Malang tidak berbau

Malang tidak berbau

Kemalangan datang tidak di duga

tongkat Shakee

Tongkat Peneman Hidup

Betullah peribahasa tu, kemalangan memang tidak dapat di duga dan ia berlaku bila-bila. Sekarangni, Ummi ditemankan oleh sepasang tongkat ni… Sabar je la, sebab semua ada hikmah di sebaliknya. 2 hari yang lepas, ketika suami balik ke rumah, Ummi turun dari tingkat atas seperti biasa nak buka pintu. Kebetulan, petang tu nak balik kampung di Klang sambil berangan-angan nak berjalan-jalan sempena cuti Deepavali.

Sedang turun dari tangga, tiba-tiba…’buk’ Ummi terjatuh. Kemalangan di tangga yang angsung tidak di duga. Kebetulan masa turun tu, tak perasan yang anak tangga belum habis, ada satu lagi anak tangga. Masa tu juga sedang pegang baby dan sambil mata melihat handphone. “aduh, punyalah sakit”, Alhamdulillah baby takde apa-apa. Tapi, punyalah sakit kaki ni, dah tak boleh berdiri, sebab sakit sangat punya pasal. Masa ni berdoa ajela, agar kaki tak patah.

Ummi kemudian mengesot perlahan-lahan, untuk bukakan pintu suami. Ala-ala filem, wanita yang cedera nak kena bunuh..alahai macam cerita hindustan! Tapi, nak minta pertolongan punya pasal, kenalah juga buka pintu dan minta pertolongan suami. Akhirnya! Dapat juga buka pintu dan bermulalah soal jawab dengan suami.

Kemudian heroku pun mengangkatku, dan letakkan atas toto..kemudian dia ambil ais dan terus balut kakiku. Macam expert je dalam hati Ummi. Masa ni, Ummi fikir nak berurut aje dan ternyata, bila kaki terseliuh dan mungkin ada ligamen yang koyak, langkah terbaik adalah meletak ais! Masa ni, Ummi cuma minta Vivix Shaklee aje, sebab nak fikir cepat baik dan agr kembali memulihkan sel-sel atau ligamen yang mungkin koyak. Suami terus buatkan.

my life planned by Allah

Sedang sakit2, suami Ummi terus naik atas..biarkan ummi keseorangan. Lama juga suami kat atas. Rupa-rupanya, lama kat atas, mandi dan bersiap sambil berfikir apa nak di buat seterusnya. Seterusnya, apa lagi , teruslah ke klinik UTM. Bermulalah Hero ku menunjukkan kekuatan mengankat Ummi yang semakin berat (hehehe..malu ku tapi terpaksa). Masa ni fikir nak pergi poliklinik biasa je, tapi bila fikirkan poliklinik takde X-ray, so pergi ke Klinik UTM merupakan pilihan yang tepat.

Sampai di sana, jumpa doktor, kemudian scan x-ray, Alhamdulillah takde retak atau patah tulang. Cuma ligamen yang koyak. Doktor kat sini tahan lagi dalam setengah jam, untuk letakkan ais lagi dan kemudian balut kaki untuk elakkan angin masuk. Yang tak bestnya, doktor cakap, masa untuk pulih berjalan seperti biasa adalah antara 7-30 hari. Lama tu! Terpaksalah ummi berhadapan dengan internet ajela dan segala kerja-kerja rumah di serahkan kepada Suami. Terima kasih abang, sebab menjaga isterimu ini..

Pengajaran daripada kisah Ummi:

no handphone on stairs

no handphone on stairs

1.Sebagaimana kita nasihatkan anak-anak, kita sendiri perlu berhati-hati ketika di tangga. Jangan pandang mudah, sebab malang memang tak berbau.
2.Berhati-hati ketika menggunakan handphone. Di tangga juga boleh jadi kemalangan
3.Berhati-hati dengan sistem keselamatan rumah. Pastikan suami/orang luar boleh masuk dari luar rumah jika berlaku kemalangan.
4.Percaya pada suami, memang dalam saat sukar, kena bergantung kepada orang terdekat kepada kita
5. Akhirnya, percaya pada qada’ dan qadar. Redha dengan apa yang terjadi. Kalau ikutkan waktu ni dah berada di kampung sambil plan nak jalan-jalan ke Zoo Negara dan Cameron Highland. Apa-apapun, kita merancang Allah yang tentukan dan Rancangan Allah adalah yang terbaik.

qada dan qadar

qada dan qadar

Terima kasih membaca coretan Ummi ini. Doakan Ummi cepat sembuh. Amin

“Sakit-sakit juga, tapi biz shaklee still ON :)”

Comments

  1. Syafakillah ummi. Ummikan makan vitamin untuk sendi dan otot semua. in sha Allah cepat sembuh
    Fyda Noh recently posted…Bahaya Obesiti Kepada Ibu Mengandung Dan BayiMy Profile

  2. Ujian Allah untuk mereka yang Dia sayang…Moga cepat sembuh ya…
    raudzah recently posted…Anjing Berserban Dan Berjubah Perbuatan Siapa?My Profile

  3. Allah beri ujian ada sebab…..kita yang tak nampak hikmah disebalik perkara yang berlaku…. 🙂
    Wahidah doakan semoga ummi cepat sembuh ye…
    Nur Wahidah Bt Burhanudin recently posted…RAHSIA BERHENTI MEROKOK DALAM 5 HARIMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge