Hari Ini Aku Menangis

Hari Ini Aku Menangis

Hari ini aku menangis

Hari ini aku menangis.. Bukan kerana berpunca dari seseorang tetapi di sebabkan sekeping surat. Surat yang tiba jam 5:30 petang ini membuatkan ku terharu sangat-sangat. Sekeping surat daripada Shaklee Malaysia. Pada awalnya, aku ingatkan hanya surat laporan bulanan biasa..tetapi ternyata ia berlainan

surat dari Shaklee Malaysia

Bila ku buka dan baca… Rupa-rupanya aku ditawarkan peluang melakukan umrah dan lawatan ke Turki dan semuanya dibiayai oleh Shaklee. Yang lebih mengharukan, aku akan pergi bersama suami tersayang InsyaAllah. Terus mengalir air mata tak berhenti…syukur kepada Allah atas impian yang akan menjadi kenyataan.

tawaran umrah dari shaklee

tawaran umrah dari shaklee

Setahun yang lalu

Teringat masa setahun yang lalu, ramai kawan-kawan Ahli Shaklee yang pergi menunaikan Umrah di bawah tajaan Shaklee. Punyalah jeles (tapi positifla), perasaan meluap-luap untuk menunaikan umrah juga. Siapa yang taknak kan, pergi ke rumah Allah dan semuanya adalah percuma. Ya.. Percuma hasil tajaan Shaklee 100%.. Sejak itulah saya dan suami, bertekad dan berusaha bersungguh-sungguh untuk capai impian ini.

Pada satu ketika, hajat kami, nak biarkan mak ayah suami pergi Umrah dahulu, tetapi kerana point yang hanya mencukupi untuk kami, tidak mengapalah kami pergi dahulu. InsyaAllah, hajat nak bawa mak ayah akan ditunaikan juga menggunakan duit sendiri hasil bersama Shaklee

Tawaran Shaklee

Untuk pengetahuan semua, Shaklee menawarkan 3C kepada semua ahli shaklee yang berkelayakan iaitu Cash bonus, Car Bonus dan Convention Bonus. Alhamdulillah, setiap bulan berjaya melayakkan diri untuk Car Bonus dan Cash Bonus.. Dan akhirnya, Convention bonus kami miliki. Convention Bonus merupakan lawatan atau trip di dalam negara atau luar negara mengikut kelayakan yang ditetapkan. Alhamdulillah, rezeki kami kali ini dan doakan kami agar semuanya berjalan lancar.

Doa kami untuk anda

Kami mendoakan semua pembaca blog ini berjaya meraih impian anda. Impian boleh dibina dalam sekelip mata, tetapi merealisasikannya tidak begitu mudah. Usaha yang bersungguh-sungguh beserta doa dan tawakkal amat penting untuk berjaya. Moga impian menjadi kenyataan. Saya pilih menjadi Ahli Shaklee kerana saya yakin ada rezeki dengan berusaha dan berdoa kepadaNya. Anda pun boleh merealisasikan impian anda. Mulakan Sekarang, bukan esok atau lusa… Kerana kita tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.

start now ahli shaklee

Shaklee Malaysia

Rokiah bt. Abd Hamid

Senior Coordinator
013-7089305 Shaklee Independent Distributor
email:  rokiahaizal@gmail.com
FB Page : UmmimamaBiz

Comments

  1. Wah bestnyer dapat pergi umrah;)
    siti hazreen recently posted…Sukarelawan KoreksionalMy Profile

  2. tahniah rokiah… moga ada peluang untuk kami sampai ke sana… doakan utk umie sekali k.

  3. Salam kenal, Ummi Mama,
    saya datang membalas kunjungan.
    Tahniah buat Ummi Mama & suami. Seronoknya!
    Farrah MF recently posted…‘Chipboard Embellishments’ untuk Kad UcapanMy Profile

  4. tahniah kakak dan abg ejal:)

  5. Tumpang gembira atas rezeki Kakak n abg….semoga kami dpt menyusul kemudian bersama kwn2 yg lain. Sampaikan Salam sy pd junjungan besar Nabi Muhammad saw. Sebut nama saya depan Kaabah, kak….xsabar nk ke tanah suci

  6. Tahniah kak,,ekin pun impikan jejak pertama untuk menunaikan umrah,.Doakan juga untuk ekin ye..

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge