Duit jatuh dari langit
Duit Jatuh Dari Langit

Duit Jatuh Dari Langit

Tadi baru dapat panggilan daripada seorang wanita…

Wanita : as..se..as..selamat pagi. (Macam konpius ja dia nk bagi salam ke nk ucap selamat pagi)

Saya   : ye..

Wanita : boleh bercakap dengan puan rokiah bt abd hamid?  (Lagak cam operator.tapi balik tabir tu bunyi bising lain macam…bukan bising spt dlm bilik operator..)

Saya   : ye saya…

Wanita : puan adalah pengguna visa dan mastercard yang tersenarai utk melayakkan puan mendapat potongan melalui visa dan master. ( ait.. aku mana ada credit card)

Saya    : setahu saya..saya ada debit kad ja..maybank..( maybank aku mmg ada visa..betul la tu aku pengguna visa..ye ke hihi )

Wanita : ya dan nama puan tersenarai. Sebelum tu boleh saya tahu expired date kad puan?

Saya    : kad xde kat saya sekarang..tapi ni untuk apa ye? (Aku mmg tak faham.minta dia jelas lagi tentang potongan kad bila berbelanja)

Wanita : utk melayakkan puan mendapat potongan ketika berbelanja menggunakan visa/mastercard. Tapi sebelum tu boleh saya dapatkan dulu expired date kad puan? (Nampak sangat dah sikap gelojoh minah ni)

Saya   : maaf..kad ada kat suami..saya minta simpankan semua kad saya termasuk i/c saya.

Wanita : oh kalau macam tu saya akan hubungi puan petang nanti.Terima kasih puan.

——————-

Dlm hati “Kalau berani telefon la petang ni..ingat aku ni surirumah,senang-senang nak auta” – dalam perbualan tadi ada bagitahu yang saya surirumah..kat atas tu dah saya ringkaskan cerita 🙂

mobile-virus

Kesimpulannya, mana ada duit sekepuk jatuh dari langit. Nak kaya cepat tapi tak mahu berusaha bersungguh2?? boleh ja tanpa usaha..kerja macam minah tu la baru boleh kaya cepat.kerja menipu..kerja auta sana auta sini.

Itulah manusia yang bila diberi akal, tak mahu gunakan..bila diberi tenaga dan cukup sifat fizikal, malas nak gunakan..bila diberi rezeki, tak nak bersyukur sedangkan Allah dah janji DIA akan dilipat gandakan rezeki sekiranya bersyukur dan berusaha pada jalan yang betul.

Ingat senang ke nak senang ?

Ingat susah ke nak susah?

Alhamdulillah walau saya seorang surirumah…saya bersyukur kerana mampu merasa dan memberi pada mak ayah dari hasil titik peluh sendiri. Saya bersyukur kerana Allah pertemukan saya dengan keluarga shaklee yang hebat..yang mendidik agar jadikan  bisnes ini jalan menuju syurgaMU.

Semua yang dimiliki adalah milik Allah semata2.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge