Gaji tak cukup, kerja sampai akhir hayat

Gaji tak cukup, kerja sampai akhir hayat

Tengahari ni, sambil skrol-skrol internet, Ummi ternampak gambar mengenai Gaji Siswazah sebanyak RM2500 yang tidak mencukupi. Gaji tak cukup, al maklumlah, sekarangni dengan kos hidup yang tinggi, dengan minyak naik harganya, RM2500 memang tak cukup terutamanya tinggal di Bandar. Sempena hari gaji kakitangan awam hari ini juga, Ummi bincangkan isu ini. Tak perlu bincang sangat, letak gambar je pun boleh faham.

Gaji Tak cukup

Gaji sekarang Rm2500 Tak mencukupi dan tergolong bawah miskin bandar

Hari ini dapat gaji, esok tinggal sedikit aje. Dengan kos menaiki kenderaan meningkat, dengan hutang kereta, rumah , PTPTN , dengan keperluan asas yang meningkat tak mustahil ini terjadi. Kehidupan makin mendesak bagi majoriti orang ramai dan terpaksa mencari Plan B (walaupun ada yang tak kisah pun untuk hidup seperti biasa). Dikala kehidupan yang mendesak, tak mungkin juga ada yang terpaksa bekerja sampai ke akhir hayat

Hari ini dapat gaji esok habis

Hari ini dapat gaji esok dah Habis

Apabila kos sara hidup meningkat, gaji yang tak sebesar mana akan seolah-olah menyusut, maka kuasa membeli pun kurang. Kalau nak kata, RM2500 memang tak cukup. Hatta RM3000 mahupun RM4000 pun xcukup. Kalau tak, takkan lah orang yang miskin Bandar ni akan memperolehi BRIM pada 2015 nanti.

bajet Keperluan Asas

bajet Keperluan Asas

Stress akibat masalah Kewangan

Stress akibat masalah Kewangan

Apa-apapun, terdapat mereka yang berbeza pendapat kerana berbeza taraf. Kos sara hidup yang tinggi membuatkan kehidupan sekeluarga menjadi stress, bagaimanapun bergantung taraf mereka…  pilihan-pilihan berikut di buat:
A) Terus hidup seperti biasa, redha apa yang berlaku
                                         B) Terus berusaha dengan tekun untuk naik tangga gaji atau naik pangkat atau kerja lebih masa
                                        C) Kurangkan kos sara hidup, dengan tutup astro, catu air, elektrik , handphone dan sebagainya.
                                        D) Cari second income- Cari peluang untuk berniaga atau kerja separuh masa.
                                        E) Lain-lain

Antara banyak-banyak ini, apa pilihan ANDA? Boleh kongsikan di ruangan KOMEN ya.

Bagi Ummi sendiri, keputusan menjadi ahli Shaklee 2.5 tahun yang lalu, merupakan titik tolak untuk mencari pendapatan sendiri dari rumah. Ia bukan tindakan yang mudah, tetapi kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kalau tak keluar dari zon selesa, tak mungkin kita akan Berjaya. Tepuk hati, tanya niat, apa langkah seterusnya
Fikir-fikirkan

Ayuh keluar dari zon selesa

Ayuh keluar dari zon selesa

Rokiah Abdul Hamid (013-7089305)
mendaki dan terus mendaki

saya berjaya dengan Shaklee

Comments

  1. Betul tu ummi…kalau nak ikutkan bebanan hidup sekarang, RM2500 tu memang tak cukup. Tapi yang penting belnjawan kita. kena berhmah. Then kalau perlu sangat-sangat memang kena buat kerja sampingan. tak boleh mengeluh aje. Tindakan ummi melibatkan diri dalam shaklee ni menag tindakan yang betul..kalau tak dipecahkan tuyung mana nak dapat hasilnya kan..
    raudzah recently posted…Bila Jari Dan Mata Jadi SaksiMy Profile

  2. betul gak.. hurm.. kena cari duit tepi
    lisa recently posted…Monday Blue’sMy Profile

  3. untuk bujang, cukup-cukup saja la kalau duduk KL. itu pun kena habis cut dah perbelanjaan.

    RM2500 = miskin bandar.
    Izwan recently posted…#JomCelikDSLR Bagaimana Nak Gunakan ISO Kamera?My Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge