Mealshake Shaklee Terbaik Untuk Anak

Mealshake Shaklee Terbaik Untuk Anak

Hari ini, bermulalah pesta menuai Mealshake Shaklee. Apa tidaknya, ramai kakitangan kerajaan mendapat gaji hari ini memburu supplemen Mealshake sempena promosi Beli 3 percuma 1 dan sambil-sambil menderma. Seronok betul mereka bila dapat peluang promosi percuma ini, laju je mereka grab sebab takut terlepas. ya lah kan..ini kali pertama Shaklee buat jualan yang sangat-sangat murah bukan sahaja untuk ahli shaklee bahkan untuk semua pelanggan shaklee

Promosi Mealshake Shaklee

Promosi MEALSHAKE Beli 3 Percuma 1+Membeli sambil Menderma

Sambil-sambil tu, hari ni saya ingin berkongsi pengalaman anak-anak saya mengambil salah satu suplemen Shaklee yang terkenal ini. Mealshake adalah diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan sebagainya. Tahukah anda, Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga orang dewasa.
Sebab itu ia dihasilkan untuk semua golongan :
– bayi
– pelajar
– kanak-kanak membesar
eczima
– mereka yang selalu sakit dan lemah sistem imun badan (inginkan sistem imun yang kuat)
– kanak-kanak yang memilih makanan dan tidak suka makan sayuran
– ibu mengandung
– para altlet
– pengamal sayuran (vegetarian)
– mereka yang sibuk bekerja sehingga mengabaikan pemakanan seimbang
– mereka yang selalu mengambil makanan segera.

Apa rasa MealShake ni?

Mealshake Shaklee

Mealshake Shaklee

Sememangnya tip top dan digemari kanak-kanak apalagi orang dewasa. Baunya seperti ais krim vanilla. Pernah saya beri anak-anak saya makan begitu saja.Selalu saya masukkan dalam susu tapi anak kedua saya dah jarang minum susu formula sejak putus susu pada usia 2 tahun 1 bulan, saya bagi dia ratah je serbuk mealshake tu (satu sudu kecil) . Habis licin ‘dikerjakan’nya. Sejak anak-anak saya semakin membesar, mereka sudah pandai memilih dalam pemakanan. Sayuran hijau, carrot, brokoli, tomato yang dahulu menjadi kesukaan, sekarang hanya tinggal kenangan. Nasi hanya 2-4 suap je.

Alhamdulillah dengan izin Allah sejak saya beri anak-anak saya makan Mealshake (satu sudu kecil sehari sekali je) selera mkn mereka bertambah..kadang-kadang tu mereka sendiri akan minta nasi kalau lapar.
Waktu di taska, ada satu minggu tu ramai budak-budak tak datang sebab time tu ‘musim demam’..ada time ‘musim campak’. Cikgu taska pun risau kalau anak saya Aishah (4thn) takut terkena juga…alhamdulillah dia tetap ceria dan suka ke sekolah seperti biasa. Sekarang dah Aishah dah 6 tahun, masih seronok dan gemarkan Mealshake Shaklee ni.

anak-anak saya yang sukakan mealshake

anak-anak saya yang sukakan mealshake

Kalau nak kata anak-anak tak pernah demam, batuk selsema tu, tak logik la.Kita sebagai manusia , diberi Allah macam-macam ujian termasuk ujian sakit..sebagai hambaNYA juga, Allah memberi kita akal untuk berfikir n berusaha menjaga kesihatan diri dan keluarga. Begitu juga anak saya, ada waktu diserang demam teruk dansepanjang tahun ni 2,3 hari dia ponteng sebab demam teruk.

Anak kedua saya (2 thn), dulu ada ekzima..alhamdulillah dah sembuh.kadang-kadang tu bila salah makan, akan gatal-gatal tapi sekejap je pastu dah baik..berbanding dulu mengambil masa yang lama untuk sembuh sampai merebak banyak tempat. Lagi best..sekarang Asfa dah pandai cakap “ Ummi, Asfa lapar, asfa nak nasi”…haha..gembiranya hati seorang ibu kan? Tapi ..awas, kalau orang luar dengar,takut anggapan negative yang ummi dia tak bagi makan kat anak hahaha…

Ada apa dengan MealShake?

1. Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.
Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menambah berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
~ Rasa yang lazat digemari tua dan muda. Minuman lazat dengan fruktosa semulajadi,nutrien yang perlu untuk badan,tidak mengandungi pewarna tiruan dan gula tiruan.

Testimoni Mealshake Shaklee

Testimoni Mealshake Shaklee Terbaik

Cara makan Mealshake:

1.Nak ratah macam tu je pun takpe atau
2.Boleh campur dengan susu, milo, horlicks,nestum
3. Boleh campur juga dengan ESP

Sedap sehingga menjilat sudu! Sekarang ni, baby 8 bulan ni pula dah tak sabar nak ambil Mealshake Shaklee. Sabar lah ye nak, nanti dah cukup setahun baru ummi beri mealshake. Ibu-ibu, Mealshake belum sesuai untuk bayi ye…sabar dulu, tunggu sehingga satu tahun…  Semuanya penangan Mealshake!Semua tak sabar-sabar

baby-pun-tak-sabar-nak-mealshake

Afif tak sabar nak ambil mealshake walau tak cukup umur

Kepada Yang Berminat nak dapatkan MEALSHAKE pada harga PROMOSI atau mengintai peluang untuk menjadi Ahli Shaklee..Jangan segan-segan hubungi:

Shaklee Malaysia

Rokiah Abdul Hamid

Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. assalamualaikum,
    comelnya anak-anak, teringat pula anak kat rumah =)
    anyway saya membalas kunjungan. all the best ye
    Yana Yani recently posted…First Time Join Giveaway Contest (^_^)My Profile

  2. Alhamdulillah..anak sihat..ibu bahagia..;)
    huda recently posted…Kenapa kita memerlukan suplement???My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge