Kisah Ipeng Anak Susah Yang Buat Saya Menangis

Kisah Ipeng Anak Susah Yang Buat Saya Menangis

Kisah Ipeng Anak Susah Yang Buat Saya Menangis

Di dalam kesibukan mengejar dunia dan akhirat, masih ramai yang memerlukan bantuan. Setiap hari ada sahaja kisah sedih yang membuatkan mata ‘masa habuk’ keluar di timeline di Facebook. Tetapi kali ini, saya tergerak hati untuk berkongsi mengenai kisah Ipeng anak susah di Kudat Sabah

Kisah Viral Adik Ipeng

Kisah Ipeng menjadi viral apabila cikgu sekolah Ipeng iaitu saudara Abdul Hafiz berkongsi mengenai keadaan hidup susah adik Ipeng. Cikgu Abdul Hafiz merupakan seorang cikgu yang prihatin di SK Karakit Banggi, Kudat, Sabah..Pulau Banggi . Keadaan adik Ipeng sangat daif dan ia dikongsikan seperti di bawah

Nama Ipeng tahun 1 Bestari.. Dijaga oleh nenek setelah kematian emaknya.. Bapanya hilang tanpa khabar berita setelah kematian isterinya.. Ketika mengajar diminta keluar buku teks tapi Ipeng cakap dia lupa bawak.. Aku maafkan.. Esok diminta perkara yg sama dan dia cakap lupa bawak walhal sudah aku pesan bawak buku hari-hari..Aku mula rasa mahu marah..tergerak hatiku mahu cek beg Ipeng nie dan bila aku mahu cek begnya Ya Allah, beg lusuh yang hampir koyak di pakai Ipeng..hanya 1 buku yang hanya mampu d bawa Ipeng selama 2 hari persekolahnya.. Kalo bawak lebih dari 1 buku kompem akan teruk koyakkan begnya dan tak boleh di pakai lagi..Ipeng,bila lagi kamu pkai beg nie?tanya ku.. Masa tadika Kemas lagi sir.. Means 2 tahun suda dia pakai beg nie.. Aku cuba menyelami kisahnya..lagi sedih..

Neneknye dahulu kerja tukang sapu sampah..tak lama dibehertikan dan tiada kerja untuk menyara cucu-cucunya..mula hari persekolahan,Ipeng meminta duit belanja tapi neneknya tiada wang untuk Ipeng sebab abang Ipeng perlu duit belanja rm2 sehari sekurangnya untuk tambang ke sekolah pergi dan balik tanpa makan..syukurlah sekolahku semua murid berhak dapat makan RMT secara percuma tapi naluri seorang budak bila tgk kawan-kawannya membeli,dia pon mahu membeli..Bila dia sedar dia tiada duit,lepas makan RMT berkeliaran la dia bermain dan berlari sama kawan yang lain sehingga masa rehat tamat supaya perasaan membeli itu tiada.. Aku panggilnya dan hulurkan duit sedikit dan terus ke kantin untuk membeli bersama rakan yang lain..dia beli kerepok 30sen jep..aku tanya kenapa x beli Apollo tu?kan banyak lagi duit tu? Kerepok nie pon da cukup cikgu, simpan untuk esok lagi katanya..dalam hatiku hanya Allah tahu tapi aku buat cool.. Aku pesannya samanya.. Ipeng jangan mintak duit sama nenek lagi ya,jangan mintak nenek belikan beg baru ya..

Nnti kita sama-sama cari beg baru ya Ipeng

 kisah ipeng anak susah

Sumbangan Buat Adik Ipeng

 Cikgu Hafiz juga ada berkongsi bagaimana cara untuk menyumbang kepada adik Ipeng dan keluarga..caranya adalah

-> Cimb 7607688941 (abdul hafiz mohamad rani)
Ipeng dan penjaganya tidak mempunyai akaun bank..saya akan kumpul semua derma dan akan membeli barang keperluan sekolah Ipeng dan selebihnya akan diserahkan kepada penjaga famili Ipeng

—> No 110,Lorong 3 Taman Lavender, 89058 Kudat, Sabah..Abdul Hafiz bin Mohamad Rani.. 0139622842

Ini adalah alamat rumah sewa saya d Kudat..Ipeng tinggal d rumah perkampungan atas air dan saya tak pasti rumahnya mempunyai alamat ke tidak..semua barang keperluan sekolah boleh d pos alamat d atas..

Hanya ALLAH dapat membalas jasa kalian..terima kasih banyak d ucapkan..nnti saya akan update lagi mengenai adik Ipeng

bantuan buat adik ipeng

Bantuan buat adik Ipeng 

Keluarga Adik Ipeng Perlu Bantuan

Cikgu Hafiz juga ada berkongsi mengenai keadaan keluarga adik Ipeng yang daif, boleh ikuti perkembangan mengenai adik Ipeng di facebook beliau (cikgu Hafiz) di sini. Boleh follow beliau

keadaan keluarga adik ipeng

keadaan keluarga adik ipeng

Alhamdulillah, hasil usaha Cikgu Hafiz ramai rakyat Malaysia yang prihatin telah membantu. Jom kita sama-sama bantu dan memberi sumbangan kepada adik Ipeng dan keluarga. Kita doakan agar adik Ipeng dan keluarga dapat merasa kehidupan yang lebih baik.. Memang sedih..berderai air mata menangis bila baca cerita adik Ipeng.. Jadi menjadi tanggungjawab kita membantu, tak banyak..sedikit pun jadi la..kita kongsikan cerita ini agar dapat membantu mereka yang memerlukan. Selain itu..kita hendaklah sentiasa bersyukur di atas nikmat-nikmat yang kita perolehi sekarang.

 Prihatin dan Ambil tahu

Rokiah Abdul Hamid 7/1/2016

Comments

  1. ada juga mesej cikgu dia, tapi takde jawapan, mungkin sebab dia dah posting maklumat acc dan alamat tu.
    Raihanah Ahmad recently posted…Cara Perbaiki Tahap Diabetes / Kencing Manis Dengan VivixMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge