Langkah-langkah Asas Menjalankan Perniagaan Shaklee Secara Online 2016

Langkah-langkah Asas Menjalankan Perniagaan Shaklee Secara Online 2016

Tahun Keempat Perniagaan Online Shaklee

Alhamdulillah, 2016 ni merupakan tahun ke 4 saya aktif sebagai ahli Shaklee menjalankan perniagaan Shaklee Secara Online. 5 tahun lalu saya mengambil Shaklee hanya untuk kesihatan diri terutamanya untuk penyusuan anak kedua saya sebelum bersedia menjalankan perniagaan Shaklee secara online. Sepanjang 4 tahun berniaga secara online memang banyak asam garam, tapi dengan niat nak bantu lebih ramai orang untuk sihat melalui pemakanan produk kesihatan yang halal, saya tetap teruskan usaha ini. Walaupun ramai mencadangkan untuk aktif di dunia OFFLINE, tetapi bagi saya…seorang ibu yang mempunyai 3 orang anak, jika berniaga dengan cara yang betul di dunia ONLINE..insyaAllah pasti akan Berjaya. Di sini, saya kongsikan tips bagaimana ingin Berjaya dengan Shaklee secara online. Tips ini juga boleh digunakan untuk perniagaan lain selain Shaklee.

read more

Contoh Jawapan Surat Rayuan Haji 2016

Contoh Jawapan Surat Rayuan Haji 2016

Contoh Jawapan dari Tabung Haji Berkenaan Surat Rayuan Haji 2016

Jika tidak membuat rayuan, confirm tak dapat… tapi sekurang-kurangnya kita harus mencuba untuk membuat rayuan tak kira untuk diri kita atau mak ayah kita. Di dalam blog ummimamabiz ni, pernah saya kongsikan artikel bertajuk “Wajibkah Menulis Surat Rayuan Haji” pada 2015 yang lalu. Setiap bulan, beribu pelawat yang datang dan saya berharap ia member sedikit sebanyak panduan buat semua.

Permohonan bagi pihak ayah dan mak mertua untuk tahun 2015 yang lalu telah ditolak, tapi tidak bermakna saya akan berputus asa. Tabung haji pun dah ada saluran mudah.. surat boleh di pos, di hantar by hand atau hantarkan sahaja melalui email. Since kerja saya hanya di hadapan computer (buat bisnes Shaklee secara online), jadi saya hanya email surat rayuan haji 2016 yang baru kepada th-info@lth.gov.my . Jawapan daripada pihak tabung haji adalah saya kongsikan di sini.

read more

Langkah-langkah Nak Masukkan Google Webmaster Tools ke WordPress

Langkah-langkah Nak Masukkan Google Webmaster Tools ke WordPress

Langkah-langkah Nak Masukkan Google Webmaster Tools ke dalam WordPress

Bagi mereka yang menulis artikel di blog atau website, mereka sudah pasti tahu keperluan untuk hasil penulisan mereka di indeks di google. Ertikata lain, mereka mahukan artikel mereka berada di page pertama google. Bagi pemain-pemain SEO, mereka amat mementingkan katakunci mereka berada di muka surat utama pencarian google dengan cepat.

Salah satu cara untuk mempercepatkan google menjumpai blog atau website kita melalui artikel yang kita tulis dengan cepat adalah menghantar pautan artikel ke google webmaster tools. Ia Nampak agak leceh, tapi kalau nak cepat Nampak artikel di google cubalah.. Kalau taknak pun tak mengapa, sebab artikel anda tulis akan tetap di indeks oleh google, tapi mungkin agak lewat.

read more

Cara Terima Duit Mobile Transfer Maybank2u Guna Handphone Sahaja

Cara Terima Duit Mobile Transfer Maybank2u Guna Handphone Sahaja

Pakai Handphone Sahaja Boleh Terima Duit dari Mobile Transfer Maybank2u

Pernahkah kawan-kawan tiba-tiba terima sms yang orang nak masuk duit guna Mobile Transfer Maybank2u? Tiba-tiba dapat Txn ID dan kemudian dapat pula nombor PIN untuk terima duit? Mungkin kebanyakan orang dah tahu, tapi inilah pengalaman pertama saya terima bayaran Shaklee menggunakan Mobile Transfer Maybank2u Apps.

Apa itu Mobile Transfer Maybank2u?

Mobile Transfer Maybank2u adalah cara kita terima duit hanya menggunakan handphone. Semuanya hanya menggunakan Maybank2u Apps. Ini bermakna, kita boleh juga boleh hantar dan terima duit hanya menggunakan handphone. Best kan? Memudahkan lagi keadaan untuk terima dan hantar duit hanya menggunakan handphone. Oh ye, saya difahamkan, duit mesti diambil (di pindahkan ke akaun maybank kita) dalam tempoh 24 jam. Yang penting kena ada Tx ID dan Nombor PIN. Jadi mudahlah saya nak terima bayaran pembelian produk Shaklee atau orang yang nak mendaftar ahli Shaklee kan?

read more

Selamat Datang Tahun 2016 ..Perjalanan Baru Bermula

Selamat Datang Tahun 2016 ..Perjalanan Baru Bermula

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ummimamabiz.com. Di kesempatan hari terakhir 2015 ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun baru 2016…Semoga kehidupan kita hari esok lebih baik dari hari ini..dan kehidupan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini.

Selamat datang tahun baru 2016

Azam Baru 2016

Bila sebut tahun baru aje, semua akan sebut azam apa yang mereka ingin lakukan pada tahun hadapan..Walhal azam-azam sebelum-sebelum ini pun tak tercapai.. marilah kita mengubah persepsi, semoga ‘perubahan’ yang kita inginkan akan tercapai..jangan jadikan azam seperti ‘mat Jening yang berangan kosong’

read more