Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee

Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee

Ramai yang bertanya kat Ummi, apa keistimewaannya menjadi ahli shaklee? Selain boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli?

Ummi,, nak ceritalah kat sini, keistimewaannya banyak sangat terutama kesannya terhadap diri ummi sendiri. Ala-ala lagu Tegar iaitu “aku yang dulu, bukanlah yang sekarang”, begitulah bagaimana Shaklee mengubah hidup Ummi daripada seorang surirumah biasa kepada yang luar biasa (Ini, suami yang kata la ye). Daripada seorang pendiam, Alhamdulillah dapat membantu ramai orang dan akan membantu ramai orang lagi sihat dan berjaya dengan Shaklee.

3C Shaklee Bonus

Keistimewaan Shaklee yang utama adalah 3C Bonus iaitu Cash (Tunai), Car (kereta) dan Convention (Konvensyen atau percutian). Alhamdulillah, semua ini Ummi dah rasai kesannya dan semuanya tidak mustahil untuk dikecapi. Hanya bermodalkan RM65 untuk menjadi ahli, ummi kongsikan pengalaman sendiri di sini.

keistimewaan-shaklee

keistimewaan 3C Shaklee

Keistimewaan menjadi ahli shaklee

Keistimewaan menjadi ahli shaklee

Shaklee Cash Bonus

Cash Bonus atau bonus tunai adalah yang paling mudah diperolehi. Sebagai peniaga Shaklee, perniagaan adalah berdasarkan perkongsian. Perkongsian yang ummi lakukan di facebook, blog dan sebagainya membantu ummi mencapai 4-5 angka setiap bulan. Semuanya Ummi lakukan mengikut tips-tips mentor dan Alhamdulillah, semua yang nak juga tak mustahil untuk mengecapinya.

cash bonus shaklee

Shaklee membanyar bonus tunai dalam lingkungan 5-21% mengikut prestasi jualan @ pembelian untuk kegunaan sendiri dalam satu bulan seperti jadual di bawah. Minimum bonus sebanyak 5% jika mengumpul 150 point UV atau bersamaan jualan sebanyak RM460 ke atas. Mengikut pengalaman Ummi semasa bermula dengan Shaklee, 2 angka @ 3 angka adalah perkara biasa untuk orang baru, tapi lama kelamaan semakin dikenali, tak mustahil untuk mencapai bonus tunai yang lebih tinggi. Selain daripada Bonus tunai yang asas, terdapat juga bonus-bonus extra untuk pemimpin-pemimpin Shaklee.

bonus tunai Shaklee

Bonus Tunai Shaklee ( 5-21%)

Shaklee Car Bonus

Car Bonus ataupun Bonus kereta diberikan oleh Shaklee mengikut prestasi semasa jualan dalam tempoh 3 atau 4 bulan. Jika mencapai prestasi yang ditetapkan, Shaklee akan memberikan bonus kereta dalam bentuk wang tunai. Walaupun namanya “bonus kereta”, wang tunai yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli apa-apa sahaja tak kira sama ada membeli kereta, rumah dan sebagainya. Yang paling best, bila sekali dah dapat, bonus extra ini akan diperolehi setiap bulan.

Alhamdulillah, Ummi sendiri telah layak memperolehi bonus kereta ini selepas 9 bulan menyertai Shaklee. Rezeki Allah, dapat juga memiliki kereta impian sendiri dan bayaran bulanan dibayar oleh shaklee!

Car Bonus Achiver

Car Bonus Achiever bersama awards-awards Shaklee

Convention bonus

Convention bonus ataupun konvensyen bonus diberi oleh Shaklee dalam bentuk percutian secara percuma dan diadakan setiap tahun! Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu National Conference dan International Conference. Alhamdulillah, tahun 2014 Ummi berpeluang dan akan berpeluang mengikuti kedua-duanya secara percuma. Ummi kongsikan kedua-dua konvensyen ini mengikut pengalaman sendiri di sini.

National Convention

Tahun 2014, Shaklee National Conference diadakan pada 7-8 Jun 2014 di Sunway Pyramid Convention Centre. Majlis yang gilang gemilang ini turut disertai oleh CEO Shaklee iaitu Mr. Roger Barnett. Pada setiap tahun, setiap ahli shaklee yang memenuhi kriteria tertentu akan diberikan award bagi menghargai kesungguhan dan kejayaan bersama Shaklee. Jadi, disinilah ke semua ahli shaklee atau Shaklee Independent Distributor Malaysia akan berkumpul. Pada tarikh berkenaan, Ummi dan keluarga datang dari Skudai, Johor semata-mata untuk mengikuti program ini.

Shaklee National Conference

Alhamdulillah, tahun ini Ummi dapat dekat 6 awards semuanya. Kejayaan ini tidak pernah di fikirkan dan tidak disangka ia menjadi realiti. Bila minda ditukarkan kepada yang positif, semuanya tidak mustahil. Di sini juga, hampir setiap ahli shaklee yang naik rank juga akan memperolehi awards. Tahun ni best juga, dapat bergambar bersama CEO Shaklee iaitu Mr. Roger Barnett. Terus naik semangat untuk cemerelang dan bantu ramai orang lagi.

Shaklee National Conference 2014 Bersama Anak-anak Shaklee

Shaklee National Conference 2014: Bersama Anak-anak Shaklee

Shaklee National Conference 2014: Bersama ceo Shaklee

Shaklee National Conference 2014: Bersama CEO Shaklee

International Convention

Setiap tahun, Shaklee akan memberikan juga percutian keluar negara secara percuma! Ya. Percutian 5 bintang secara percuma! Tahun ini shaklee memberikan 2 pilihan kepada mereka yang layak iaitu sama ada pergi ke Amerika Syarikat ataupun mengikuti Umrah. Walaupun Ummi nak pergi ke Amerika Syarikat, tetapi Ummi membuat keputusan untuk menunaikan Umrah pada hujung 2014 ini.

Jika tahun 2013, Ummi tidak dapat menghadiri apa-apa konvensyen kerana baru menyertai Shaklee, tahun 2014 jelas mengubah hidup kami sekeluarga. Dengan rezeki Allah yang diberikan, saya dan suami layak untuk mendapat menunaikan umrah pada tahun ini. Kisah mendapat tawaran Umrah ini ada dikongsikan di sini.

Shaklee International Convention: Umrah

Shaklee International Convention 2014: Tawaran Umrah

lambaian kaabah

lambaian kaabah

Shaklee Sangat Istimewa

Begitulah keistimewaan Shaklee terhadap diri Ummi sendiri. Semua Ummi usahakan daripada zero dengan niat berkongsi dan membantu ramai orang untuk sihat dan lebih berjaya. Secara jujur, ia bukan proses yang mudah untuk berjaya tetapi ia adalah sesuatu yang TIDAK MUSTAHIL. Shaklee jelas mengubah diri Ummi. Jika anda berminat ingin menyertai Ummi dalam perjalanan membantu ramai orang di luar sana, boleh hubungi Ummi ye. Kelebihan-kelebihan menjadi ahli shaklee, Ummi ada tulis di artikel ini di sini. Selain itu, tips-tips bagaimana mendapatkan keahlian shaklee percuma juga ada dikongsikan di sini.

daftar-ahli-shaklee

Rokiah bt. Abd Hamid

Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email: rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. selamat maju jaya dlm bisnes shaklee….

  2. mesti cuba sesuatu kalau tak susahkan asyik tengok orang berjaya menjadi kaya sahaja atas usahanya kita bila lagi kans ;_
    suri recently posted…Cara Membuat Jubah Princess Cut Polka Dotku Renungan Matanya TajamMy Profile

  3. Huhu..macam banyak aje kelebihan yang disediakan ni..terbaik la,.hehe
    Pondok Papan recently posted…Cara Menjahit Jubah Yang BetulMy Profile

  4. memang seronok dan jatuh cinta bila dah kenal Shaklee 🙂
    Azwa recently posted…Kesan BAHAYA Makan Shaklee Collagen PowderMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge