Hari Raya Korban Menjelma Lagi 1435H

Hari Raya Korban Menjelma Lagi 1435H

Hari Raya Korban 1435H

Alhamdulillah, dalam masa seminggu lagi.Umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Ketika ramai yang menunaikan haji sibuk dengan amalan di Mekah dan Madinah. Di negara masing-masing, sibuk dengan upacara korban dengan penyembelihan haiwan ternakan.

Alhamdulillah, rezeki Allah diberikan juga peluang untuk meletakkan nama di dalam ibadah korban pada tahun ini di Kemboja bersama annurhijrah consulatncy. Di akui, sikap manusia, pada asalnya susah sangat nak berkorban disebabkan bisikan-biskan halus. Tetapi Alhamdulillah, dapat juga mencapainya.

Korban

InsyaAllah lepas ni memang berazam untuk buat korban setiap tahun. Tambahan bila dah baca blog Ustaz Fathul Bari mengenai kewajipan Korban. Umat Islam di wajibkan melakukan korban jika mampu. Tersentak juga pada awalnya baca…sebab sebelum-sebelumni ummi ingatkan ibadat korban ni sunat muakkad aje.. tetapi, apa salahnya jika aku wajibkan atas diriku untuk cuba melakukan ibadat korban setiap tahun. Tak salahkan? Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan dengan menjadi Ahli Shaklee. Moga dapat memberi dan terus memberi.

Hukum korban

Mengikut blog ustaz juga, sebenarnya Ulama berbeza pendapat tentang hukum udhiyah kepada dua pendapat; Pendapat jumhur mengatakan sunat muakkad (sangat dituntut) manakala sebahagian ulama mengatakan hukumnya wajib bagi yang mampu. Nota: Dipetik dari blog ustaz http://ustazfathulbari.wordpress.com/

Jadi wajib ke korban?

Terpulang kepada kemampuan masing-masing, kadang-kadang yang mampu pun rasa berat nak berkorban kan? Walaupun bila kita ada duit, nak sedekahkan kat masjid atau orang yang memerlukan pun susah…disebabkan banyak suara-suara halus yang menghalang. Niat yang baik akan diredhaiNya dan semoga kita dapat meningkatkan amalan sebagai bekalan ke syurgaNya. Semoga amalan korban ini dapat memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S terhadap anaknya Nabi ismail A.S. Secara tak langsung dapat mendekatkan diri kepada pencipta iaitu Allah s.w.t

Rokiah Abdul Hamid
29/9/14
3 Zulhijah 1435H

Comments

  1. Tahun ni akikah untuk anak kedua..tahun depan kalau ada rezeki, leh buat korban..hehe
    Hafizul recently posted…Hargai Wang Dan Masa SebaiknyaMy Profile

  2. Sempat lagi utk daftar utk buat korban tahun ni..insyaAllah mlm ni akan uruskan..
    Fauzi Blues recently posted…Respek Kat Encik Titan.My Profile

  3. nasib baik ada qurban secara online.. mudah sikit bagi yg nak lakukan ibadah kurban… 😀
    Hairul Hissam recently posted…Blog Hairul.com Berehat Seketika Utk Fokus Buat Pakej Bisnes Air Balang plus Desert Hotel.My Profile

  4. alhamdulillah indahnya korban dalam islam
    suri recently posted…Tugasan Kedua Cabaran iphone 5sMy Profile

  5. Sekarang dah senang kan..tak macam dulu2..sekarang bukan alasan lagi jika nak korban…
    Pondok Papan recently posted…Cara Senang Buat Putu BambuMy Profile

  6. Selamat Hari Raya Haji 🙂
    Nizarazu recently posted…Tarikh Hari Raya Aidiladha 2014 Di MalaysiaMy Profile

  7. Rasa insaf sungguh masa tengok lembu yang kita korbankan kene sembelih..Insyaa Allah tengah meng konsisten kan diri untuk buat korban setiap tahun 🙂
    Mummy Dina recently posted…6 Punca Masalah Kesuburan LelakiMy Profile

  8. Tak lama je lagi kan nak raya haji. Alhamdulillah
    Leyha recently posted…Kebaikan ESP ShakleeMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge