Kepentingan Nutrisi untuk Ibu Hamil

Kepentingan Nutrisi untuk Ibu Hamil

Nutrisi yang baik memainkan peranan penting dalam proses kehamilan dan bayi yang bakal lahir. Dalam tempoh kehamilan dan penyusuan susu ibu, tubuh memerlukan lebih banyak nutrisi untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan bayi dan juga ibu. Di sini terdapat beberapa nutrisi penting yang diperlukan bagi menyokong Kehamilan dan Penyusuan Susu Ibu yang sihat.

Protein – diperlukan untuk pertumbuhan fizikal dan pembinaan sel bayi anda. Ia juga diperlukan oleh plasenta, tisu-tisu amnion, tisu-tisu keibuan dan penghasilan susu ibu. Jelasnya, kehamilan dan penyusuan susu ibu memerlukan kehadiran protein. Jadi amatlah disyorkan untuk menambah sumber protein sihat di dalam diet harian anda.

Asid Folik – pengambilan folate yang mencukupi bukan hanya penting bagi memastikan pembentukan otak dan saraf tunjang fetus yang sempurna, bahkan ia turut membantu dalam mencegah kecacatan semasa kelahiran seperti bifida spina. Pengambilan asid folik yang optimum perlu diambil secara berterusan di sepanjang tempoh kehamilan dan juga dalam setiap diet wanita yang masih subur (tidak mengandung).
Kalsium – kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan. Pengambilan kalsium yang teratur boleh diperolehi melalui pengambilan produk tenusu dan sayur-sayuran hijau seperti kubis atau dengan mengambil kalsium tambahan.

Asid Lemak Omega-3 – juga dikenali sebagai DHA yang diperlukan dalam pembinaan otak dan retina bayi. Ikan laut dalam(Coldwater) seperti ikan salmon dan ikan tenggiri, kaya dengan sumber asid lemak omega-3 tetapi anda disyorkan untuk mengambil tidak lebih daripada 2 bahagian seminggu kerana kandungan merkurinya yang tinggi. Jadi, suplemen ultra-tulen minyak ikan omega-3 merupakan alternatif terbaik untuk menggantikannya.

Berikut merupakan Cadangan pengambilan suplemen Shaklee utk nutrisi kehamilan dan penyusuan Susu Ibu yg sihat :


  • ESP– rendah lemak, bukan GMO dan protein biologi lengkap yang mengandungi kesemua sembilan asid amino penting.
  • Vitalea with Iron –  Mengapa ada sesetengah ibu yang mengandung mahupun yang menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu2 ini kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.
 

  • Ostematrix – Lengkap serta suplemen kalsium yang terbukti secara saintifik mempunyai penyerapan yang lebih baik dan tablet yang mudah ditelan.

  • B Complex – Memberikan kesemua khasiat 8 vitamin B dengan sistem penyerapan bioaktif yang membantu penyerapan dan bioketersediaan asid folik.

  • Omega Guard – Menawarkan spektrum penuh asid lemak omega-3 bergred tinggi yang selamat di makan. Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.
[sumber Shaklee Today]

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________

  
UmmiMamaBiz [ Rokiah Haizal ]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 867860]
HP/WhatsApp [ 013-7089 305 ]
rokiahaizal@gmail.com

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge