Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Salam Maal Hijrah 1436H

salam maal hijrah 1436H

salam maal hijrah 1436H

Pejam celik pejam celik, dah nak masuk tahun baru 1436H lepas maghrib 24 Oktober 2014. Dikesempatan ini, Ummi nak ucapkan Salam Maal Hijrah 2014. Jika ada terkasar bahasa, terlajak kata…Ummi Mohob kemaafan. Tutup buku lama, buka buku baru. Sedikit sejarah, Maal hijrah sebenarnya permulaan takwin Islam yang mengingati sempena peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dari kota Mekah ke kota Madinah. Takwin ini diwujudkan oleh Saidina Umar R.A.

Hijrah Nabi Muhammad S.A.W

Hijrah Nabi Muhammad S.A.W

Ok, kebanyakan surau-surau dan masjid-masjid akan buat majlis sederhana bagi menyambut Majlis Maal Hijrah 1436H ni. Di surau Taman Pulai Indah, Skuda, Johor ni pun dah pesan semasa Solat Jumaat tadi (Suami yang kata) akan ada majlis bermula 6:45 petang. Iaitu majlis bermula dengan Bacaan Doa Akhir Tahun, Solat Maghrib dan Bacaan Doa Awal Tahun. Bagi yang ada kat rumah, lepas Asar boleh la amalkan bacaan doa-doa ini ye. Ummi kongsikan di sini Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun. Moga bermanfaat untuk di amalkan

Doa akhir tahun hijrah

Doa akhir tahun hijrah

doa awal tahun hijrah

doa awal tahun hijrah

Doa kami:  Ya-Allah, Engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani, kami memohon kepada-Mu Ya-Allah, panjangkanlah umur kami supaya aku bersujud kepada-Mu, sihatkanlah kami dengan kesihatan yang baik, bersihkan hati kami agar sentiasa dekat denganMu, kami memohon restu kepadaMu untuk murahkan rezekii-rezeki kami dalam setiap apa yang kami lakukan, ibu-bapa kami, keluarga kami dan kesemua kaum Muslimin Muslimat, jadikan anak-anak kami anak yang soleh dan solehah dan zuriat-zuriat kami sentiasa taat padaMu ya Allah. Mudahkan kami berhijrah ke tahun baru dengan hijrah yang semakin dekat denganMu. Amin-Rokiah

Comments

  1. Salam Maal Hijrah. 🙂
    akubiomed recently posted…Contoh soalan peperiksaan PTD Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41My Profile

  2. Assalam selamt tahun baru 1436
    Smoga murah rezeki dan terpelihara dari fitnah dunia

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge