Fuhhh! Sedap Murah Jeruk Pelam Asam Boi

Fuhhh! Sedap Murah Jeruk Pelam Asam Boi

Belum masuk 2015 lagi, ramai pakat-pakat jimat cermat dah.. yang tak reti-reti berjimat sebelum ni pun, automatik pandai jimat cermat.

Semuanya gara-gara naik itu ini hingga harga barang, harga perkhimatan dan sebagainya semua mencanak naik.

Meh sini ummi bg resepi jeruk pelam. Boleh buat sendiri dengan air tangan sendiri untuk anak2 dan suami, lebih jimat, terjamin bersih suci dan yakin. yer tak…

Pandai-pandai edit sendiri guna kreativiti masing kalau nak bg sedap lagi. bila dah expert, boleh buat jual.. ada juga pendapatan tambahan kan kan 🙂 jangan lupa buat branding sendiri..pasti meletop jeruk pelam kau Yah ..ahaks.

Jeruk pelam buatku terduduk kejap

Gambar Jeruk pelam buatku terduduk kejap

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

4 biji mangga muda ( kalau ummi suka yg kurang masam tapi berlemak..ada manis sikit juga hihi)

20 – 25 biji asam boi

10 – 15 tangkai cili padi. di hiris halus. (kalau tak suka pedas, boleh kurangkan..ikut tekak korang la ye)

2 cawan gula. (bila dah buat banyak kali, korang pasti expert nak letak banyak mana gula)

1 biji limau kasturi dihiris nipis. (nak guna limau nipis pun ok.tapi limau kasturi lagi umph. terpulang pd korang ye)

——————————–

1) Mangga dipotong ikut kreativiti masing2 ye..tapi jgn tebal sangat ..kalau saya lebih suka sederhana nipis..air perapan pun mudah diserap dan ms makan bunyi krup2 rangup..huh kecur lagi air liur ku.

2) Dah potong, basuh mangga tu ye n buang air airnya.

3) Masukkan gula, asam boi dan cili dan kacau sampai sebati.

4) Terus masukkan dalam peti sejuk selama 5-6 jam .lagi lama lagi umph kot ^_^

5) Tak perlu tambah air ye. terus je simpan dlm peti sejuk..sebab nanti gula tu akan mencair  dan bila keluarkan dari peti sejuk, pasti akan berair. tapi kalo nk tambah air skit pun takpe sebelum diperap dlm peti sejuk tu..pandai2 la korang ejas2 ye..

Hari2 buat..lama2 expert la tu..boleh buka bisness. bila korang nak makan jeruk tu, ambil untuk di makan sahaja..jangan biar kat luar tau sebab mudah basi..ye la homemade jeruk takde ahan pengawet utk tahan lama.. selamat famili korang daripada bahan2 camtu yer tak 🙂

Ok selamat mencuba…kecur air liur dah niiii huhu..ok ummi nak pergi carik pelam pasni.. untung siapa ada pokok pelam 🙂 Pasni nak try buat jeruk epal hijau la plak..dengar citer lebih sedap hohoho..jom jom variasikan hidup kita..

Jangan lupa lepas ngap2 tu..telan omega..wahh bulan november 2014 ni promo omega plak..jimat giler…nak makan sedap, kesihatan kena jaga juga ye.

omega antara set sendi lutut dan membantu lenguh sakit badan

omega antara set sendi lutut dan membantu lenguh sakit badan

omega.. anak anda lebih cerdas dan lebih fokus

omega.. anak anda lebih cerdas dan lebih fokus

 

 

Comments

  1. SALAM 🙂 SY DATANG DR GIVEAWAY NI… JEMPUTLAH KE BLOG SAYA 🙂

    http://kumahuitu.blogspot.com/2014/11/giveaway-cuti-sekolah-by-jiwarosak.html

    sedappnya jeruk asam boi…

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge