Langkah-langkah Asas Menjalankan Perniagaan Shaklee Secara Online 2016

Langkah-langkah Asas Menjalankan Perniagaan Shaklee Secara Online 2016

Tahun Keempat Perniagaan Online Shaklee

Alhamdulillah, 2016 ni merupakan tahun ke 4 saya aktif sebagai ahli Shaklee menjalankan perniagaan Shaklee Secara Online. 5 tahun lalu saya mengambil Shaklee hanya untuk kesihatan diri terutamanya untuk penyusuan anak kedua saya sebelum bersedia menjalankan perniagaan Shaklee secara online. Sepanjang 4 tahun berniaga secara online memang banyak asam garam, tapi dengan niat nak bantu lebih ramai orang untuk sihat melalui pemakanan produk kesihatan yang halal, saya tetap teruskan usaha ini. Walaupun ramai mencadangkan untuk aktif di dunia OFFLINE, tetapi bagi saya…seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak, jika berniaga dengan cara yang betul di dunia ONLINE..insyaAllah pasti akan Berjaya. Di sini, saya kongsikan tips bagaimana ingin Berjaya dengan Shaklee secara online. Tips ini juga boleh digunakan untuk perniagaan lain selain Shaklee.

Perniagan Online Shaklee Berkembang

Tips Menjalankan Bisnes Shaklee Secara Online

Di sini saya terangkan langkah-langkah asas yang perlu anda tahu sebelum menjalankan perniagaan Shaklee secara ONLINE.

1) Cari MENTOR Shaklee yang betul

– Mentor yang betul bermakna mentor yang bersedia untuk member panduan dan tunjuk ajar bagaimana untuk berjaya dalam Shaklee. Anda juga harus bersedia untuk belajar dan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi. Ilmu ini termasuk mengenai produk-produk Shaklee dan teknik pemasaran secara online. Antara yang penting dunia perniagaan secara online ini adalah menggunakan Facebook, Facebook Page Manager, Instagram dan blog atau laman sesawang. Sudah tentu kemahiran tidak datang dengan kesekelip mata, ia perlu komitmen untuk belajar. Contohnya, melalui blog ummimamabiz ini, kemahiran menulis artikel berkaitan Search Engine Optimization (SEO) untuk katakunci berada di mukasurat pertama di google adalah diutamakan.

2) Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

– Sudah tentu untuk menjalankan perniagaan Shaklee, anda wajib mendaftar sebagai Ahli Shaklee. Yuran terkini 2016 ini hanya RM69 sahaja. Tetapi jika anda nak jadi ahli secara percuma, anda perlu membuat pembelian lebih kurang RM700++ iaitu bersamaan 200 point uv. Anda boleh hubungi saya untuk bantuan pendaftaran, atau boleh daftar terus di mana-mana branch Shaklee seperti diterangkan di sini.

kenapa saya menjadi ahli shaklee online

Kenapa saya menjadi ahli shaklee online

3) Talian internet

– Sudah tentu anda memerlukan talian internet di rumah. Anda boleh melanggan pelbagai perkhidmatan jalur lebar seperti streamyx, yes, p14G dan sebagainya. Bagi saya, saya melanggan perkhdimatan Yes 4G dan pada masa yang sama untuk handphone sentiasa ada internet semasa di luar rumah,saya mengambil Umobile.

pembekal internet shaklee online

4) Gadjet Perniagaan Online

-Dah namapun perniagaan online, anda wajib mempunyai Laptop atau Desktop dan smartphone. Saya ingat lagi, masa mula-mula menjalankan perniagaan Shaklee, saya hanya menggunakan laptop second hand suami… dan handphone pun yang menggunakan smartphone yang paling asas.

gadjet menjalankan perniagaan online shaklee

5) Aplikasi Perniagaan Online

– Di dalam perniagaan online, ilmu pemasaran menggunakan aplikasi adalah sangat-sangat penting. Saya senaraikan sekali lagi aplikasi-aplikasi yang wajib anda ada untuk pemasaran Shaklee secara online:

Facebook

Facebook Page Manager

Blog/Website

Instagram

– WhatsApp/Telegram (013-7089305)

Youtube

-dll

Yang bestnya, anda tak perlu menggunakan semua aplikasi-aplikasi ini..anda perlu fokus satu atau dua aplikasi sahaja seudah mencukupi untuk cemerlang dalam dunia online. Oh ye, Shaklee juga aplikasi sendiri yang memudahkan untuk urusan jual beli seperti di sini.

Kesimpulan Tips Menjalankan Perniagaan Online

Tahun 2016 ni kehidupan semakin mencabar. Keputusan surirumah sepenuh masa seperti saya dahulu untuk terlibat secara aktif sebagai ahli Shaklee secara online ..Alhamdulillah telah membuahkan hasil. Sekurang-kurangnya, sambil menjaga anak di rumah..ada pendapatan sendiri dan dapat membantu hidup lebih sihat. Masih belum terlambat bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan Shaklee secara online sekarang.. Keputusan untuk mengubah diri dari zon selesa adalah terletak di tangan anda sendiri.

sid320 Cara makan Omega Guard Shaklee untuk anak

Rokiah Abdul Hamid
Senior Coordinator (ID:867860)
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

COD: Skudai, Johor Bahru, Pekan Nenas, UTM,Kulai dan Sekitar
cara order shaklee

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge