Maulidur Rasul: Kisah Sebatang Pohon Tamar Yang Menangis

Maulidur Rasul: Kisah Sebatang Pohon Tamar Yang Menangis

Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W.. Salam Maulidur Rasul.. Salam sayang kepada semua pembaca blog ummimamabiz. Alahmdulillah kita diberi nafas lagi hari ini untuk terus bernafas dan untuk hidup di dunia ini sebagai khalifahNya. Sempena sambutan Maulidur rasul, hari ini saya berkongsi mengenai kisah kerinduan..kisah rindu sebatang pohon tamar terhadap Baginda S.A.W.

Kisah Sebatang Pohon Tamar Yang Menangis

Dari Jabir RA…pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dahulu, Nabi Muhammad S.A.W selalu menyampaikan khutbah Jumaat dengan berdiri dan bersandar pada satu pelepah tamar yang dijadikan tiang masjid. Suatu hari sahabat telah mencadangkan untuk membina mimbar baru bagi menggantikan pelepah tamar yang sudah uzur. Cadangan sahabat diterima Baginda S.A.W dan sebuah mimbar baru dengan 3 atau 4 anak tanggapun dibina.

Masjid Nabawi

Kisah ini berlaku di Masjid Nabawi

Setelah siap dibina, Nabi Muhammdad S.A.W pun menggunakan mimbar baru dan berasa selesa dengan mimbar itu. Tiba-tiba terdengar suara tangisan seperti bunyi unta kehilangan anak yang semakin lama semakin kuat …semua orang di masjid itu mendengar dan tertanya-tanya. Rupa-rupanya, tangisan itu datang dari sebatang pohon tamar yang uzur.

Tangisan Sebatang Pohon Tamar

Tangisan Sebatang Pohon Tamar

Nabi S.A.W mendekati pelepah tamar dan kenapa ia menangis. Pelepah tamar itu mengatakan ia menangis kerana tidak lagi digunakan untuk mengingati Allah swt. Lalu Nabi s.a.w memeluk pokok tamar itu sambil berkata” Jika engkau mahu, engkau akan kukembalikan menjadi pokok seperti sedia kala dan jika engkau mahu..aku akan berdoa kepada Allah agar engkau akan menjadi pokok di syurga kelak.” Pokok tamar itu memilih pilihan kedua, maka ia ditanam ke dalam tanah dan akan tumbuh di syurga kelak. pokok tamar itu berkata, ” Aku memilih negeri yang kekal berbanding negeri yang fana ini.” Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya batang tamar itu ditanam di bawah mimbar itu. daripada Hasan al-Basri apabila meriwayatkan kisah ini, beliau pun menangis dan berkata ” Wahai hamba Allah! batang tamar pun rindu kepada rasulullah s.a.w , maka kamu semua lebih utama utk merasa rindu bertemu dengan Rasulllah s.a.w”.

sumber

Rindukan Rasulullah S.A.W

Begitulah kisah Nabi S.A.W bersama dengan sebatang pohon tamar. Pohon tamar pun menangis kerana rindukan Rasulullah S.A.W… tetapi bagaimanakah dengan kita? Adakah kita rindukan Nabi Muhammad S.A.W? Jika rindu…amalkanlah sunah dan ajaran beliau..

Teringat tazkirah di IKIM petang tadi oleh Ustaz Ahmad Dasuki. Apabila kita mati dan dibangkitkan pada hari kebangkitan.. suami orang akan lari dari kita..isteri-isteri akan lari.. anak-anak akan lari.. masing-masing hanya memikirkan diri sendiri.. dan pada ketika ini… Kita hanya mengharapkan syafaat daripada Nabi Muhammad S.A.W… Dengan syafaat dan pertolongan Nabi S.A.W sahaja akan memudahkan untuk masuk ke syurga,.,tetapi pernah ke kita berfikir?

Di hari kebangkitan nanti…

                                                 Adakah kita akan dapat melihat wajah Nabi?

                                            Adakah kita akan dapat memegang tangan Nabi?

                     Dan lebih dahsyat lagi..adakah Nabi akan mengaku kita adalah umat beliau?

Wallahualam…mari sama-sama kita fikirkan… semoga persoalan-persoalan ini membantu kita lebih dekat dengan agama kita..lebih dekat dengan Nabi kita… lebih taat kepada Allah swt.

Di sini..saya kongsikan lagu popular Tangis Sebatang Tamar yang di popularkan oleh Daqmie yang menceritakan secara ringkas kisah rindu sebatang tamar.

Semoga maulidur Rasul ini sebagai titik permulaan untuk kita merindui Nabi Muhammad S.A.W dan lebih dekat dengan Allah s.w.t.

selamat Menyambut Maulidur Rasul

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Rokiah 24.12.14

Comments

  1. rasa nak nangis juga dengar lagu ini…

    sayu dihati..
    mrhanafi recently posted…Selamat Bergembira Untuk Penganut KristianMy Profile

  2. sedih dengar kisah ni
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Kerja Lebih Daripada SatuMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge