Jadi Ahli Shaklee Percuma

Jadi Ahli Shaklee Percuma

Betul ke Shaklee menawarkan menjadi ahli Shaklee Percuma?

keahlian shaklee percuma

Sejak akhir-akhir ini, blog ummimamabiz dibanjiri pertanyaan bagaimana menjadi ahli shaklee dan kelebihan-kelebihan menjadi ahli shaklee di sini. Diantaranya, ramai yang berminat menjadi ahli shaklee secara percuma tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkannya secara percuma. Ya, ia memang percumadan peluang ini sukar dilepaskan oleh pengguna-pengguna shaklee yang dah merasai kebaikan produk Shaklee

Syarat menjadi ahli shaklee secara percuma

Perkara asas yang perlu diketahui, untuk mendapatkan keahlian percuma. Pelanggan wajib membuat pembelian sebanyak 200 point ke atas atau bersamaan RM660 ke atas. Ini merupakan syarat minimum untuk keahlian percuma dan pada masa yang sama, anda terus boleh membeli produk pada harga ahli. Jika anda berhajat untuk membuat pembayaran untuk menjadi ahli, yuran keahlian yang dikenakan adalah hanya rm65 tidak termasuk kos penghantaran. Kehalian yang diberikan Shaklee adalah eksklusif dan merupakan sekali seumur hidup.

ahli shaklee percuma

Strategi Menjadi Ahli Shaklee Secara Percuma

Bagi yang berkemampuan, tidak menjadi masalah untuk terus membuat pembelian RM660 ke atas, tetapi bagi yang kurang berkemampuan, sebenarnya banyak sangat strategi yang tidak diketahui. Saya kongsikan di sini, strategi mendapat keahlian Shaklee secara percuma yang ramai tidak tahu tetapi telah diamalkan oleh ramai orang.

Strategi 1: Beli 2 botol VIVIX Shaklee

2 vivix untuk jadi ahli shaklee percuma

Jika anda penggemar Vivix Shaklee atau bakal menyukai Vivix , ramai yang terus mengambil Vivix untuk mendapatkan keahlian percuma. Yang lagi best, kos penghantaran untuk set ini juga adalah percuma. Vivix ni digemari ramai, kerana ramai yang mengambilnya tanpa memakan pil-pil vitamin yang lain. Banyak juga testimoni Vivix yang terbukti membantu kes-kes cancer, kencing manis, darah tinggi dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Ramai yang beli untuk diri sendiri, suami/isteri dan kedua ibu bapa. Jadi, adalah berbaloi sangat-sangat menjadi ahli shaklee dengan membeli 2 botol Vivix.

Strategi 2: Beli 3 kotak Collagen Powder Shaklee

3 Collagen powder shaklee

Collagen Powder Shaklee ini membekalkan sumber collagen yang diperlukan badan. Ramai wanita-wanita amat menyukai Collagen Powder ini terutamanya untuk kecantikan kulit dan kesihatan tubuh badan. Satu kotak Collagen Powder mengandungi 15 sachet. Jadi sekotak Collagen Powder boleh tahan 15 hari atau sebulan jika diambil 2 hari sekali. Jadi, adalah berbaloi membeli 3 kotak Collagen Powder untuk mendapatkan keahlian percuma

Strategi 3: Kumpul bajet dua bulan menjadi satu

bajet ahli shaklee percuma

Ramai penggemar produk Shaklee, sebenarnya menggunakan produk Shaklee seisi keluarga iaitu untuk suami/isteri, anak-anak, ibu dan bapa. Kesan yang diberikan oleh Shaklee, telah terbukti membantu ramai keluarga dalam pelbagai peringkat umur kearah kesihatan yang lebih baik. Perbelanjaan membeli produk Shaklee dalam sebulan, boleh dikumpulkan pada bulan kedua untuk membuat pembelian. Dengan cara ini, sambil menggunakan produk Shaklee sendiri, anda dapat menjadi ahli shaklee secara percuma. Sebagai contoh, jika anda membuat pembelian set kehamilan, set sendi dan set kesihatan menyeluruh selama sebulan berharga RM300++, anda boleh mengumpul untuk membuat pembelian pada bulan kedua untuk mencapai keahlian percuma.

Strategi 4: Promosi bulanan Shaklee

Pada setiap bulan, Shaklee akan menawarkan Promosi Eksklusif untuk ahli Shaklee. Kebiasaannya semasa promosi, Shaklee akan menawarkan pembelian 6 produk dan percuma 1 produk. Pada bulan September 2014 ini, adalah bulan istimewa, iaitu pembelian 6 kotak Collagen Powder percuma 1 dan pembelian 3 Mealshake percuma 1.

Bagaimana nak perolehi keahlian shaklee percuma melalui promosi?

promosi collagen powder

Promosi hari malaysia

Promosi hari malaysia

Contoh 1: Beli 6 Percuma 1 Collagen Powder

Sekotak Collagen Powder mewakili 74 points. Jadi apabila membuat pembelian 6 kotak, ini bermakna 74 x 6=444 points. Ini sudah melayakkan anda memperolehi keahlian percuma. Selain keahlian percuma, anda juga memperolehi satu kotak Collagen Powder percuma

Contoh 2: Beli 3 Percuma 1 Mealshake

Satu tin Mealshake mewakili 31 points. Jadi jika anda membeli 3 tin, anda memperolehi 4 tin Mealshake dan 31 x 3 = 93 points (Anda belum layak menjadi ahli Shaklee secara percuma). Jadi, untuk layak, anda boleh membeli 6 tin mealshake percuma dua ( 31 x 6 =186 point) dan bersama 1 atau lebih produk Shaklee lain untuk mencapai 200 point. Setelah perkiraan mencapai 200 point,secara automatik, anda layak menjadi ahli shaklee secara percuma

Strategi 5: Berkongsi beli

Ramai ahli Shaklee yang lama membuat pembelian melalui perkongsian. Seorang menjadi ketua bagi mengumpul order. Sama ada di opis mahupun di dalam keluarga. Kebanyakan mereka berkongsi untuk memmbeli produk promosi Shaklee pada bulan berkenaan. Tetapi, tidak kurang juga yang berkongsi mengumul order untuk pelbagai set-set shaklee antaranya set diet, set penyusuan, set kesuburan, set sendi dan tulang dan sebagainya. Biasanya, yang untung adalah mereka yang menjadi ketua dalam mengumpul order. Mana taknya, dahlah menjadi ahli shaklee percuma (jimat rm65) beliau juga dapat bonus-bonus yang lain. Lagi best, kebanyakan yang mengumpul order ini telah menjadi business woman yang berjaya dalam Shaklee. Best kan jadi ahli Shaklee??

Kelebihan-kelebihan lain menjadi ahli shaklee

kelebihan ahli shaklee

Selain mendapat keahlian percuma mengikut strategi-strategi di atas, ada beberapa kelebihan tersembunyi yang lain antaranya adalah:

Mendapat Bonus Tunai.

– Apabila menjadi ahli shaklee percuma (pembelian 200 point ke atas), secara automatik anda sudah layak mendapat bonus tunai. Shaklee akan bank in terus bonus ke akaun bank anda pada pertengahan bonus seterusnya. Best sangat. Jika anda membuat keputusan untuk berniaga, semakin banyak jualan/perkongsian, semakin banyak lah bonus tunai diperolehi

Peluang Mendapat Bonus Kereta

– Bonus kereta diberikan oleh Shaklee setiap bulan, apabila anda mencapai kriteria-kriteria kelayakan tertentu. InsyaAllah, maklumat terperinci akan diberikan apabila menyertai kami nanti

Peluang Mendapat Convention Bonus

– Peluang melancong ke dalam dan luar negara secara percuma. Alhamdulillah, tahun ini kami akan ke Turki dan menunaikan umrah. Saya ada kongsikan kisah kami di sini. Tips-tips untuk berjaya juga akan dikongsikan di dalam group eksklusif kami

Kesimpulan

Strategi-strategi untuk menjadi ahli shaklee secara percuma dikongsikan di sini. Ramai sebenarnya yang tak tahu dan semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika berminat untuk menyertai kami sebagai ahli shaklee boleh mengetahui maklumat di link ini dan juga boleh mengisi borang di sini. Selain itu, boleh terus hubungi saya di sms/WhatsApp.

Daftar Sekarang

daftar-ahli-shaklee

Shaklee Malaysia

Rokiah bt. Abd Hamid

Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email:  rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. Ramai yg tak tahu senang sebenarnya nak dptkn free membership ni..tq for sharing 🙂

  2. penuh dengan info la kak rokiah…
    mommylovehealthykids recently posted…10 FAKTA MENARIK TENTANG SHAKLEE YANG RAMAI ORANG TAK TAHU:My Profile

  3. Yang penting bila jadi ahli ni, harga leh beli dengan harga special gitu..hehe
    Pondok Papan recently posted…Teknik Mengambil Ukuran BajuMy Profile

  4. Kenapa anda mesti pilih Shaklee??

    Semua jawapan sudah tersedia….
    Azu Naurah recently posted…Kebaikan Vivix, tua sebelum usia?My Profile

  5. ohh..

    macam ini rupanya ye..baru tauu..
    titan recently posted…Camana Alexa Rank Bro Chantek je ye? Ajar sikit. Boleh tak awak?My Profile

  6. bulan ni promosi ESP BUY 6 FREE 1 pon strategi jadi ahli shaklee percuma juga:)
    Huda recently posted…Breastfeeding Tips 2 – Semakin kerap pam dan menyusu, semakin banyak susu dapat dihasilkan..My Profile

  7. Yes, bulan ni pon peluang yang besar mendapat FREE MEMBERSHIP bersama Shaklee sebab Promosi ESP Buy 6 FREE 1 dan Mealshakes Buy 3 FREE 1. Malah, pssttt…peluang bonus berganda juga…(baca dalam keadaan bisik).hehe
    Ira recently posted…Cara menyambut ‘Idiladha dan ‘idilfitri dengan betol dan mengikut sunnah Rasulullah s.awMy Profile

Trackbacks

  1. […] masukkan keyword yang berkaitan dengan website anda. Sebagai contoh, saya cuba cari keyword Keahlian Shaklee Percuma, Ahli Shaklee Skudai dan Ahli Shaklee. Keyword ini mendapat ranking di dalam […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge