Contoh Jawapan Surat Rayuan Haji 2016

Contoh Jawapan Surat Rayuan Haji 2016

Contoh Jawapan dari Tabung Haji Berkenaan Surat Rayuan Haji 2016

Jika tidak membuat rayuan, confirm tak dapat… tapi sekurang-kurangnya kita harus mencuba untuk membuat rayuan tak kira untuk diri kita atau mak ayah kita. Di dalam blog ummimamabiz ni, pernah saya kongsikan artikel bertajuk “Wajibkah Menulis Surat Rayuan Haji” pada 2015 yang lalu. Setiap bulan, beribu pelawat yang datang dan saya berharap ia member sedikit sebanyak panduan buat semua.

Permohonan bagi pihak ayah dan mak mertua untuk tahun 2015 yang lalu telah ditolak, tapi tidak bermakna saya akan berputus asa. Tabung haji pun dah ada saluran mudah.. surat boleh di pos, di hantar by hand atau hantarkan sahaja melalui email. Since kerja saya hanya di hadapan computer (buat bisnes Shaklee secara online), jadi saya hanya email surat rayuan haji 2016 yang baru kepada th-info@lth.gov.my . Jawapan daripada pihak tabung haji adalah saya kongsikan di sini.

wajib membuat rayuan haji?

wajib membuat rayuan haji?

Jawapan Lengkap Tabung Haji Mengenai Surat Rayuan Haji

Assalamualaikum,

Tuan xxxx,

 

AKUAN TERIMAAN SURAT RAYUAN BAKAL HAJI MUSIM HAJI 1437H/2016M

Dengan hormatnya kami merujuk surat tuan berkenaan perkara diatas.

TH mengambil maklum ke atas rayuan tuan dan telah menyenaraikan bersama rayuan-rayuan lain yang diterima, untuk diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana jemaah haji yang terpilih untuk Musim Haji 1437H telah pun dikenalpasti.

set eksklusif umrah-haji shaklee

Sekiranya tuan tidak menerima apa-apa makluman lanjut sehingga akhir Ramadhan 1437H, itu bermakna rayuan tuan untuk menunaikan fardhu haji bagi Musim Haji 1437H adalah tidak berjaya.

Semoga maklumat yang diberikan di atas telah menjawab segala pertanyaan dari pihak tuan dan terima kasih kerana menghubungi kami.Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami di 03-6207 1919 atau faks kepada 03-7728 4959. Kami beroperasi setiap hari bermula jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang kecuali pada cuti umum Malaysia (Tidak termasuk Hari Raya Aidiladha).

Terima kasih.

 

NURUL SYAFIQAH BINTI AB HAMID
Eksekutif Khidmat Pelanggan

Tabung Haji Contact Center

[Nombor Rujukan: 6646497, 6443162]

contoh jawapan surat rayuan haji 2016

contoh jawapan surat rayuan haji 2016

Tunggu dan Lihat Jawapan Rayuan Haji 2016

Nampak gayanya, kena menunggu sehingga akhir Ramadhan 1437H.. Walaubagaimanapun saya tetap berdoa agar mertua saya  Jamaluddin Md Ali dan Halimah bt Hamid dapat diberi peluang menjadi tetamuNya. Kawan-kawan pun sama doakan mereka.. Amin

Rokiah Abdul Hamid

23/1/2016

Comments

  1. K anah pun dok buat rayuan utk mertua, semoga dipermudahkan

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge