Langkah-langkah Nak Masukkan Google Webmaster Tools ke WordPress

Langkah-langkah Nak Masukkan Google Webmaster Tools ke WordPress

Langkah-langkah Nak Masukkan Google Webmaster Tools ke dalam WordPress

Bagi mereka yang menulis artikel di blog atau website, mereka sudah pasti tahu keperluan untuk hasil penulisan mereka di indeks di google. Ertikata lain, mereka mahukan artikel mereka berada di page pertama google. Bagi pemain-pemain SEO, mereka amat mementingkan katakunci mereka berada di muka surat utama pencarian google dengan cepat.

Salah satu cara untuk mempercepatkan google menjumpai blog atau website kita melalui artikel yang kita tulis dengan cepat adalah menghantar pautan artikel ke google webmaster tools. Ia Nampak agak leceh, tapi kalau nak cepat Nampak artikel di google cubalah.. Kalau taknak pun tak mengapa, sebab artikel anda tulis akan tetap di indeks oleh google, tapi mungkin agak lewat.

Bagi mereka yang baru, memang digalakkan untuk hantar pautan blog setiap kali muncul artikel baru. Walaubagaimanapun, masih ramai yang tak tahu bagaimana nak masukkan google webmaster tools ke dalam wordpress. Jom kita tengok langkah-langkah mudah untuk melakukan verification sebelum anda boleh menghantar pautan link blog kita melalui google webmaster tools

Langkah 1: Daftar pautan blog anda ke dalam google webmaster tools.

Pergi ke pautan https://www.google.com/webmasters/tools . Kemudian, tekan ADD PROPERTY dan masukkan pautan blog anda untuk ADD PROPERTY

Langkah 1 daftar website atau blog anda

Langkah 1 daftar website atau blog anda

Langkah 2: Pilih tab ‘Alternate Method’. Kemudian pilih HTML tag. Copy Meta Tag di dalam box ini untuk dimasukkan ke dalam wordpress di langkah seterusnya

Langkah 2 Pilih alternate metod dan copy meta data

Langkah 2 Pilih alternate metod dan copy meta data

Langkah 3: Login ke blog wordpress anda. Sila pergi ke install plugged in.

Langkah 3 Pergi ke wordpress dan install pluged in

Langkah 3 Pergi ke wordpress dan install pluged in

Langkah 4: Di sini, anda cari “Header and Footer” dan kemudian install

Langkah 4 Search Header and Footer dan install

Langkah 4 Search Header and Footer dan install

Langkah 5: Jangan lupa untuk activate Plugged ini ini

Langkah 5 activate plugin

Langkah 5 activate plugin

Langkah 6: HTML tag yang telah di copy di Langkah 2, kemudian di paste di dalam “Header and footer” seperti gambarajah dan save

Langkah 6 copy meta data ke header and footer

Langkah 6 copy meta data ke header and footer

Langkah 7: Di Google webmaster tools seterusnya anda tekan butang VERIFY

Langkah 7 Tekan butang Verify di Google Webmaster tool

Langkah 7 Tekan butang Verify di Google Webmaster tool

Langkah 8: Tahniah, anda sudah Berjaya memasukkan Google webmaster tools ke wordpress anda!

Langkah 8 Tahniah Website atau blog anda telah di verify

Langkah 8 Tahniah Website atau blog anda telah di verify

Anda juga boleh melihat langkah-langkah ini melalui link video di bawah

Selepas ini, anda bolehlah menghantar pautan artikel anda di webmaster tools setiap kali anda menulis artikel baru. Setiap artikel baru boleh di submit di bawah ‘crawl’ dan ‘Fetch as Google’ di dalam webmaster tools. Oh ye, bagi mereka yang nak semak kedudukan kata kunci anda di Page Google, bolehlah menyemaknya di whatsmyserp di artikel cara semak Kedudukan keyword di google.

Semoga bermanfaat

Rokiah 17/1/16

Comments

  1. Thanks you.. sangat bermanfaat..akan di guna pakai..

  2. TQ sis sangat-sangat membantu saya untuk setup ni. TQ ya

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge