untuk melakukan perkara yang sama.

                                     

Akhir kata, jangan takut bermimpi. Semoga perkongsian saya ini memberi inspirasi buat semua. InsyaAllah saya akan terus bantu lebih ramai orang untuk lebih sihat dan berjaya dalam Shaklee. Oh ye, semasa trip ziarah ni, saya sentiasa menggalakkan menggunakan Set Eksklusif Umrah-Haji..ia memang awesome!

p/s: Ikutilah kisah seterusnya nanti di tahun baru iaitu bahagian kedua ziarah Umrah Istanbul terutamanya ketika di Mekah dan Madinah.

Hubungi:

sid320 Cara makan Omega Guard Shaklee untuk anak

Rokiah Abdul Hamid
Senior Coordinator (ID: 867860)
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz
cara order shaklee

Comments

  1. untungnya rokiah, bilalah k anah pula nak merasa.
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Pilih Kolagen Terbaik dan BerkesanMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge