ESP :” Alhamdulillah, Terima Kasih Syg”

ESP :” Alhamdulillah, Terima Kasih Syg”

Alhamdulillah dengan izin Allah, dapat juga saya ‘mencuri’ sedikit waktu untuk  menulis blog pada hari ini walaupun agak kelam-kabut dan sibuk. Semuanya semata2  untuk sama2 berkongsi ilmu dan pengalaman dengan anda semua.
Kali ini saya nak bercerita tentang satu produk Shaklee yang mendapat sambutan hangat iaitu Energy Soy Protein (ESP). Antara minuman shake yang sedap pernah saya amalkan. 
Suami saya juga dah mula jatuh cinta dengan ESP ni. Baru2 ni, selepas kami berbuka puasa, sambil  membantu saya mencuci pinggan mangkuk, tiba2 dia berkata,
“Abang hepi sangat..abang seronok sangat”.  2,3 kali dia asyik ulang ayat yang sama . Selepas didesak berulang kali oleh saya akhirnya dia cerita juga apa yang terbuku di dalam hati. Katanya, “Abang hepi sebab sekarang ni makan sikit je dah kenyang, malah bertenaga. Rasa semangat nak buat kerja”.
Sebelum suami saya beredar dari dapur, sempat dia membisikkan kepada saya……….
“Terima kasih, sayang”. 
Alhamdulillah ^_^
…………………………………………………
Bila saya fikir dalam2, memang betul apa yang suami saya cakapkan. Dahulu, selepas makan mesti nak cari sesuatu untuk dimakan lagi. Bila dah kenyang sangat, akan hadirlah sifat malas dalam diri. Sekarang ni makan nasi segenggam sahaja dah kenyang dan bertenaga. Semuanya selepas diperkenalkan  ESP kepadanya dan sememangnya memberi tenaga ketika di bulan puasa.  Saya juga bersemangat menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu sejak mengamalkan vitamin2 Shaklee ini. Kalau dulu buat kerja rumah sikit atau balik dari membeli belah, kaki mesti rasa lenguh. Ditambah pula dengan melayan karenah anak2, semestinya badan akan terasa penat dan lenguh2 pada waktu malam. Tiap2 hari mesti minta tolong encik suami urutkan. Kalau tak, memang tak boleh tido dengan lena. Sejak mengamalkan suplemen2 Shaklee ini, dengan izin Allah, saya dapat tido lena, rasa lenguh dan sakit2 badan telah berkurangan. Alhamdulillah, berkat dan izinNYA dapat kami merasa kebaikan produk Shaklee.

 

Tahukah anda, Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Pengasingan soya pertama pernah dihasilkan dan dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an.
Pentingkah Protein?
Struktur asas badan kita adalah SEL. Segala penyakit pada zaman moden ini, disebabkan oleh pengumpulan sel2 lemah dan kurang sihat. Protein  merupakan makanan kepada sel. Sekiranya sel mendapat cukup protein, ditambah pula mendapat protein yang bagus, sel sihat akan terbentuk dan menggantikan sel-sel lama dan mati.
Ada apa dengan ESP  SHAKLEE ni?
– Diproses dengan air (bukan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semulajadi isoflavon
TIDAK mengandungi kolesterol dan laktosa
TIDAK mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
– Shaklee HANYA menggunakan protein soya yang tidak diubah suai genetiknya (NON-GMO)
– Diproses pada kadar suhu yang rendah
Disahkan melalui program : Identity Preservation Programme
– Tahukan anda, program inilah yang memastikan soya yang digunakan Shaklee dipantau dan dikawal ketat sejak mula kacang soya ditanam, dituai hinggalah diproses.
Apakah yang ada DALAM ESP?
– mengandungi 22 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan dengan sendiri tetapi badan memerlukannya.
– mengandungi 14 gram protein soya semulajadi pada setiap hidangan
–  diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
– Kandungan Indeks  Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai diambil oleh pengidap kencing manis/diabetes.
– Setiap bekas ESP (850gram) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberi sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
– 1 hidangan ESP Shaklee ini bersamaan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak dan bebas kolesterol, tiada asid uric serta sangat mudah diserap oleh tubuh.
sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan wanita, tua dan muda.
Apakah  MANFAAT dapat diperolehi?
Awet Muda : Mengekalkan kulit muda dan otot dan memastikan kita sentiasa bertenaga.
Hormon berasaskan tumbuhan semulajadi : Membantu dalam mengurangkan kolesterol, mencegah osteoporosis dan  penyakit jantung,
Memulihkan fungsi prostat lelaki : Genistein dalam kacang soya membuktikan bahawa ia berupaya menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel  kita. Memberi kesihatan  rahim, ovari, kitaran haid, ,menepous dan juga prostat.
Kulit berseri dan anjal
Memberi tenaga segera : meningkatkan system imun. Memulihkan migraine, insomnia dan  keletihan.
Memulihkan pigmentasi : melambatkan proses uban, rambut gugur, freckles
Memperbaiki memori : menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual dan sebagainya.
“Suka saya tegaskan lagi di sini, kita sebagai hambaNya hanya berusaha, berdoa dan bertawakkal. Allah jua yang menentukan segalanya. Allah jua yang memberi segalanya. Allah jua yang berhak menarik kembali apa yang diberi kepada kita sebelum ini. Jadi setiap usaha itu haruslah seiring dengan doa yang tidak putus-putus ikhlas keranaNYA”.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
___________________________________________

UmmiMamaBiz [ Rokiah Haizal ]  

Shaklee Independent Distributor [ID No : 867860]
HP/WhatsApp [ 013-7089 305 ]
rokiahaizal@gmail.com

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge