Durian : Ibu Hamil Boleh Makan ke??

Durian : Ibu Hamil Boleh Makan ke??

As Salam,
musim durian kembali menjelma, mesti ramai yang overdosed durian kan. Macam mana ibu mengandung, tak terliur ke tengok isi yang creamy lagi kuning berseri tu?? Hari ni terpanggil nak berkongsi post Dr.Zubadi mengenai makan durian ketika hamil. Sesetengah komuniti di Asia masih mengekalkan pantang larang tidak makan durian semasa kehamilan. Sebagai contoh, pendekatan tradisional orang Cina untuk kesihatan, durian dianggap terlalu “panas” untuk dimakan semasa kehamilan. 

Oleh sebab itu, kebanyakan komuniti orang Cina di Asia Tenggara menasihatkan bakal-bakal ibu untuk tidak makan buah durian. Setakat ini tiada sebarang kajian mengenai kesan negatif makan durian semasa kehamilan. Pada masa yang sama, sains moden tidak menjumpai sebarang sebab untuk mengatakan ianya tidak selamat untuk memakan durian. Tiada sebarang sebab untuk mengatakan bahawa makan durian semasa kehamilan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada bakal-bakal ibu atau ruam lampin pada bayi baru lahir. Walau bagaimanapun, seorang wanita yang hamil boleh makan durian dalam jumlah yang sedikit kerana buah ini mengandungi banyak gula dan karbohidrat – dua ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. 
 
Durian adalah dalam kumpulan makanan yang mengandungi glisemia tinggi, oleh sebab itu, adalah baik untuk menghadkan pengambilannya semasa kehamilan. Mereka yang mempunyai diabetis kehamilan hendaklah mengelakkan diri daripada makan durian kerana kandungan gulanya yang tinggi. Beberapa orang penyelidik telah menekankan faedah sulfur organik dan triptofan yang terdapat dalam durian. Sebatian-sebatian ini mengandungi kesan antioksida. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan antikulat yang baik untuk kehamilan. Durian juga boleh mengahasilkan banyak gas dalam perut dan usus. Ini boleh menyebabkan wanita yang hamil mengalami kembung perut dan loya. Jadi kesimpulannya, ibu-ibu mengandung boleh menikmati 2 ulas durian sehari dan berhati-hati jika ada kesan tidak elok, segera berjumpa doktor anda.
Durian Crepe : mendapat sambutan paling hangat sebab rasanya yg marvellous!
Klik pada gambar utk RESEPI DURIAN CREPE 
Tahukah anda bahawa ada lebih daripada 5 penyakit boleh dikurangkan dengan memakan durian pada kadar yang berpatutan:
    • membantu dalam masalah sembelit kerana durian mengandungi fiber

 

  • membantu mengawal masalah anemia kerana durian mengandungi folic asid atau vitamin B9 yang menghasilkan sel darah merah

 

 

  • menyihatkan kulit kerana kandungan Vitamin C yang bertindak sebagai antioxidant dan antiaging

 

 

  • mengandungi banyak kalsium dan pottasium yang baik untuk kesihatan sendi serta mungkin MILK BOOSTER anda

 

 

  • mengurangkan stress dan depression kerana mengandungi vitamin B6 atau pyridoxine

 

Semua yang dijadikan oleh Allah ada manafaatnya asalkan jangan berlebih-lebihan
___________________________________________
 
  
UmmiMamaBiz [ Rokiah Haizal ]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 867860]
HP/WhatsApp [ 013-7089 305 ]
rokiahaizal@gmail.com

 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge