Cecair EMAS Susu Ibu

Cecair EMAS Susu Ibu

credit

Kolostrum ialah susu ibu yang sangat hebat kerana melalui pemberian kolostrum kepada baby kita yang baru lahir pasti membuatkan baby kita bertambah sihat dan boleh membesar bagaikan juara, wow!

~ Kebanyakan kita tak tahu bahawa susu kolostrum ini sudah pon mula dihasilkan oleh breast kita kira-kira seawal pada bulan ke-3 hingga bulan ke-4 kehamilan
~ Kolostrum berkemungkinan juga bocor atau keluar dari puting breast kita semasa kita hamil. Memang ada mommies yang mendapati terdapat cecair yang keluar melalui puting breast mereka semasa mereka masih sedang hamil/mengandung lagi. 
~ Keadaan seperti ini boleh terjadi kepada mommies pada fasa late pregnancy weeks (minggu-mingu terakhir kehamilan).

Tahukah ibu2 susu awal atau KOLOSTRUM adalah berwarna putih kekuningan, likat pekat dan melekit dan juga dipanggil cecair emas
Ia tidak memancut tetapi hanya meleleh keluar ke tepi puting ibu.
Kolostrum yang diberi kepada anak yang baru dilahirkan akan membentuk lapisan di permukaan usus bayi dan bertindak mencegah sebarang jangkitan.

Jangan beri air kepada bayi anda kerana ia akan menghakis lapisan ini. 

Lagipun kolostrum mengandungi 80% air.

 


Faedah2 kolostrum ini pada bayi:
1. Kolostrum mengandungi protein yang terdiri drpd antibodi seperti imunoglobulin, terutamanya lgA yang mampu mencegah jangkitan kuman. Juga mengandungi vitamin dan faktor tumbesaran.Tanpa kolostrum bayi akan terdedah kepada jangkitan kuman dan senang mendapat alahan.

2. Kolostrum juga merupakan laksatif yg membantu mengeluarkan mekonium (najis hitam awal bayi) dan mencegah jaundis.


3. Kaya dgn sel darah putih utk melindungi dr jangkitan
4. Menjadikan usus bayi lebih cepat matang
5. Kaya dgn vitamin A dan E
Pada ibu yg baru melahirkan jgn risau jika susu itu bewarna kuning, terus susukan bayi anda sejurus selepas dilahirkan supaya bayi anda terus mendapat khasiat yg terdapat dalam kolostrum

Oh ya, sekiranya kita memang merancang dan mahu menjayakan penyusuan baby kita secara eksklusif, sememangnya pengambilan diet yang seimbang dan makanan-makanan yang boleh membanyakkan susu kita dan pengambilan makanan-makanan seimbang adalah amat digalakkan. Dan pengambilan suplemen sejak dari awal kehamilan adalah amat disyorkan.
 credit 

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
———————————————— 
 
UmmiMamaBiz [ Rokiah Haizal ]
Shaklee Independent Distributor [ID No : 867860]
HP/WhatsApp [ 013-7089 305 ]
rokiahaizal@gmail.com
 

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge