Kita Sebenarnya TIADA MASALAH!

Kita Sebenarnya TIADA MASALAH!

Jika ingin menjadi seorang yang berjaya ke bintang, ubah lah ‘masalah’ yang kita anggap itu kepada ‘cabaran’.

Satu bancian telah dibuat pada tahun 2004, bahawa bangsa yang paling bahagia kat dunia ni ialah bangsa Nigeria! Biar betul? Padahal dalam kepala kita terlintas tentang sebuah negara di Afrika yang mempunyai banyak masalah!

Namun persoalannya, apakah yang membuatkan mereka ini dikatakan sebagai bangsa yang paling bahagia di dunia?


Pernah tak kita menjengah ke kampung-kampung pedalaman dan mengalami situasi yang sangat membahagiakan di kalangan masyarakat di situ. Kita akan dapati, mereka begitu murah dengan senyuman! Malah kanak-kanak disitu mudah didekati, penduduk-penduduknya pula sedia melayani kita dengan baik. Tetapi berbeza pula apabila kita berjumpa dengan orang-orang kaya yang rata-ratanya begitu sukar untuk memberikan senyuman! (tak kata semua la…)

Jadi, adakah golongan-golongan ini murah dengan senyuman kerana mereka tidak mempunyai masalah? Sejauh mana mereka mampu bahagia padahal mereka hidup dalam keadaan yang daif dan mempunyai banyak masalah berbanding orang kaya yang memiliki segala-galanya tetapi mempunyai pelbagai masalah sehingga membuatkan dirinya sukar mengukirkan senyuman?

Nah…
Pada suatu masa, pernah berlaku di suatu tempat, terdapat seorang wanita yang mempunyai penyakit kulit yang menyebabkan wajahnya menjadi hodoh dan sering mendapat perhatian orang ramai ketika keluar dari rumah untuk jalan-jalan. Tetapi kerana keadaan tersebut, dia merasa malu, menangis dan tidak mahu lagi keluar daripada rumah!

Setelah beberapa lama dan melihat wajahnya ke cermin setiap hari, satu hari beliau terfikir dan berkata pada dirinya, ” Aku mempunyai masalah kulit, dan orang ramai selalu melihat kepada keadaan wajahku yang hodoh ini sewaktu aku keluar dari rumah. Jadi, adakah ini dikira masalah aku atau masalah diorang ni?”

Sekali lagi soalannya, “ADAKAH INI MASALAH AKU ATAU MASALAH DIORANG?”

shaklee masalah kulit jerawat jeragat menjadi awet muda cerah berseri

diri sendiri yang mencipta masalah.

Setelah merenung-renung sejenak, dia pun dengan bersemangat meluru ke pintu rumahnya, menyarungkan sepatu dah keluar daripada rumah sambil berkata “Ini bukannya masalah aku! Ini masalah diorang! Dulik!!!” Dia pun terus berjalan-jalan dngan riang tanpa mempedulikan orang ramai yang memandang kepadanya, kerana dia sedar bahawa bukan dirinya yang bermasalah tapi mereka yang bermasalah!

Tak lama kemudian, dia pun hidup macam biasa. Pergi Legoland, pergi zoo dan sebaganya seperti biasa dan sudah tidak takut lagi dengan perhatian orang lain. Setelah beberapa bulan, kulitnya pun dah sembuh dan keembali cun seperti sediakal.

Jadi apakah pengajaran yang didapati oleh wanita muda ni?

Kalau kita perhatikan dalam kehidupan seharian kita ni, kita rasa semua yang tak menyenangkan hati kita itu adalah masalah, sedangkan sebenarnya ia bukan satu masalah! Bahkan sebenarnya kita mungkin tidak percaya yang sebenarnya kita ni takde masalah pun!

Tengok seperti wanita tadi. Dia berjaya mengatasi sangkaan-sangkaannya terhadap orang ramai dengan menafikannya bahawa itu bukan masalahnya, tetapi itu adalah masalah mereka. Yang mengalami perkara itu adalah kita, bukan mereka, tetapi itu bukan satu penghalang untuk kita bangkit! Padahal, bayangkanlah sekiranya kita melayani perasaan sedih kita kerana terlalu memikirkan perhatian atau pandangan orang lain terhadap kita, bukankah kita sebenarnya sudah mengalami kerugian yang amat besar dan banyak?

Adakalanya, kita perlu menolak ketepi masalah jauh-jauh.
Ambil masa yang kita ada itu untuk memikirkan bagaimana caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ambil ruang tersebut untuk meningkatkan keupayaan diri, supaya fikiran kita menjadi lebih positif dan mampu untuk memikirkan cara yang paling baik dan bertindak dengan cara yang efektif untuk menghilangkan masalah-masalah kita! Bukannya dengan memendam perasaan, kalah dengan dugaan, kemudian langsung tidak berbuat apa-apa!

Bayangkan wanita muda tadi, sekiranya dia terus duduk di dalam rumah kerana terlalu malu dan menangis setiap hari, apakah yang bakal berlaku kepadanya? Sekiranya dia tidak bertindak untuk mempositifkan diri, mungkin banyak perkara yang merugikan akan menimpa dirinya dan sudah tentu semakin banyak masalah-masalah akan bertambah!

Jangan jadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk bangkit.
Bangkitlah untuk menjadi seseorang yang berjaya!
Anggap saja kekecewaan anda itu hanyalah mainan fikiran dan perasaan anda. Anda adalah apa yang anda fikirkan.. Bezakan antara masalah dengan yang bukan masalah anda. Utamakan apa yang perlu diutamakan. Kenalpasti kelemahan dan kekuatan diri

“What happen in you is more important than what happen to you.”

“Apa yang terjadi di dalam diri anda (hati yang baik), lebih penting daripada apa yang berlaku ke atas anda.”

Jadilah yang sentiasa positif dan berjaya!

Wallahualam…

 

Dijemput juga melawat ke artikel yang lain Doa Pendek Untuk Anak, Lelaki Tua Berkain pelekat adalah Jutawan dan Rahsia Hubungan Suami Isteri Hebat

Comments

  1. orang yang betul-betul tiada masalah ialah orang yang dah mati..kecuali masalah yang melibatkan alam bazak..itu saya tidak berani komen!
    Hero Borneo recently posted…Sabina Altynbekova Atlet Tercantik KazakhstanMy Profile

Trackbacks

  1. […] http://www.youtube.com/watch?v=T9FsexqymAo   Sila layari juga artikel-artikel menarik berikut: Anda sebenarnya tiada masalah!, Tips berhenti merokok dan Doa pendek untuk […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge